Ahmad Hakimi Othman: Krisis UMNO dan Kabinet 1988 Berulang?

1:04 AM 0 Comments A+ a-



Krisis UMNO dan Kabinet 1988 Berulang?

Penukaran dan rombakan kabinet hari ini mengingatkan kepada peristiwa akhir 1980an bila Tun Mahathir berkrisis dengan Tengku Razaleigh. Ketika itu baru berlangsung perhimpunan Agong UMNO, manakala tahun ini, AGM UMNO telah ditunda ke tahun hadapan.

Sementara dalam PAS, IRC baru sahaja keluar kerana pembongkaran kerja kerja subversif yang di belakang Pimpinan PAS. Sementara itu, Nakhaei Ahmad juga baru keluar PAS. PAS selesai dari krisis kepimpinan, manakala, UMNO pula dalam kemelut dalaman.


Natijahnya, membuka futuhat kepada PAS diberi kepercayaan mentadbir Kelantan melalui Pilihanraya 1990.

Apa yang berlaku hari ini, replika masa lalu yang boleh menjadi jalan cerah untuk PAS memimpin Malaysia keluar dari kemelut yang dihadapi negara buat masa ini.

Percayalah, PAS punyai infrastruktur yang cukup dan keyakinan yang memadai serta keupayaan Pimpinan yang baru dipilih muktamar lepas mampu diuji dengan tanggungjawab yang baru ini.
Tambah lagi, kita mengharapkan bantuan Allah semata mata.

Saya juga percaya ini juga jalan dan aturan Allah untuk kemenangan Islam yang semakin hampir.

Ahmad Hakimi Othman.
KP DPP KUALA SELANGOR.
27 JULY 2015

 
--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.