Zulhazmi Shariff : Rombakan Kabinet Memanjangkan Hayat Najib Memusnahkan Malaysia.
ROMBAKAN KABINET MEMANJANGKAN HAYAT NAJIB MEMUSNAHKAN MALAYSIA.
Apabila diumumkan rombakan Jemaah Menteri, pada awalnya seperti tiada apa-apa yang besar berlaku. Aku anggap ianya tidak lebih daripada rombakan biasa untuk memperkukuhkan pentadbiran.
Kemudian apabila dikeluarkan senarai lengkap dan dilihat pula kepada keahlian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) maka aku berpendapat sebenarnya rombakan ini adalah untuk memanjangkan hayat Najib sebagai Perdana Menteri dan secara langsung menambah-panjangkan krisis negara.
Bermula dengan pemecatan Peguam Negara kemudian dirombak Jemaah Menteri yang amat berkait rapat dengan proses siasatan skandal 1MDB, ianya jelas ini semua perancangan Najib untuk terus berkuasa.
Peguam Negara merupakan salah seorang anggota Pasukan Siasatan Khas 1MDB. Kemudian rombakan Jemaah Menteri telah memasukkan Pengerusi PAC sebagai salah seorang menteri. Beberapa anggota PAC lain juga diserapkan menjadi Timbalan Menteri di dalam Jemaah Menteri yang diketuai oleh Najib.
Isunya sekarang, Pasukan Siasatan Khas sudah tempang, PAC yang menyiasat 1MDB bagi pihak Parlimen juga telah dicabul dan tempang.
Malaysia perlu membuka mata dengan lebih luas bahawa selagi UMNO/BN mentadbir negara, maka seluruh sistem negara akan terencat, tempang dan musnah. Akhirnya yang menerima bala dan akibatnya ialah kita rakyat Malaysia.
BERUBAHLAH. BERANI BERUBAH.
Zulhazmi Shariff
28072015
Sila kongsi artikel ini...