Saya Dan Tan Sri Muhyiddin - Wan Ahmad Fayhsal

11:00 AM 0 Comments A+ a-



SAYA DAN TAN SRI MUHYIDDIN

Baru saja tahun lepas saya sempat berkongsi buah fikiran yang tak seberapa dengan Tan Sri Muhyiddin.

1. Dalam Kongres NGO Islam 2014 anjuran YADIM-JAKIM.
2. Ucapan Tan Sri Muhyiddin dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU 2014).


Saya diberi amanah untuk mengetuai pembacaan resolusi Kongres NGO Islam 2014 di hadapan Tan Sri Muhyiddin. Pada pengamatan saya, NGO Melayu dan Islam banyak bergantung harap kepada Tan Sri Muhyiddin antara semua menteri kabinet UMNO, beliau paling dekat dan faham dengan kegelisahan cabaran liberalisme, budaya Melayu dan Islam. Begitu juga dengan ekonomi kita tahu Tan Sri amat meraikan MTEM.

It was an honour for me to lead the recital of the resolution and handed it over personally to Tan Sri Muhyiddin on the stage at DECTAR, UKM.

Ada lagi yang lebih signifikan yang saya kongsi dengan Tan Sri Muhyiddin iaitu ucapan beliau dalam PAU 2014. Saya dan beberapa anak muda telah dijemput oleh pejabat beliau (terima kasih Datuk Dr Marzuki Mohamad!) untuk mendapatkan buah pandangan kritis tentang UMNO.

It was no hold barred session.

Kami bagi pandangan kritis "kow-kow" sebagai anak muda Melayu ke atas UMNO.

Antara inti ucapan Tan Sri Muhyiddin:

"Izinkan saya berkongsi pandangan mereka dengan saudara dan saudari pada malam ini. Pertama, mereka kata UMNO sedang mengalami TRUST DEFICIT atau defisit kepercayaan; kedua, UMNO ini parti feudal; ketiga, dalam UMNO ada budaya play safe dan budaya pak turut; keempat, UMNO dikuasai oleh warlord; dan kelima, UMNO diancam oleh budaya ugut dan budaya tabur. Ini kata mereka."

Perkataan 'TRUST DEFICIT' yang Tan Sri Muhyiddin sebut dengan jelas dalam PAU 2014 datang daripada saya. Dan ianya telah diucap dengan jelas dan tembus dalam gegendang telinga orang UMNO (faham ke tidak itu saya tak tahu) melalui mulut dan suara Tan Sri Muhyiddin.

Saya dan rakan-rakan terkejut bahawa Tan Sri terima teguran kami dan dipetik masuk bulat-bulat dalam ucapan PAU 2014 beliau.

Saya difahamkan bahawa setelah Tan Sri Muhyiddin berucap begitu dalam perasmian sidang Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO, pasukan DS Najib terpaksa tulis semula ucapan perasmian PAU 2014 beliau kerana nampak sangat bercanggah dengan inti dan semangat ucapan Tan Sri Muhyiddin. Ini kerana ucapan Tan Sri Muhyiddin berdiri atas hakikat sebenar betapa nazak dan melaratnya UMNO berbanding ucapan DS Najib yang "feel good", "denial" belaka.

Jelas tuduhan Raja Petra dan mana-mana penyanggak kuman hawa lembap siber yang mengatakan Tan Sri Muhyiddin, Tun Mahathir dan Tun Daim mahukan "coup d'état" (rampasan kuasa) ke atas DS Najib adalah BATIL BELAKA. Mereka berucap dan mengatakan yang HAQQ demi MENYELEMATKAN UMNO daripada terus karam. Mereka yang mengatakan UMNO masih kuat adalah PENIPU dan terus-menerus dalam PENAFIAN DURJANA.

Mereka memberi susu untuk segarkan otak orang UMNO, tapi dibalas tuba.

1MDB lebih besar dan mulia berbanding UMNO dan Bangsa Melayu.

Tepuk dada, tanya iman.

 


--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.