AMK: Demi “Survival” Politik Dan Cubaan Menutup Isu 1MDB

12:23 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Perak
28 Julai 2015

DEMI “SURVIVAL” POLITIK DAN CUBAAN MENUTUP ISU 1MDB


Keputusan beberapa jam yang lalu masih menjadi tanda-tanya kepada semua. Rombakan drastik kabinet Malaysia yang antara lainnya melihat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dalam beberapa laporan akhbar dunia menyatakan antara punca pengguguran ini adalah disebabkan beberapa kritikan Mantan TPM terhadap Najib Razak tentang isu 1MDB.

Dalam kekecuhan sesi tangkap menangkap individu tertentu dalam isu 1MDB, beberapa jam sebelum digugurkan Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin pula diminta berehat untuk memberikan laluan SPRM untuk menyiasat isu 1BestariNet yang bernilai RM663 juta. Ini menampakkan seolah-olah skrip lama dimainkan sebelum ini oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Mahathir Muhammad terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kami AMK Perak yakin dan percaya bahawa tindakan Najib Razak menggugurkan Muhyiddin hanyalah demi “survival” politik beliau untuk terus berkuasa menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kami AMK Perak cukup yakin dan sedar bahawa tindakan ini bukan demi menyelamatkan negara dan bukanlah satu barisan kabinet yang lebih utuh untuk menjayakan kembali Akur Janji BN di PRU dahulu. Ini adalah satu tindakan kuno hanya demi menyelamatkan pimpinan tertentu dan mengelakkan tentangan dalaman dalam isu 1MDB.

Malaysia memerlukan perubahan menyeluruh untuk memulihkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa demi menyelamatkan ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan rakyat. Bukan satu tempelan baru untuk menutup masalah yang lama.

Oleh itu Kami AMK Perak menyeru anak muda seluruh negeri Perak agar bersatu bersama kami dalam membawa perubahan yang lebih baik untuk Malaysia. Masa depan negara terletak ditangan kita.

MOHD AZLAN HELMI
Ketua AMK Perak

 



--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.