PSM: Setiap kali krisis berlaku dalam UMNO. Perkara yang berikut akan berlaku ....

12:17 PM 0 Comments A+ a-



Setiap kali krisis berlaku dalam UMNO. Perkara yang berikut akan berlaku:

i. Sekatan kepada kebebasan media dan informasi
ii. Sekatan kepada perhimpunan Aman dan hak bersuara
iii. Penahanan tidak berasas mereka yang tidak sependapat dengan Pemerintah melalui undang-undang zalim.
iv. Penggunaan isu perkauman untuk melemahkan gerakan rakyat dan cari alasan untuk guna akta zalim
v. Penubuhan beberapa badan untuk kononnya menyiasat salah guna kuasa dan rasuah untuk menunjukkan rakyat masih ada ruang untuk mengadu.


Jika rakyat Malaysia boleh faham semua ini dan sedia tanggung risiko dengan berani, maka ada ruang untuk perubahan berlaku dalam Kerajaan. Tetapi jika rakyat mahu lawan supaya sistem yang korup ini dihancurkan, maka ia memerlukan perubahan sistem. Perubahan sistem tidak boleh berlaku menerusi revolusi sosial media atau sidang akhbar. Ia memerlukan anda turun secara sedar menghancurkan rejim dan sistem yang zalim dan ganti dengan sistem yang betul-betul pro rakyat dimana rakyat kawal ekonomi dan bukan 1% yang maha kaya.

Tiada kemenangan tanpa perlawanan.

Tiada perubahan sistem, tanpa REVOLUSI !

S.Arutchelvan JK Pusat PSM









--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.