Harapan Baru Mengalu-ngalukan Penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 - Mat Sabu
PAKATAN RAKYAT 2.0
1. HARAPAN BARU mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang berhubung penubuhan permuafakatan politik baru seperti yang dilaporkan hari ini. Kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat HARAPAN BARU yang mahu menghidupkan semula gerakan kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat dengan lebih utuh selepas Pakatan Rakyat terkubur.
2. Seperti yang ditegaskan HARAPAN BARU pada majlis pelancaran 13 Julai
lalu, negara berada dalam kedudukan yang sangat meresahkan. Dengan
skandal kewangan yang begitu menjengkelkan dan kenaikan harga barang
akibat cukai GST serta krisis nilai ringgit terus menekan dan menghimpit
kehidupan rakyat.
3. Pada masa yang sama kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, ketepuan daya-saing negara serta ramalan harga minyak mentah yang terus menjunam bakal mengancam penarafan negara sekaligus menjadikan Malaysia tidak berdaya-saing sebagai destinasi pelaburan.
4. Maka, bagi HARAPAN BARU, pembentukan muafakat baru seperti yang dinyatakan, sangat kritikal pada waktu ini, untuk memimpin kebangkitan rakyat dan anak muda dalam misi "Menyelamatkan Malaysia" dari bencana kemusnahan hasil dari kegagalan pentadbiran Umno / BN.
5. Pada masa sama, HARAPAN BARU juga mahu meyeru kepada seluruh rakyat negara ini, tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama, untuk bergerak bersama kami dan muafakat baru ini bagi menyelamatkan negara ini.
Sekian.
Wassalam.
MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi Gerakan Harapan Baru
23 Julai 2015
07 Syawal 1436H

--
Sila kongsi artikel ini...