Taktik membuli pembangkang akan makan diri - Tuan Ibrahim Tuan Man
Imigresen Malaysia telah mempamerkan kecekapan melaksanakan arahan atasan bagi menyenarai-hitamkan beberapa tokoh pembangkang (Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Petaling Jaya Utara Tony Pua) daripada keluar negara walaupun belum diheret ke mahkamah untuk apa-apa tuduhan yang konkrit.
Ini menimbulkan persoalan bagaimana seorang yang telah disabit kesalahan membunuh boleh pula terlepas ke Australia memandangkan Imigresen negara boleh bertindak secekap ini?
PAS mengingatkan kerajaan bahawa taktik membuli pembangkang dengan cara
ini hanya akan menyemarakkan lagi desakan dan keinginan rakyat untuk
mengetahui kebenaran di sebalik semua dakwaan terhadap 1MDB dan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Rakyat akan melihat tindakan sebegini sebagai terdesak dan bermotifkan politik apabila tiada sekatan dilakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik terhebat 1MDB, yang sudah terang-terang menjelaskan niatnya untuk menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri.
Bukan itu sahaja, persepsi buruk pada kerajaan akan bertambah apabila rakyat melihat mereka yang terlibat dengan isu 1MDB seperti Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Penasihat 1MDB masih bebas bergerak ke seluruh dunia, manakala mereka yang membongkarnya dikenakan tindakan.
Adalah lebih berfaedah dan menguntungkan kerajaan jika fokus dan bantuan dapat diberikan kepada pasukan siasatan khas untuk menyelesaikan misteri aliran tunai di sebalik 1MDB dengan kadar segera daripada terus melakukan tindakan yang menampar diri sendiri.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
23 Julai 2015
--

Sila kongsi artikel ini...