The Edge bukan punca masalah 1MDB - Tuan Ibrahim Tuan Man
The Edge bukan punca masalah 1MDB
Keberanian The Edge melalui Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan untuk mempertahankan laporannya meskipun berdepan dengan pelbagai kemungkinan telah menambahkan kredibiliti mengenai pembongkaran akhbar tersebut mengenai aliran tunai 1MDB berbanding penafian separa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB dalam kontroversi ini.
Pasukan Siasatan Khas wajar menggunakan hasil siasatan The Edge untuk membantu mempercepatkan siasatan terhadap 1MDB dan bukannya untuk menghukum The Edge.
Sesungguhnya, The Edge bukan punca kepada masalah 1MDB hari ini yang telah menjadi isu antarabangsa yang memalukan negara hari ini.
Rakyat diminta hati-hati dengan cubaan mengubah fokus siasatan untuk menentukan samada wang rakyat Malaysia telah disalahgunakan oleh 1MDB dan pemimpin Umno yang didakwa ke cerita sensasi lain yang sengaja diwujudkan bagi mengalihkan pandangan mereka.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
22 Julai 2015
--
Sila kongsi artikel ini...