IKRAM Kekal Sebagai NGO Islam, Ahli Boleh Terlibat Dalam Parti Politik

3:25 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
22 Julai 2015 bersamaan 7 Syawal 1436H

IKRAM Kekal Sebagai NGO Islam, Ahli Boleh Terlibat Dalam Parti Politik


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil maklum kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut tentang penglibatan IKRAM dalam pembentukan gagasan baru pembangkang.

Dalam kenyataan media sebelum ini, IKRAM telah mengalu-alukan usaha penubuhan gerakan rakyat yang lebih inklusif dan progresif supaya sistem dwi parti terus kukuh bagi melakukan proses semak dan imbang kepada proses demokrasi negara secara efektif.

Walau bagaimanapun, IKRAM akan tetap kekal sebagai NGO Islam yang akan terus bergiat dalam bidang dakwah, tarbiah dan kebajikan.

Dalam pada itu, IKRAM menghormati keputusan mana-mana ahlinya yang memilih untuk meneruskan usaha islah melalui parti politik Islam yang progresif dan inklusif yang bakal ditubuhkan nanti.

Ahli-ahli IKRAM yang terlibat dalam parti dan memegang jawatan eksekutif dalam parti akan diminta melepaskan jawatan eksekutif dalam IKRAM bagi mengelakkan berlaku sebarang pertembungan kepentingan kerananya.

Sebagai NGO yang berprinsip, IKRAM akan terus bekerjasama dengan semua pihak termasuk pihak pemerintah mahupun pembangkang serta membuat teguran untuk sama-sama membina negara dan memperkuat ummah.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia



--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.