Komentar Khalid Ibrahim Tentang Kerajaan Selangor
Ketika di Majlis Hari Raya Parlimen Malaysia tengahari tadi saya diminta memberi komen tentang pengumuman penubuhan Pakatan Rakyat baharu.
Saya merasakan adalah lebih professional dan beretika bagi saya sebagai wakil rakyat bebas untuk tidak memberi sebarang ulasan mengenai usaha menubuhkan Pakatan Rakyat baharu. Memandangkan ini merupakan inisiatif dalaman yang melibatkan PKR dan DAP, bukanlah prerogatif saya untuk memberi pendapat.
Walaubagaimanapun dalam konteks Selangor, sekiranya benar ura-ura penubuhan Pakatan Rakyat baharu, adalah lebih baik ianya diselesaikan secepat mungkin supaya kekeliruan, kegusaran dan haru-biru di kalangan penjawat awam boleh dihindarkan.
YAB Dato Menteri Besar perlu membuat keputusan tentang perkara ini secepat mungkin. Ini adalah kerana kita tidak mahu percaturan politik sebegini mengganggu gugat kelicinan dan keberkesanan proses pentadbiran negeri. --
Sila kongsi artikel ini...