'Apabila seorang ustazah mengeluarkan kenyataan aneh tentang kesan susu lembu kepada anak ..... '- Hafiz Firdaus Abdullah
Hafiz Firdaus Abdullah
Apabila seorang ustazah mengeluarkan kenyataan aneh tentang kesan susu lembu kepada anak, ada yang mengulas bahawa sebagai ustazah, bincang bab agama sudahlah. Jangan masuk bab lain.
Ada juga yang mengulas, ustazah itu ada banyak kebaikannya melalui tulisan-tulisan novelnya, maka maafkanlah satu kesalahannya dalam bab susu lembu.
Saya berkata, tulisan dan ucapan ustazah itu dalam bidang agama juga perlu disemak dan diwaspadai.
Satu novel dia yang saya baca dari kulit ke kulit ialah "Sebarkan Cinta-Mu". Dalamnya ditemui banyak kesalahan dalam bidang aqidah, tafsir, hadis, sirah isteri-isteri Nabi, fiqh dan usul fiqh. Bahkan sebahagian kesalahan itu sukar untuk dikatakan sebagai sesuatu yang tidak sengaja.
Maka saya menghubungi dia melalui emel dan menerangkan dalam novelnya itu ada banyak kesalahan. Maka dia balas dengan penuh angkuh: "Novel itu sudah masuk cetakan ke-6, tiada siapa yang kata dalamnya ada kesalahan."
Seterusnya saya menjelaskan kesalahan-kesalahan tersebut dalam buku saya "Sebarkan Kebenaran-Mu: Catatan-Catatan Ke Atas Novel Sebarkan Cinta-Mu".
Setelah saya siapkan, saya emelkan kepada dia dalam bentuk raw copy (masih dalam format A4, belum layout) sebelum dihantar kepada penerbit. Dia balas dengan janji akan membacanya, namun sehingga kini tiada apa-apa maklumbalas lanjut.
--------
Sebuah lagi buku yang menerangkan kesalahan dia ialah karangan Syaikh Ibnu Anas al-Kutawi yang berjudul "Jawapan Terbuka Dalam Polemik Hukum Wanita Menutup Muka".
Buku ini menerangkan kesalahan ustazah yang mendakwa kononnya jumhur ulama' berpendapat wanita tak perlu pakai niqab.
Buku ini juga membantah kaedah-kaedah usul fiqh yang digunapakai oleh ustazah yang mendakwa kononnya niqab tidak sesuai dengan fiqh waqi' zaman kini.
--------- Moga Allah pimpin kita kepada sumber rujukan (ustaz & ustazah) yang jujur lagi amanah dalam ilmu mereka
s
Sila kongsi artikel ini...