Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Sebagai Punca Pendapatan Negara - Zulhazmi Shariff

4:59 PM 0 Comments A+ a-




SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK (AES) SEBAGAI PUNCA PENDAPATAN NEGARA.

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mula diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan pada September 2012. Bermula dari itu pelbagai tentangan dan persoalan ditimbulkan di mana Kerajaan tetap tegas mengatakan bahawa pengenalan perlaksanaan AES adalah tiada lain bertujuan untuk kebaikan rakyat Malaysia khususnya pengguna jalanraya.

Perlu diingat bahawa AES dilaksanakan ketika itu dengan hak konsesinya dipegang oleh dua (2) syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Walau pun AES dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi yang mempunyai hak akhir ialah dua (2) syarikat tersebut. Melalui Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah yang telah dipersetujui bersama oleh syarikat dengan Kerajaan, mereka akan mendapat pulangan yang dianggarkan berjumlah RM3.2 bilion bagi tempoh 5 tahun. Kedua-dua syarikat mengeluarkan modal sebanyak RM717 juta.


Apabila ditentang hebat pelbagai pihak, pada Disember 2012 Peguam Negara memutuskan untuk membekukan segala prosiding Mahkamah berkaitan saman-saman AES yang telah dikeluarkan sebelum itu.

Semalam Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad menyatakan bahawa AES akan dilaksanakan semula secara bersama oleh Boustead dengan LTAT setelah Boustead mengambil alih pegangan Irat Properties Sdn Bhd yang mengambil alih pegangan Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

Apa yang menarik perhatian ialah kenyataan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin pada 6 MAC 2015 semasa mengumumkan pengambil-alihan 50% pegangan Irat Properties Sdn Bhd. Beliau menyatakan bahawa "Untuk membangunkan aliran perniagaan dan membina peluang sinergi, memperoleh pegangan dalam AES adalah proses semula jadi bagi Kumpulan memacu pertumbuhannya. AES adalah sistem yang berjaya di pelbagai negara seluruh dunia, dan ia adalah satu sistem yang terbukti menjana hasil ketara."

Kenyataan Tan Sri Lodin tersebut adalah suatu petunjuk JELAS apa yang dikatakan selama ini bahawa perlaksanaan AES adalah untuk menjana pendapatan. Sebelum ini Beta Tegap dan ATES yang ingin menjana pendapatan melalui AES tetapi sekarang ianya beralih kepada Boustead dan LTAT dengan kerjasama Kerajaan Malaysia.

Apabila AES dilaksanakan oleh Boustead dan LTAT nanti, berapakah pulangan yang akan dijana mereka? Berapa pula yang akan dijana oleh Kerajaan?

Rakyat Malaysia harus sedar bahawa perlaksanaan AES ini bukan dengan tujuan murni menjaga keselamatan rakyat semata-mata tetapi ianya juga adalah sumber pendapatan pihak-pihak tertentu.

Sudah GST menekan rakyat, kadar tol dinaikkan, harga minya meningkat, sekarang AES pula akan menghulur tangan meminta "derma" rakyat.

Baiknya rakyat Malaysia masih sanggup "menderma" kepada mereka-mereka sedang rakyat berhempas pulas mencari rezeki dalam kepayahan.

BERANI BERUBAH KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH BAIK.

ZULHAZMI SHARIFF
11082015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.