Sudahkah SPRM Memanggil Najib Memberikan Keterangan? - Zulhazmi Shariff
SUDAHKAH SPRM MEMANGGIL NAJIB MEMBERIKAN KETERANGAN?
Minggu lepas SPRM ada mengeluarkan kenyataan akan memanggil Najib Tun Razak memberikan keterangan berkaitan "derma" RM2.6 bilion oleh penderma Timur Tengah ke dalam akaun peribadi beliau.
Semalam Najib Tun Razak ketika merasmikan suatu mesyuarat agung tahunan Umno di Johor menyatakan secara terbuka bahawa beliau menerima "derma" RM2.6 bilion itu ke dalam akaun beliau bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk parti.
Setelah ramai memberikan sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada SPRM untuk meneruskan siasatan berkaitan perkara tersebut ekoran pegawai-pegawai SPRM disiasat oleh PDRM dan ada yang ditukar kemudiannya dibatalkan pertukaran, Malaysia ingin tahu adakah Najib Tun Razak telah dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan? Jika belum, bila Najib akan dipanggil untuk disiasat dan diambil keterangan?
SPRM perlu bertanggungjawab dan telus serta berani meneruskan diasatan. Najib perlu disiasat dan direkod keterangan berkaitan RM2.6 bilion tersebut. Berkali-kali Najib dan beberapa Menteri badutnya menyatakan duit tersebut adalah sah serta tidak melanggar undang-undang.
Sekarang menjadi tanggungjawab SPRM mengotakan janji mereka untuk menyiasat dan mencari hingga ke lubang cacing. BUKTIKAN!
BERANI BERUBAH KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH BAIK.
ZULHAZMI SHARIFF
11082015
Sila kongsi artikel ini...