Semua intelektual mencadangkan untuk kita sertai gerakan demokrasi Bersih 4.0. Saya setuju dan sedang bersiap. Masalahnya ..... - Yuva Balan

10:30 AM 0 Comments A+ a-



Semua intelektual mencadangkan untuk kita sertai gerakan demokrasi Bersih 4.0. Saya setuju dan sedang bersiap. Masalahnya tiada seorang pun yang menerangkan apa yang akan berlaku selepas kita semua berkumpul di jalan raya.

Bersih 3.0 selepas beratus ribu rakyat sudah berkumpul, Ambiga arahkan supaya bersurai. Rakyat yang tak ingin bersurai kerana tidak nampak penyelesaian di gas, dipukul dan dihalau oleh Polis dan FRU. Anwar and family lari masuk kereta dan terus gerak. Orang biasa yang kena.

Tuntutan demokrasi yang di bawa oleh Bersih tidak menyelesaikan apa-apa masalah bagi kelas pekerja atau rakyat biasa. Tambahan pula tuntutan Najib undur dan bebas Anwar yang dibawa oleh pembangkang jelas mendedahkan watak PR yang ingin menggunakan gerakan Bersih untuk kepentingan politik sendiri. Apakah masalah rakyat akan selesai dengan menangkap Najib dan membebaskan Anwar?

Mungkin masalah PR akan selesai tetapi rakyat biasa masih akan terdedah kepada krisis ekonomi dan akan terus dibebankan. Walaupun PR cuba menonjolkan perbezaan mereka dengan BN, dipangkalnya kedua-dua BN dan PR beroperasi dalam kerangka kapitalisme yang sama dan bergantung dengan ekonomi global dimana ia sedang merosot dengan mendadak.

Seperti yang sering berlaku dalam sejarah, krisis ekonomi kapitalisme bukan sahaja akan mencetuskan kekecohan politik di kalangan elit tetapi pada masa yang sama membuka peluang bagi kelas pekerja dan rakyat biasa untuk turut terlibat dalam perjuangan menuntut hak mereka.

Penglibatan kelas pekerja di acara-acara demonstrasi seperti Bersih adalah amat penting, tetapi pada masa yang sama, kekuatan massa ini harus digunakan untuk membentuk sebuah organisasi yang berlandaskan aspirasi rakyat biasa dan menawarkan alternatif kepada sistem ekonomi kapitalisme yang sudah tidak releven lagi.

Golongan aktivis sosial, pihak media, intelektual dan anak muda harus bergabung tenaga dengan massa untuk turut berjuang menuntut hak bersama. Sebuah organisasi yang membawa tuntutan ekonomi dan sosial rakyat harus dibentuk disamping berjuang untuk hak-hak demokrasi.

Organisasi yang sedang berjuang untuk hak-hak demokrasi harus melebarkan program mereka dengan tuntutan-tuntutan ekonomi dan sosial bagi membolehkan rakyat biasa turut berjuang. Suatu perubahan yang nyata hanya boleh dicapai jika kelas pekerja dan rakyat biasa berpeluang untuk menyedari kekuatan mereka dan menggunakannya untuk menggerakkan penentangan terhadap sistem kapitalisme.

Ayuh kita ke Bersih 4.0 dengan idea yang jelas untuk mewujudkan sebuah kepimpinan kelas daripada kekuatan massa. Bukan sekadar pergi dan balik, Sebarkan risalah, bahan bacaan atau mesej kamu. Libatkan diri dalam perbincangan dengan kelas pekerja dan rakyat biasa untuk membentuk sebuah organisasi yang mampu menentang kapitalisme. Perjuangan kita tidak patut dikawal oleh kepimpinan Bersih yang cuma inginkan penukaran rejim tanpa melihat kepada keperluan untuk menentang sistem itu sendiri. Walaupun kita berjuang untuk tuntutan demokrasi oleh Bersih, tetapi perjuangan kita harus menjangkau Bersih dan menjurus kearah pembinaan sebuah organisasi yang kukuh dan dapat membawa aspirasi rakyat biasa. Kerja-kerja membina sebuah kuasa alternatif bagi kedua-dua kapitalis BN dan PR harus bermula sekarang sebelum ia terlambat


Yuva Balan

w


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.