Kenyataan Media Penerangan 17 - Nasrudin Hassan

11:30 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Penerangan 17

Tarikh : 19 Syawwal 1436 / 4 Ogos 2015

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius kenyataan yang dikemukakan semalam oleh Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Bahri Mohamad Zin yang mendakwa kemungkinan wujud pihak tertentu untuk mengganggu siasatan yang sedang dilakukan oleh badan tersebut.

2. SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan telah membuat satu kenyataan mengenai hasil siasatan dana sejumlah RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri semalam.

3. PAS melihat tindakan agresif pihak polis menahan pegawai-pegawai SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen adalah satu tekanan kepada para penjawat awam dalam menjalankan tugas. Walhal, pihak SPRM telah menafikan tiada pegawai-pegawainya yang terlibat dalam konspirasi tersebut.

4. Ini menunjukkan satu lagi tindakan terancang untuk mendiamkan skandal kewangan 1MDB apabila satu demi satu pihak yang terlibat secara langsung dalam pendedahan skandal ini telah di’korban’kan. Antaranya, dua portal akhbar yang telah digantung, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Gani Patail, pembekuan laporan interim dan prosiding siasatan PAC.

5. Sebaliknya, pihak polis pula yang bertindak agresif menahan ramai pegawai-pegawai kerajaan daripada SPRM dan Pejabat Peguam Negara atas dakwaan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri. Banyak perkara berhubung skandal kewangan 1MDB dituntut untuk diberikan penjelasan. Apakah semua ini telah diketepikan kerana menjaga kepentingan peribadi Perdana Menteri ?

Sekian.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.