SPRM Patut Dedahkan Identiti Penderma Gergasi - Husam Musa

7:20 AM 0 Comments A+ a-



SPRM Patut Dedahkan Identiti "Penderma Gergasi"

Kenyataan media SPRM bersendiri hari ini (bukan atas nama Task Force 1MDB) tentulah mengembirakan PM.

Namun, jika Malaysia mengamalkan keluhuran undang-undang secara bebas, terlepaskah Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak daripada sebarang kesalahan jenayah dengan pendedahan hasil siasatan SPRM bahawa wang RM 2.6 billion dalam akaun peribadi beliau adalah wang penderma?


Pengumuman ini bukan sahaja gagal menutup dakwaan jenayah pecah amanah terhadap Perdana Menteri malah membuka lebih banyak ruang kekeliruan dan pertanyaan.

Jika benar wang tersebut adalah wang penderma, bagaimana SPRM boleh mencapai hasil tersebut dalam keadaan Perdana Menteri belum dipanggil memberikan keterangan?

Kenapakah dakwaan awal berkenaan wang tersebut disalurkan dari akaun 1MDB boleh pula bertukar kepada wang penderma hanya selepas 48 jam pejabat SPRM diserbu cawangan khas?

Jika SPRM bersifat telus dalam penyiasatan dan temuannya, SPRM harus mendedahkan senarai penderma dan jumlah yang diderma dan setiap daripada mereka hendaklah disiasat apa tujuan didermakan dengan jumlah yang begitu besar disalurkan.

Ini adalah kerana menjadi kesalahan bagi Perdana Menteri menerima wang secara peribadi tanpa sebarang balasan jika penderma mempunyai hubungan atau kepentingan dengan tugas rasmi Perdana Menteri menurut seksyen 165 Kanun Keseksaan. Siapakah yang sanggup menderma jumlah sebanyak itu jika tidak berharap sebarang balasan?

Walauapapun usaha yang cuba dilakukan, persoalan asas akaun tersebut adalah akaun persendirian Perdana Menteri masih gagal dinafikan. Sebarang alasan berkenaan tujuan wang tersebut disalurkan hanya perkara sekunder yang tidak mampu melepaskan Perdana Menteri daripada dakwaan jenayah.

PM mesti berusaha lebih keras untuk meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia najis yang berbau kini tiada kena mengena dengan beliau. Apa lagi di waktu penyiasat jenayah pula ditahan dan.diburu? Oleh negara atau oleh penjenayah yang diburu?

SELAMATKAN NEGARA !!!

Husam Musa
3 Ogos 2015

--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.