Hancur Berderai Tata Kelola Amanah Negara (Total Breakdown Of Governance) - Wan Ahmad Fayhsal
HANCUR BERDERAI TATA KELOLA AMANAH NEGARA (TOTAL BREAKDOWN OF GOVERNANCE)
Oleh :Wan Ahmad Fayhsal - s ·
Berapa banyak agak-agaknya RM 2.6 bilion itu dah rempuh, pijak, penyek dan lumatkan batas-batas perundangan di negara kita:
1- Financial Services Act (FSA) - berkenan aliran wang masuk lebih RM 50k yang berjaya lepasi sistem pantauan.
2- Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Funding (AMLA) - aliran wang yang masuk ke dalam akaun peribadi yang tiada jelas asal usulnya.
3 - Central Bank of Malaysia Act - di mana duit untuk Yayasan atau Persatuan disalurkan ke akaun peribadi.
4 - Penjelasan dan pengakuan cukai untuk baki lebihan yang perlu UMNO bayar kerana memiliki RM 2.6 bilion.
5 - External Loan Act - kalau dikatakan itu adalah pinjaman (advance)
Macam rakan saya kata kalau orang biasa yang buat dah lama kena masuk penjara.
Sebab itu mereka "homing" (fokus terus) kepada barisan pemimpin tertinggi Bank Negara kerana hanya mereka yang punya kuasa dan kemampuan untuk mengesan dan menjejaki dari mana dan ke mana duit RM 2.6 bilion itu diterima dan dibelanjakan.
Sebab itu saya kata barisan pemimpin tertinggi Bank Negara ini perlukan "witness protection program" daripada Majlis Raja-Raja khusus daripada komando askar agar mereka dapat dilindungi tatkala berusaha menyiasat dan selesaikan kes ini.
Tapi lihatlah sekarang mereka diugut, diganggu. Bukankah mereka menunaikan amanah mereka?
Bukankah mereka saudara seagama dengan kita?
Bukankah mereka pemegang amanah sistem tadbir urus kita? Tidakkah kita boleh fikir kesan yang bakal dirasai oleh kita rakyat Malaysia kalau hal ini dibiarkan begitu saja?
Hancur negara! Hancur!
Pelabur luar, rakyat tidak lagi yakin dengan kerajaan. Ekonomi akan menguncup. Pembayar cukai tidak redha. Duit cukai tidak berkat dan negara dibangun atas kemarahan dan kekecewaan.
Siapa sebenarnya berkonspirasi dan jatuhkah kerajaan? Pasukan penyiasat atau RM 2.6 bilion?
s
--
Sila kongsi artikel ini...