Pelarian Syria: Tindakan Jerman Wajar Dicontohi - Dr Raja Ahmad Iskandar

10:35 AM 0 Comments A+ a-



PELARIAN SYRIA: TINDAKAN JERMAN WAJAR DICONTOHI

South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (SARMY) mengucapkan tahniah kepada Pentadbiran Munich, Negara Jerman berikutan sikap kemanusiaan yang ditunjukkan dengan membenarkan pelarian daripada Negara Syria terutamanya dengan membuka pintu masuk sempadan ke negara mereka dan turut menyediakan tempat perlindungan sementara kepada semua pelarian tersebut. Dianggarkan lebih 10,000 orang pelarian Syria tiba di Jerman dengan menaiki kereta api dari Negara Hungary dan Austria.


Malah penerimaan rakyat Jerman juga dapat dilihat dengan sorakan dan tepukan mereka ketika menyambut pelarian yang tiba, selain memberikan bantuan makanan, beberapa keperluan bekalan asas dan barangan permainan untuk kanak-kanak. Canselor Jerman, Angela Dorothea Merkel mengumumkan bahawa Jerman bersedia untuk memberikan perlindungan kepada semua rakyat Syria di negara itu berikutan konflik dan pergolakan yang berpanjangan di Damsyik yang tiada kesudahan sehingga kini.

SARMY melihat ianya satu tamparan hebat kepada semua Negara Islam yang tidak tampil membantu Negara jiran Islam iaitu Syria yang sepatutnya dihulurkan bantuan terlebih dahulu lagi. Sikap peduli dan keperihatinan Jerman tersebut sangat-sangat dihargai dan disambut baik oleh masyarakat antarabangsa. Malah sikap yang tunjukkan dengan penyediaan kelengkapan berupa katil bagi mereka berehat amat disanjung tinggi dan sifat yang mulia yang sepatutnya ditunjukkan oleh Negara Islam kerana yang dibantu juga adalah masyarakat Islam.

SARMY mengharapkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sewajarnya memainkan peranan penting sebagai ‘orang tengah’ untuk menyelesaikan konflik di Damsyik secepat mungkin. Malah sudah tiba masanya OIC menghantar Tentera Pengaman bertindak mengawal keadaan dan membantu agar Bandar Damsyik pulih kembali dan rakyatnya boleh kembali ke kampung halaman mereka sedia kala. Ramai rakyat yang menjadi mangsa keadaan dengan konflik yang berlaku tersebut sehingga kini tiada kesudahannya.

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Pengerusi,
South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (SARMY).


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.