Kenyataan media ADUN Pengkalan Rinting Cheo Yee How Berkenaan Banjir Kilat yang berlaku Jumaat lepas.
Mengikut pemerhatian selepas kejadian banjir kilat, disyaki 3 sebab banjir kilat ini berlaku:
1. Hujan sangat lebat pada ketika itu,
2. Tide sangat tinggi
3. Penambakan yang berlaku di muara Sungai Segget.
Soalan
1. Adakah penambakan ini telah membuat kajian impak alam sekitar, memandangkan penambakan ini akan menyebabkan penukaran landskap dan struktur fizikal kawasan bandar terutamanya aliran air dimana kebanyakan aliran air dari sistem peparitan kawasan bandaraya akan mengalir ke Sungai Segget seterusnya melalui muara sungai ke Selat Johor.
2. Pembangunan semula Sungai Segget ini juga bertujuan untuk menambat banjir, tetapi apabila penambakan di muara sungai berlakum dijangka akan menjejaskan aliran air dari hulu sungai, seterusnya akan menjejaskan tujuan penambatan banjir ini.
Kenyataan media ADUN Pengkalan Rinting Cheo Yee How Berkenaan Banjir Kilat yang berlaku Jumaat lepas.Mengikut pemerhatian selepas kejadian banjir kilat, disyaki 3 sebab banjir kilat ini berlaku:1. Hujan sangat lebat pada ketika itu,2. Tide sangat tinggi3. Penambakan yang berlaku di muara Sungai Segget.Soalan1. Adakah penambakan ini telah membuat kajian impak alam sekitar, memandangkan penambakan ini akan menyebabkan penukaran landskap dan struktur fizikal kawasan bandar terutamanya aliran air dimana kebanyakan aliran air dari sistem peparitan kawasan bandaraya akan mengalir ke Sungai Segget seterusnya melalui muara sungai ke Selat Johor.2. Pembangunan semula Sungai Segget ini juga bertujuan untuk menambat banjir, tetapi apabila penambakan di muara sungai berlakum dijangka akan menjejaskan aliran air dari hulu sungai, seterusnya akan menjejaskan tujuan penambatan banjir ini.
Posted by Cheo Yee How 邹裕豪 on Tuesday, August 4, 2015
KENYATAAN MEDIA LIEW CHIN TONG
4 Ogos 2015
Berhubung status yang dimuat naik menerusi laman Facebook Menteri Besar Johor - Datuk Seri Hj Khaled Nordin pagi ini yang amat jelas bersangkutan dengan krisis dalaman melanda UMNO mutakhir ini, saya terpanggil untuk memberi respon.
Sekiranya beliau dan UMNO umumnya benar-benar ingin memerangi budaya politik tidak sihat dalam partinya dan serius ingin menjadikan perjuangan membela nasib rakyat sebagai kompas perjuangan, saya mencadang dan menegaskan agar UMNO perlu segera muhasabah diri terlebih dahulu.
Saya tegaskan begitu kerana sekiranya UMNO jujur, tentunya sebagai sebuah parti yang telah menerajui negara sejak lebih 60 tahun dahulu pastinya akan menolak politik perkauman, skandal penyelewengan dan salah guna kuasa termasuklah dalam hal penerimaan 'derma RM2.6 bilion' kepada UMNO bagi memenangi pilihanraya menerusi akaun peribadi Perdana Menteri yang turut merupaka Presiden UMNO! Dalam hal ini, DAP Johor bersedia untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk UMNO Johor, yang berusaha kearah merealisasikan impian Malaysia; sebuah Malaysia yang bebas rasuah, pengurusan sosioekonomi yang sihat dan adil, tadbir urus yang cekap dan amanah, serta demokrasi yang siha
r
Kenyataan media Teo Kok Seong, Ketua DAPSY Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Rasah pada hari Isnin 2 Ogos 2015 di Kuala Lumpur:
DAPSY MENGUTUK KERAS TAHANAN AKTIVIS HIMPUNAN #TANGKAPNAJIB
Kami, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penangkapan Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan aktivis-aktivis anak muda yang menyertai Himpunan #TangkapNajib di Kuala Lumpur semalam.
Pihak polis dan penguatkuasa sepatutnya memainkan peranan "facilitate" untuk memastikan setiap perhimpunan dapat berjalan dengan lancar tanpa mengira anjuran oleh mana-mana pihak. Polis dan mana-mana sekalipun pihak berkuasa adalah tertakluk dibawah kedaulatan undang-undang termasuklah hak berhimpun yang dijamin oleh perlembagaan.
Ahkhirnya, kami mendesak pihak kerajaan dan pihak polis agar melepaskan semua individu yang ditangkap tanpa sebarang syarat.
Teo Kok Seong
Ketua DAPSY Kebangsaan
DAPSY Malaysia
--
TAN SRI PANDIKAR AMIN MESTI KOTAKAN APA YANG DIKATA.
Sebelum ini Tan Sri Pandikan Amin Mulia, Yang DiPertua Dewan Rakyat semasa menafikan kenyataan Tun Mahathir bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat berkata, beliau hanya mahukan Parlimen yang bebas yang tidak mengikut telunjuk kerajaan. Sekarang nampaknya Tan Sri Pandikar bukan seperti yang beliau idamkan sebelum ini.
Semalam, Tan Sri Pandikar dilaporkan berkata bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak boleh bermesyuarat sehingga dilantik seorang Pengerusi yang baru pada sidang Oktober nanti memandangkan Pengerusi PAC sebelum ini Datuk Nur Jazlan mengosongkan jawatan kerana dilantik menjadi Timbalan Menteri dalam rombakan Jemaah Menteri baru-baru ini.
Lebih pelik apabila Tan Sri Pandikar memetik Peraturan Mesyuarat 77 (3) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dengan mengatakan bahawa walau pun Peraturan 77 (3) memberikan kuasa kepada ahli-ahli PAC melantik seorang ahli lain sebagai Pengerusi jika Pengerusi dan Naib Pengerusi tiada akibat uzur atau sebab-sebab lain.
Peraturan 77 (3) adalah seperti berikut :-
(3) Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib Pengerusi oleh kerana keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang Pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa itu.
Peraturan tersebut JELAS bahawa dalam ketiadaan Pengerusi atau Naib Pengerusi oleh kerana keuzuran atau sebab-sebab lain, ahli-ahli jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang yang lain menjadi Pengerusi.
Kita lihat dalam keadaan sekarang, Pengerusi tiada tetapi PAC masih mempunyai Naib Pengerusi yang boleh bertindak sebagai Pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat. Justeru tidak timbul isu ahli perlu melantik orang lain kerana Naib Pengerusi sedia ada masih wujud dan berfungsi. Peraturan 77 (3) mengatakan jika kedua-dua Pengerusi dan Naib Pengerusi tiada, tetapi sekarang Naib Pengerusi masih ada.
Malah jika ahli perlu melantik ahli yang lain pun tidak menjadi masalah kerana Peraturan 77 (3) jelas menyatakan bahawa jika Pengerusi atau Naib Pengerusi tiada atas keuzuran atau lain lain sebab. Dalam hal ini, Pengerusi mengosongkan jawatannya, maka ianya termasuk dalam "lain-lain sebab" yang mewajarkan Jawatankuasa memilih ahli lain sebagai Pengerusi.
Tan Sri Pandikar juga berkata mesyuarat PAC juga tidak wajar diteruskan kerana 3 lagi ahli yang lain juga telah melepaskan jawatan kerana turut terlibat dilantik sebagai Timbalan Menteri. Ini juga suatu kenyataan yang pelik kerana walau pun 3 orang ahli tiada, PAC masih cukup korum yang mana sekarang masih ada 9 ahli termasuk Naib Pengerusi.
Perlu diambil perhatian bahawa PAC hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 6 orang ahli dan tidak lebih 12 ahli tidak termasuk Pengerusi dan Naib Pengerusi. Ini disebut dalam Peraturan 77 (2) seperti berikut :
(2) Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi seorang Pengerusi dan Naib-Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis dan tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segeranya selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen
Sekarang PAC masih mempunyai 9 ahli termasuk Naib Pengerusi justeru PAC masih boleh berfungsi seperti sedia ada dan perlantikan ahli baru boleh dibuat semasa sidang Oktober nanti.
Tan Sri Pandikar tidak perlu bersusah payah menjaga kepentingan pihak tertentu sehingga menggadaikan kebebasan dan kehormatan Parlimen seperti yang beliau mahukan.
Buktikan bahawa Parlimen ialah sebuah institusi bebas yang menjunjung konsep keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan hak rakyat.
Jangan cuba jadikan Parlimen sebagai tempat berselindung mana-mana pihak yang menggadai hak rakyat.
BERANI BERUBAH
ZULHAZMI SHARIFF
31072015
--
UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK KE ARAH PENUBUHAN KERAJAAN PERALIHAN (“TRANSITION GOVERNMENT”)
Sejak pendedahan-pendedahan mengenai keterlibatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung tuduhan salahlaku pengurusan dana 1MDB dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.
Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion ke akaun yang dituduh milik peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalaman Umno seperti berikut:
1. Perpecahan dalaman di dalam Pasukan Petugas Khas (“Special Task Force”) yang diamanahkan menyiasat penglibatan Perdana Menteri kepada dua kumpulan – satu yang ingin menyelamatkan Perdana Menteri dan satu lagi yang ingin mendakwa Perdana Menteri. Perkara ini disahkan dengan berita pemecatan Peguam Negara pada hari ini.
2. Pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Segala desas-desus begini adalah tidak baik untuk negara kerana ia menimbulkan ketidaktentuan politik, ekonomi dan sosial. Kedegilan Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera.
Kami mengutuk sekerasnya-kerasnya tindakan mementingkan diri oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret seluruh negara sedangkan tanggungjawab beliau adalah mentadbir dan menguruskan negara dengan cekap, telus dan amanah.
Oleh yang demikian, pimpinan-pimpinan KEADILAN, DAP dan Harapan Baru yang hadir pada hari ini menyeru supaya ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang sayangkan negara supaya mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) dengan terma rujukan yang khusus seperti berikut:
1. Perlantikan seorang Perdana Menteri interim dari kalangan pimpinan terkanan (“elder statesman”) bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.
2. Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan.
3. Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.
4. Merombak dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat.
Penubuhan kerajaan peralihan ini boleh diadakan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional bersama-sama ahli-ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan Harapan Baru menyokong satu usul tidak percaya terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak. Usul in boleh dibuat diluar sidang Parlimen atau semasa sidang Parlimen akan datang.
Dengan desas-desus yang tersebar luas bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah sampai masanya beliau dan kumpulan beliau serta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain yang cintakan negara menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Kami juga memberi amaran kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk tidak mengambil peluang dari pergolakan dalaman Umno ini untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pimpinan-pimpinan pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau. Sekiranya beliau meneruskan amalan biasa Umno yang memenjarakan lawan politik pembangkang ketika berlaku pergolakan dalaman Umno, kami pasti ratusan ribu rakyat akan turun ke jalanraya yang akan mempercepatkan kejatuhan beliau.
Kami akan membawa pulang cadangan undi tidak percaya terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak ke arah penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) untuk diperhalusi di peringkat parti masing-masing. Kami yakin rakyat mahu melihat satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut ketidaktentuan akibat pergolakan dalaman Umno dan tuduhan rasuah terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak ini dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urusan pentadbiran negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.
28 Julai 2015
Mohamad Sabu
Dr Dzulkefly Ahmad
YB Khalid Samad
YB Saari Sungib
YB Dr Siti Mariah
YB Hanipa Maidin
YB Dr Hatta Ramli
YB Kamarudin Jaffar
YB Hasnul Baharuddin
Hj Izham Hashim
YB Tony Pua
YB Teresa Kok
YB Liew Chin Tong
YB Rafizi Ramli
Dato’ Saifuddin Nasution
YB Sim Tze Tzin
YB Wong Chen
--
Tindakan Pemuda DAP Perak mengatakan pihak berkuasa tiada kuasa & tidak layak menjaga akhlak org ramai adalah suatu kenyataan yg agak bodoh.
Pemuda DAP Perak dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran pihak PBT menasihatkan pemilik panggung wayang membuang "couple seat" untuk mengelakkan perlakuan sumbang di dlm panggung wayang.
Ianya isu kecil tetapi melibatkan akhlak yg harus ditangani dgn berhemah & bijaksana.
Kita boleh berbeza pendekatan tetapi mengatakan pihak berkuasa tiada hak & tiada kuasa untuk menjaga akhlak & tatasusila rakyat itu sesuatu yg jauh menyimpang dr konteks.
Semua pemerintah baik di peringkat bwh sehingga tertinggi mempunyai tanggungjawab menjaga akhlak, tata susila & adab masyarakat melalui pendekatan2 yg sesuai. Itu tanggungjawab pemerintah selain tanggungjawab memberikan kesejahteraan kpd rakyat.
Jangan kerana isu kecil tentang pendekatan habis rosak semua benda baik yg kita buat.
Bijaksanalah dlm BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF
24072015
--
MALAYSIA BUKAN HANYA PERLUKAN HARAPAN BARU
PRU13 menyaksikan dan membuktikan bahawa majoriti pengundi Malaysia khususnya dan masyarakat Malaysia amnya sedar bahawa Umno/BN sudah tidak boleh dan tidak mampu menguruskan pentadbiran Malaysia. Majoriti pengundi memberikan undi kepada calon-calon bukan Umno/BN walau pun dari segi bilangan kerusi memihak kepada mereka yang menyebabkan mereka masih memerintah Malaysia.
Pakatan Rakyat sebelum dan semasa kempen PRU13 mempersembahkan suatu manifesto dan/atau akujanji yang cukup baik untuk mentadbir Malaysia dengan lebih cekap, lebih baik, lebih telus, lebih efisyen dan paling penting jauh lebih adil kepada semua rakyat Malaysia.
Manifesto Pakatan Rakyat antaranya mencadangkan penurunan harga kereta, penghapusan tol, penghapusan PTPTN, pendidikan percuma dan pentadbiran negara yang telus dan tidak korup.
Walau pun begitu, Pakatan Rakyat masih gagal memperolehi keyakinan pengundi untuk menjatuhkan Umno/BN. Akibatnya sekarang rakyat Malaysia menghadapi situasi yang mencengkam. Kejatuhan nilai ringgit berbanding dollar Amerika, keadaan politik yang kacau bilau, pergeseran nilai antara kaum sehinggakan rakyat menjadi mandom tidak bersemangat untuk membangunkan negara.
Sekarang rakyat Malaysia semakin sedar dan yakin bahawa Umno/BN sudah tidak lagi mampu mentadbir Malaysia. Parti-parti komponen BN semakin bercelaru. Umno sesama Umno berseteru, MCA sesama MCA bergeseran, MIC sesama MIC bertelingkah sehingga komponen di Sabah dan Sarawak juga telah menampakkan kegelisahan.
Dalam keadaan yang sama Pakatan Rakyat yang menjadi platform dan sandaran rakyat juga semakin berserabut dengan komponen-komponennya yang lebih mementingkan perjuangan parti tersendiri daripada perjuangan bersama.
Harapan Baru muncul seakan-akan memberikan semangat baru bahawa gerakan ke arah menjatuhkan Umno/BN semakin menjadi nyata.
Tetapi sekarang, rakyat dan pengundi bukan hanya mahu melihat atau bergantung kepada sentimen atau persepsi walau pun politik itu sebahagiannya adalah persepsi. Apa yang dimahukan ialah kebolehan, kepercayaan dan kemampuan menggantikan Umno/BN menguruskan negara.
Rakyat sudah muak mendengar pendedahan demi pendedahan salah urus negara. Isu 1MDB setiap hari boleh dibaca, isu MARA, Tabung Haji, KWSP dan sebagainya sudah cukup untuk membuka mata hati rakyat bahawa Umno/BN sudah layak dikebumikan.
Sekarang Malaysia bukan hanya perlukan harapan baru semata-mata tetapi Malaysia perlukan alternatif. Malaysia perlukan pengganti yang diyakini berkebolehan, dipercayai dan mampu mentadbir dengan lebih baik.
Malaysia tidak hanya mahu didedahkan dengan penyelewengan tetapi Malaysia sekarang mahu lihat dan mahu tahu bagaimana semua pendedahan tentang penyelewengan tersebut boleh diselesaikan.
Bagaimana wang RM42 bilion yang dilesapkan oleh 1MDB boleh diperolehi semula.
Bagaimana pengurusan Tabung Haji, KWSP, MARA dan GLC2 milik negara dijaga dengan amanah.
Bagaimana nilai ringgit boleh distabilkan.
Bagaimana ekonomi boleh diceriakan.
Bagaimana kehidupan rakyat boleh disegarkan semula.
Sekarang bukan masa beretorik dengan memberikan harapan tetapi membuktikan harapan itu benar dan nyata.
BERANI BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF
23072015
--