Showing posts with label GHB. Show all posts
Showing posts with label GHB. Show all posts

Harapan Baru Menyokong Rally Kebebasan Media



Harapan Baru Menyokong Rally Kebebasan Media

Harapan Baru memandang serius perkembangan mutakhir politik negara serta mengecam tindakan menjerut kebebasan media oleh pihak kerajaan Umno-BN.

Keputusan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuatkuasa 27 Julai ini dan terdahulu menyekat laman ‘Sarawak Report’ adalah tindakan terdesak sebuah kerajaan yang tidak mampu menangani penerangan dan pendedahan pihak media bersabitan dengan pelbagai dakwaan skandal tentamg urusniaga syarikat milik kerajaan 1MDB.

Harapan Baru berpendirian bahawa peruntukan perundangan sedia ada suduh cukup untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dalam laporan media, tanpa perlu menggunakan undang-undang drakornian Akta Cetak dan Penerbitan 1984 yang menyekat dan menindas media.

Kalau pun ada pertikaian tentang aspek etika tentang cara The Edge Media Group mendapatkan maklumat sehari dua ini, ia tidak boleh dijadikan sebab penggantungan tersebut.

Pendedahan kedua-dua media ini telah banyak menerangkan dan mendedahkan pelbagai salah-laku urusniaga 1MDB. Kerajaan wajar menjawab atau menafikan segala dakwaan dengan bukti yang kukuh serta konkrit dan bukan dengan langkah menghukum mereka dengan penggantungan.

Bagaimanakah kebenaran dan pencerahan boleh menjejaskan ketenteraman awam? Bukankah ketenteraman dan kepentingan awam akhirnya akan terjejas dengan berleluasanya skandal dan salah-laku pengurusan 1MDB?

Apakah kerajaan terus-terusan ingin menutup salah-laku 1-MDB termasuk terkini dakwaan skandal RM 2.6 bilion dalam akaun PM dan RM2 juta dalam akaun isterinya? Bukankah ini akan mengukuhkan lagi persepsi buruk terhadap kerajaan?

Justeru Harapan Baru akan bersama-sama dalam rally solidariti dan semua tindakan bagi menyatakan l
Kebersamaan kami menentang tekanan terbaru kerajaan ini melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (PPPA) untuk menyekat kebebasan media serta menuntut penghapusan Akta zalim PPPA.

Hj Mohammad Sabu
Pengerusi Gerakan Harapan Baru.
26 Julai 2015.



--

Hukum Daya Tarikan - Law Of Attraction.- Aiman Athirah Al Jundi



Hukum Daya Tarikan - Law Of Attraction.

Kalau diteruskn pendekatan MEMPERTIKAIKAN "each other"...ia hanya akan melorong serta mengheret kepada "Iklim Saling Berjawab" kelak.

Semakin tiada henti.
Bahkan adalah sangat membuang masa mencari siapa salah pada perkara yang sebenarnya sudah luput keperluannya. Ia ibarat menjerumuskan diri ke perangkap rasa dan juga perangkap masa.

Adalah lebih baik meraikan perbedaan yang sudah berlanjutan sekian lama. Umum tahu itu.

Kemudian urus lah perubahan sama ada dari dalam ke luar mahupun dari luar ke dalam yang akhirnya berlaku kini apa yang sudah berlaku.

Seterusnya, fokus kepada kekuatan masing-masing yang boleh menyumbang kepada memposisikan "Islam Rahmat Sekalian Alam" sebagai solusi kepada kepada rakyat, negara hatta dunia seluruhnya.

Jujurlah, kita tidak mungkin boleh mengharapkan sesuatu kebaikan jika kita sendiri memilih untuk berterusan "berputar" di lingkaran permusuhan dan kebencian.

Ini hukum alam, Law Of Attraction. You will get what you give.

Let us moving forward.

Harapan Baru! 😉

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
25 Julai 2015/ 8 Syawal 1436H





--

Salahuddin: Harapan Baru (HB) Sedia Berbincang Dengan Semua Pihak Demi Kepentingan Rakyat



Harapan Baru (HB) Sedia Berbincang Dengan Semua Pihak Demi Kepentingan Rakyat.




1. Gerakan Harapan Baru (HB) bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak dalam usaha mendepani isu-isu kepentingan rakyat dan negara.

2. Situasi politik, ekonomi dan sosial negara sekarang ini sangat kritikal dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menyelamatkan rakyat yang semakin terkesan kehidupan seharian mereka.

3. HB telah dan akan terus menemui NGOs, parti-parti politik serta individu-individu berpengaruh serta institusi-institusi penting dalam masyarakat bagi memperkukuhkan lagi iltizam bersama memperjuangkan isu-isu rakyat.

4. Berdasarkan senario terkini politik tanah air, HB tidak menolak kemungkinan akan berlakunya ketidakpastian politik, sekaligus membawa kepada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lebih awal.

5. Adalah sangat penting bagi semua pihak bersedia untuk duduk semeja pada saat yang cukup kritikal ini.

6. HB sentiasa bersedia memberikan apa saja sumbangan yang terbaik untuk memastikan hasrat dan cita-cita perjuangan rakyat dapat dilaksanakan dengan seutuhnya.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Pengerusi
Harapan Baru (HB)
25 Julai 2015/ 8 Syawal 1436H


--

rungkaikanlah kekeliruan anda itu dengan menghadiri sesi dialog, wacana dan diskusi yang dianjurkan oleh GHB - Mohd Fitri Bin Asmuni

oleh: Mohd Fitri Bin Asmuni

Pagi semalam saya bersarapan dengan Lotpi Yusob, sahabat lama semasa belajar di universiti dulu. Sekarang beliau merupakan Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Malaysia.

Seringkali kami bertemu, perkara yang sering kami bualkan adalah berkaitan politik. Beliau dan keluarganya adalah penyokong PAS. Begitu juga saya.

Walaubagaimanapun, perubahan angin politik dalaman PAS pasca Muktamar PAS ke-61 yang lalu telah membawa saya untuk menyertai Gerakan Harapan Baru manakala sahabat saya itu kekal berada di dalam PAS. Perubahan itulah yang membuatkan kami teruja untuk bertemu pagi semalam.

Banyak hal berkaitan PAS dan GHB yang kami bualkan. Ada perkara yang kami sepakati dan ada juga perkara yang kami berbeza pandangan. Beliau sedikit kritikal atau "reserve" terhadap masa depan GHB tetapi dalam masa yang sama tidak menafikan kesilapan dan kelemahan pimpinan PAS sedia ada.

Akhirnya kami mengambil sikap "Agree to disagree". Beliau menghormati keputusan saya untuk bersama ‪#‎HarapanBaru‬ dan saya juga menghormati keputusannya untuk kekal bersama PAS. Pun begitu, ukhwah kami tetap utuh dan erat sekalipun di atas platform yang berbeza.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, saya lebih suka bersemuka dan berbincang secara berdepan terhadap isu-isu yang melingkari persoalan antara PAS dengan GHB. Banyak persoalan, kekusutan dan kekeliruan boleh dirungkaikan (kalaupun tidak semua) melalui kaedah tersebut berbanding melalui Whatsapp, Facebook dan Telegram.

Bagi saya, penggunaan media sosial seperti Facebook, Whatsapp atau Telegram lebih banyak mencetuskan pergaduhan dan perbalahan berbanding penyelesaian kerana ia bukan medium yang diciptakan untuk tujuan tersebut. Tetapi saya lihat lebih ramai yang berani untuk bersuara di medan sosial sehingga sebahagiannya menjadikan medium sebegitu sebagai medan fitnah dan label-melabel tetapi bacul apabila diajak untuk berdialog, berdiskusi atau berwacana.

Oleh itu, kepada masyarakat di luar sana yang keliru dan dikelirukan mengenai GHB, rungkaikanlah kekeliruan anda itu dengan menghadiri sesi dialog, wacana dan diskusi yang dianjurkan oleh GHB di tempat anda. Anda juga dialu-alukan menganjurkan sesi tersebut dan jemputlah wakil-wakil GHB yang berautoriti untuk berwaca dan berdiskusi.

Saya juga optimis terhadap kesediaan mana-mana pimpinan GHB untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk pimpinan PAS sendiri jika mereka dipanggil untuk berwacana dan berdialog mengenai masa depan dan hala tuju GHB.

Elakkan politik fitnah, budayakan politik wacana.

Saya optimis, anda bagaimana?






--

GHB Sarawak akan melantik Jawatankuasa dalam masa terdekat

GHB SARAWAK
24 July 2015
GHB Sarawak akan melantik Jawatankuasa dalam masa terdekat. Setakat ini kami telah mengenalpastikan figura-figura yang berpotensi dan berpengalaman bagi menerajui GHB Sarawak.
Kami yakin GHB akan diterima oleh rakyat Sarawak berdasarkan kepada maklum balas yang kami terima setakat ini. Rakyat Sarawak akan menerima kehadiran GHB kerana kami mengamalkan prinsip terbuka,inklusif, progressif dan tidak jumud dan tertutup kepada semangat perkauman, melampau dan sempit.
Seperti yang diumumkan oleh GHB pusat bahawa setakat ini GHB bergerak
atas kapasiti sebuah NGO dan bukannya sebuah parti politik sehinggalah
sebuah parti politik yang sah ditubuhkan. Ianya dijangka akan ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 2015.
GHB Sarawak akan menumpukan gerakerja memperkemaskan jawatankuasa,mendaftarkan ahli di kalangan rakyat Sarawak tidak kira ianya berparti
atau belum berparti. Kami mengamalkan sikap terbuka di mana sesiapa
sahaja boleh menganggotai GHB tanpa mengira kaum dan agama.
GHB Sarawak seperti juga GHB Pusat tetap bersikap lunak dengan PAS kerana musuh sebenar kami bukannya PAS tetapi BN yang terus meneruskan mengamalkan pemerintahan yang korup dan menindas rakyat. Kami sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam usaha menubuhkan kerajaan baru di Sarawak dan Malaysia.
Kami yakin DAP dan PKR Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan kami sebagaimana pendirian DAP dan PKR di peringkat pusat yang secara
terbuka telah menyatakan sokongan padu kepada penubuhan GHB dan parti
politik baru nanti. Kami sedia bertemu dan berbincang dengan DAP dan
PKR Sarawak pada bila-bila masa.
GHB Sarawak juga bersedia untuk meletakkan calon pada Pilihanraya
Negeri Sarawak akan datang ini. Samada kami bertanding atas tiket
parti baru, parti lain atau bebas ianya belum diputuskan lagi.
GHB Sarawak bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan dari
sesiapa sahaja bagi memantapkan GHB Sarawak bagi melengkapkan diri
kami untuk berkhidmat kepada rakyat Sarawak dan Malaysia amnya.
Sekian

Andri Zulkarnaen Hamden @hud abusiraj
Jurucakap GHB Sarawak.



--

Harapan Baru Mengalu-ngalukan Penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 - Mat Sabu

HARAPAN BARU MENGALU-ALUKAN PENUBUHAN
PAKATAN RAKYAT 2.0

1. HARAPAN BARU mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang berhubung penubuhan permuafakatan politik baru seperti yang dilaporkan hari ini. Kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat HARAPAN BARU yang mahu menghidupkan semula gerakan kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat dengan lebih utuh selepas Pakatan Rakyat terkubur.
2. Seperti yang ditegaskan HARAPAN BARU pada majlis pelancaran 13 Julai lalu, negara berada dalam kedudukan yang sangat meresahkan. Dengan skandal kewangan yang begitu menjengkelkan dan kenaikan harga barang akibat cukai GST serta krisis nilai ringgit terus menekan dan menghimpit kehidupan rakyat.
3. Pada masa yang sama kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, ketepuan daya-saing negara serta ramalan harga minyak mentah yang terus menjunam bakal mengancam penarafan negara sekaligus menjadikan Malaysia tidak berdaya-saing sebagai destinasi pelaburan.
4. Maka, bagi HARAPAN BARU, pembentukan muafakat baru seperti yang dinyatakan, sangat kritikal pada waktu ini, untuk memimpin kebangkitan rakyat dan anak muda dalam misi "Menyelamatkan Malaysia" dari bencana kemusnahan hasil dari kegagalan pentadbiran Umno / BN.
5. Pada masa sama, HARAPAN BARU juga mahu meyeru kepada seluruh rakyat negara ini, tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama, untuk bergerak bersama kami dan muafakat baru ini bagi menyelamatkan negara ini.
Sekian.
Wassalam.

MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi Gerakan Harapan Baru
23 Julai 2015
07 Syawal 1436H




--

Mujahid: Penjelasan Kepada Laporan Berita



PENJELASAN KEPADA LAPORAN BERITA

Laporan berita dalam The Malay Mail Online yang memetik saya berkata dalam Bahasa Inggeris bahawa "...our number one opponent is PAS..." diviralkan seolah 'musuh utama' (diterjemahkan) HB adalah PAS telah dimanipulasikan.

Perincian kenyataan saya adalah dalam konteks medan pilihanraya sebagai PESAING kerana dijangka HB apabila menjadi entiti politik akan berhadapan dengan PAS jika berlaku pertandingan tiga penjuru.


Konteks "opponent" bukan musuh secara umum tetapi pesaing politik dalam merebut sokongan pengundi.

Selain itu, konteks "opponent' itu juga membawa maksud pendekatan Islam yang berbeza yang ingin dibawa oleh HB berbanding PAS.

Sekian harap penjelasan ini sebagai jawapan kepada kenyataan di luar konteks yang dipetik oleh portal dan pihak-pihak tertentu secara tidak bertanggungjawab.

Sekian.

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
20 Julai 2015

Recent Posts Widget

.

.