Showing posts with label GHB. Show all posts

Menolak Auta Dengan Fakta. Mengapa DAP Dijadikan Sasaran Permusuhan? - Aiman Athirah Al Jundi

MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA.
(Versi Kemas Kini)
-Mengapa DAP Dijadikan Sasaran Permusuhan?-

Sejak tewasnya BN dalam memenangi 2/3 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat, berlaku kekecohan khususnya di kalangan Bani Melayu bahawa kononnya Ahli Parlimen Malaysia kini ramai yang Bukan Melayu. Untuk lebih menakutkan, kononnya DAP sudah mula menguasai segalanya! Aduhai sayang aduhai...

Adakah kita mengalami kerosakan minda yang semakin parah? DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tidak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malahan, kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah kerusi dalam Parlimen dan DUN.

Saya bagi FAKTA berikut :
(7 Kerusi Parlimen PR)

1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK

4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT

5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG

7. Zairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

KESIMPULANNYA?

Menang Pakatan Rakyat, bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 Ahli Parlimen Melayu.

SETERUSNYA, berikut pula adalah sedikit FAKTA berkaitan 8 Kerusi DUN :

1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah

2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan

3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu

4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang

5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang

6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor

7. Aminul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor

8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor.

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, DS GHANI OTHMAN boleh kalah kepada Sdr LIM KIT SIANG?

Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan pengundi (Cina 52%) (Melayu 34%), manakala selebihnya India. Parlimen ini juga dulunya adalah milik MCA.

Kalau Umno masih terus membangkitkan isu Melayu dan Bukan Melayu seperti ini, Saya mahu bertanya bagaimana pula Kawasan Majoriti Pengundi Melayu, tetapi menyaksikan Calon BN yang Bukan Melayu boleh menang?! Melayu Umno itu undi siapa?

Mahu lihat FAKTAnya, mari saya senaraikan :

1. PARLIMEN Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)

2. PARLIMEN Tanjung Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)

3. PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)

5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)

6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)

7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)

8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)

9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)

10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)

11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)

12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)

13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN).

TUNGGU!
Mengapa DAP dimusuhi Umno BN dan kemudian mengheret semua pihak termasuk rakan-rakan DAP dalam PR (dulunya) untuk memusuhi DAP?

JAWAPAN saya mudah.

Ia kerana musuh dan ancaman sebenar BN adalah 1)DAP dan kemudian diikuti oleh 2)PKR. Khususnya bagi kerusi-kerusi yang lawan mereka adalah MIC, MCA dan GERAKAN.

MENGAPA?

Ia kerana survival BN terancam akibat kedua-dua parti ini khususnya DAP. Dua kali PRU yang terkini bagi negara ini iaitu PRU12 (2008) dan PRU13 (2013) menyaksikan parti-parti komponen BN iaitu MIC, MCA dan GERAKAN mengalami kekalahan yang sangat teruk. Mereka tewas di tangan PR khususnya oleh DAP !

Maka, melemahkan PR dan seterusnya bagi memastikan survival BN adalah melalui cara menghapuskan atau melemahkan DAP, yang seterusnya melemahkan dan menghancurkan PR.

BAGAIMANA?

Kaedah serangan paling mudah dan cepat bagi menghancurkan lawan adalah dengan membuat SERANGAN PERSEPSI dan merekayasa ketakutan demi ketakutan ataupun saya sebut sebagai strategi "Instill Fear", menanamkan rasa takut. MEMPOTRETKAN lawan dengan sehodoh-hodoh dan sejahat-jahatnya melalui pelbagai instrumen, agensi dan proksi. Kemudian ia dilakukan secara BERULANG-ULANG bertujuan menanamnya di minda bawah sedar setiap orang.

CONTOHNYA?

DAP anti Islam. DAP menindas bangsa Melayu. DAP adalah proksi PAP dari Singapura. DAP menjalankan misi kristianisasi terancang. DAP benci ulamak. DAP giat menghancurkan PAS. DAP mahu jadikan Malaysia macam Singapura bawah Lee Kuan Yew. DAP jahat. DAP jahat. DAP jahat dan macam-macam lagi, agaknya sehingga dunia kiamat.

Itulah ratiban umno dan kini menjadi ratiban bergema oleh kebanyakan yang lebi suka serta percaya kepada Auta daripada FAKTA. Mereka berfikir dengan emosi, bukan dengan akal yang sihat.

Justeru, selepas meneliti FAKTA dan bukannya hanya mempercayai AUTA, apakah anda masih percaya dakyah UMNO?

UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentimen perkauman.

Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan bermain isu perkauman jika anda tidak tahu fakta sebenar.

Dikemaskini Semula Oleh,
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
8 Ogos 2015, 06:02

Najib, henti jadikan Malaysia bahan jenaka - Dr Dzulkefly Ahmad

 Najib, henti jadikan Malaysia bahan jenaka

Dua hari lalu penulisan saya mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya perpada-pada dalam usaha 'menyelamatkan dirinya'. Dunia sudah tahu. Izinkan undang-undang negara berperanan menentukan kebenaran dan keadilan.

Diri ini saja sudah banyak menulis tentang 1MDB. Naik bosan juga dan lebih bosan adalah pembaca. Di sisi rakyat awam, pastinya lebih lagi. Meluat, menyampah dan marah. Hari ini saya menulis lagi. Kali ini untuk mengingatkan Najib, henti jadikan Malaysia bahan lawak jenaka dunia. Terlalu lama sangat isu 1MDB mengambil pentas utama. Memang luar biasa. Lazimnya isu akan datang dan pergi. Jarang-jarang dan kadang-kadang yang boleh bertahan lama seumpama PKFZ dan NFC. Tetapi 1MDB bakal memecah semua rekod lama.

Sampai bila? Sampai pengerusi penasihatnya tumbang! Pada 17 November, 2014 dalam kolum saya di TMI ini, berjudul 1MDB: Najib mangsa pertamanya menyebutkan "..saya ramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tumbang akibat 1MDB".

Sememang hebat anak muda yang panggilan glamournya Jho-Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho ini. Dia semacam 'financial wizard', tetapi menyalahgunakan kepakarannya. Kalau anda mengikuti seluruh rentetan dan pendedahan sejak 1MDB pertama kali didedahkan The Edge, majalah yang digantung 3 bulan itu, anda faham maksud saya.

Namun setelah 6 tahun beroperasi, (sejak penubuhan 2009), kejayaan 1MDB hanya mampu mengumpul RM42 bilion hutang korporatnya. Amat malang, pelbagai aset diperoleh dalam bidang tenaga dan hartanah, gagal menjana cash-flow atau 'revenue' untuk melunas hutangnya.

Lebih mengecewakan, 1MDB tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kontroversi. Hari ini, saya tegaskan Jho Low, dalam bahasa anak muda, 'kencing rakyat Malaysia'. Terlalu banyak urus niaga culas dan curang didedahkan.

Kali ini, saya ingatkan Najib berhenti menjadikan negara kita, bahan jenaka dan lawak dunia atau 'a laughing stock and object of derision'. Apabila SPRM semacam dipaksa membuat pendedahan RM2.67 bilion yang dipindahkan ke akaun peribadi perdana menteri adalah sumbangan penderma, dunia terbahak-bahak tertawa.

Pendedahan itu amat melucukan. Tidak kurang juga yang terkejut. RM2.6 bilion bukan jumlah yang sedikit! Spontan, karikatur menarik dan kreatif tampil dalam media sosial. Pengerusi SPRM lantas bercuti. Warga SPRM menunaikan 'solat hajat' memohon 'semoga Allah lindungi SPRM'.

Di sisi yang lain pula, apakah terjawab selesai segala teka-teki dan dakwa-dakwi tentang beraneka macam jenayah urusniaga 1MDB, rasuah atau songlap wang (embezzlement) yang dituduh ke atas Najib? Jangan bising-bising, semuanya dermalah! Nah, tatkala terjawab semuanya, maka bolehkah kita semua kembali bertugas seperti sediakala?

Waduh! Apakah begitu reaksi rakyat yang diharapkan Najib? Oh tidak! Tidak bijaklah (baca dungulah) perdana menteri Malaysia ini, kalau begitu harapannya. Beliau bermimpi di siang hari. Dengan pengakuan SPRM, lebih banyak persoalan kini terbit. Semakin serabut dan kusut pemikiran rakyat akibat 'pengakuan' SPRM itu.

Pertama yang menerjah fikiran waras rakyat ialah 'Mengapa Najib tidak beritahu dan isytihar saja sumbernya dana itu 'derma" sedari awal terbit pertikaian laporan WSJ itu? Bukankah mudah begitu? Beritahu siapa penderma budiman itu? Berapa jumlahnya? Mengapa mereka bermurah hati sangat? Apa janji Najib kepada mereka?

Tidak perlu 'pengampu' seumpama Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Rahman Dahlan termasuk yang cerdik sedikit seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Nur Jazlan Mohamed turut 'terkorban' untuk pertahan bos mereka. Kasihan. Tidak perlu juga seluruh Umno berantakan kerana rakyat juga akan jadi mangsa akhirnya nanti. Semua akan turut menjadi korban.

Ya, mengapa Najib tidak bertindak pantas dan tuntas, supaya ditutup segala spekulasi dan tuduhan buruk terhadap dirinya, 1MDB dan kawannya Jho Low? Jawapannya sangat jelas. 'ilham' ini datangnya kemudian sebagai satu 'after thought'. Pendeknya, ia skrip yang diubah dan tidak ada dalam dialog asal.

Kalau sudah difikirkan awal-awal, tidak perlulah Najib 'terlanjur'. Tidak perlulah Najib seumpama 'harimau cedera', apabila dikatakan 'kertas pendakwaan' sudah disiapkan bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail itu. Kerana hal hendak mempertahankan Jho Low dan 1MDB ini, Najib pecat timbalannya, peguam negara yang sangat setia padanya dan lakukan segala perkara 'pelik' yang hanya dia saja tahu sebabnya.

Tidak perlu juga teori 'konspirator antarabangsa' untuk 'guling' PM yang sah. Tidak perlu guna peruntukan 124 Kanun Keseksaan, kononnya yang 'menjejaskan demokrasi berparlimen'. Najib wajar hentikan segala kerja gila menggeledah pegawai SPRM dan ugut BNM!

Hentikan semua tindakan yang menjerumuskan negara ke kancah kehancuran dan kemusnahan yang 'sempurna'.  Saya ulangi, kita di ambang menjadi negara 'parya' yang ditertawa dunia, 'a failing state that is fast becoming a failed state'. Celaka apa yang kita undang ini, hanya kerana hendak menyelamatkan 1MDB dan Jho Low. Usah bicara bab ekonomi dan kewangan negara. Negara sedang mengalami 'kehilangan kepercayaan' masyarakat pelabur yang semakin parah.

Maka sekali lagi ditegaskan. Izinkan semua pihak berwajib khasnya pasukan petugas khas melunaskan tanggungjawab mereka masing-masing. Undang-undang manakah yang pesalah langgar. Apakah Akta Penggubahan Wang Haram atau Amla? Apakah pecah amanah, CBT, peruntukan Akta SPRM atau apa jua?

Tidak kira siapa, semua mesti diadili. Izinkan PAC melangsungkan siasatan mereka. Peguam negara harapnya akan melunaskan tangungjawab perlembagaannya dengan bertindak jujur, berani dan tuntas. Anda sedang diperhatikan. Kami, rakyat biasa akan berhimpun seperti biasa. Apa pun formula penyelesaian transisi bakal disambut rakyat kerana negara sudah sekian lama dalam krisis tidak berhujung. Rakyat sangat berhajatkan satu harapan baharu.

– 7 Ogos, 2015.
Dr Dzulkefly Ahmad
Dua hari lalu penulisan saya mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya perpada-pada dalam usaha 'menyelamatkan dirinya'. Dunia sudah tahu. Izinkan undang-undang negara berperanan menentukan kebenaran dan keadilan.
Diri ini saja sudah banyak menulis tentang 1MDB. Naik bosan juga dan lebih bosan adalah pembaca. Di sisi rakyat awam, pastinya lebih lagi. Meluat, menyampah dan marah. Hari ini saya menulis lagi. Kali ini untuk mengingatkan Najib, henti jadikan Malaysia bahan lawak jenaka dunia. Terlalu lama sangat isu 1MDB mengambil pentas utama. Memang luar biasa. Lazimnya isu akan datang dan pergi. Jarang-jarang dan kadang-kadang yang boleh bertahan lama seumpama PKFZ dan NFC. Tetapi 1MDB bakal memecah semua rekod lama.
Sampai bila? Sampai pengerusi penasihatnya tumbang! Pada 17 November, 2014 dalam kolum saya di TMI ini, berjudul 1MDB: Najib mangsa pertamanya menyebutkan "..saya ramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tumbang akibat 1MDB".

Sememang hebat anak muda yang panggilan glamournya Jho-Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho ini. Dia semacam 'financial wizard', tetapi menyalahgunakan kepakarannya. Kalau anda mengikuti seluruh rentetan dan pendedahan sejak 1MDB pertama kali didedahkan The Edge, majalah yang digantung 3 bulan itu, anda faham maksud saya. Namun setelah 6 tahun beroperasi, (sejak penubuhan 2009), kejayaan 1MDB hanya mampu mengumpul RM42 bilion hutang korporatnya. Amat malang, pelbagai aset diperoleh dalam bidang tenaga dan hartanah, gagal menjana cash-flow atau 'revenue' untuk melunas hutangnya.
Lebih mengecewakan, 1MDB tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kontroversi. Hari ini, saya tegaskan Jho Low, dalam bahasa anak muda, 'kencing rakyat Malaysia'. Terlalu banyak urus niaga culas dan curang didedahkan.
Kali ini, saya ingatkan Najib berhenti menjadikan negara kita, bahan jenaka dan lawak dunia atau 'a laughing stock and object of derision'. Apabila SPRM semacam dipaksa membuat pendedahan RM2.67 bilion yang dipindahkan ke akaun peribadi perdana menteri adalah sumbangan penderma, dunia terbahak-bahak tertawa.
Pendedahan itu amat melucukan. Tidak kurang juga yang terkejut. RM2.6 bilion bukan jumlah yang sedikit! Spontan, karikatur menarik dan kreatif tampil dalam media sosial. Pengerusi SPRM lantas bercuti. Warga SPRM menunaikan 'solat hajat' memohon 'semoga Allah lindungi SPRM'.
Di sisi yang lain pula, apakah terjawab selesai segala teka-teki dan dakwa-dakwi tentang beraneka macam jenayah urusniaga 1MDB, rasuah atau songlap wang (embezzlement) yang dituduh ke atas Najib? Jangan bising-bising, semuanya dermalah! Nah, tatkala terjawab semuanya, maka bolehkah kita semua kembali bertugas seperti sediakala?
Waduh! Apakah begitu reaksi rakyat yang diharapkan Najib? Oh tidak! Tidak bijaklah (baca dungulah) perdana menteri Malaysia ini, kalau begitu harapannya. Beliau bermimpi di siang hari. Dengan pengakuan SPRM, lebih banyak persoalan kini terbit. Semakin serabut dan kusut pemikiran rakyat akibat 'pengakuan' SPRM itu.
Pertama yang menerjah fikiran waras rakyat ialah 'Mengapa Najib tidak beritahu dan isytihar saja sumbernya dana itu 'derma" sedari awal terbit pertikaian laporan WSJ itu? Bukankah mudah begitu? Beritahu siapa penderma budiman itu? Berapa jumlahnya? Mengapa mereka bermurah hati sangat? Apa janji Najib kepada mereka?
Tidak perlu 'pengampu' seumpama Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Rahman Dahlan termasuk yang cerdik sedikit seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Nur Jazlan Mohamed turut 'terkorban' untuk pertahan bos mereka. Kasihan. Tidak perlu juga seluruh Umno berantakan kerana rakyat juga akan jadi mangsa akhirnya nanti. Semua akan turut menjadi korban.
Ya, mengapa Najib tidak bertindak pantas dan tuntas, supaya ditutup segala spekulasi dan tuduhan buruk terhadap dirinya, 1MDB dan kawannya Jho Low? Jawapannya sangat jelas. 'ilham' ini datangnya kemudian sebagai satu 'after thought'. Pendeknya, ia skrip yang diubah dan tidak ada dalam dialog asal.
Kalau sudah difikirkan awal-awal, tidak perlulah Najib 'terlanjur'. Tidak perlulah Najib seumpama 'harimau cedera', apabila dikatakan 'kertas pendakwaan' sudah disiapkan bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail itu. Kerana hal hendak mempertahankan Jho Low dan 1MDB ini, Najib pecat timbalannya, peguam negara yang sangat setia padanya dan lakukan segala perkara 'pelik' yang hanya dia saja tahu sebabnya.
Tidak perlu juga teori 'konspirator antarabangsa' untuk 'guling' PM yang sah. Tidak perlu guna peruntukan 124 Kanun Keseksaan, kononnya yang 'menjejaskan demokrasi berparlimen'. Najib wajar hentikan segala kerja gila menggeledah pegawai SPRM dan ugut BNM!
Hentikan semua tindakan yang menjerumuskan negara ke kancah kehancuran dan kemusnahan yang 'sempurna'.  Saya ulangi, kita di ambang menjadi negara 'parya' yang ditertawa dunia, 'a failing state that is fast becoming a failed state'. Celaka apa yang kita undang ini, hanya kerana hendak menyelamatkan 1MDB dan Jho Low. Usah bicara bab ekonomi dan kewangan negara. Negara sedang mengalami 'kehilangan kepercayaan' masyarakat pelabur yang semakin parah.
Maka sekali lagi ditegaskan. Izinkan semua pihak berwajib khasnya pasukan petugas khas melunaskan tanggungjawab mereka masing-masing. Undang-undang manakah yang pesalah langgar. Apakah Akta Penggubahan Wang Haram atau Amla? Apakah pecah amanah, CBT, peruntukan Akta SPRM atau apa jua?
Tidak kira siapa, semua mesti diadili. Izinkan PAC melangsungkan siasatan mereka. Peguam negara harapnya akan melunaskan tangungjawab perlembagaannya dengan bertindak jujur, berani dan tuntas. Anda sedang diperhatikan. Kami, rakyat biasa akan berhimpun seperti biasa. Apa pun formula penyelesaian transisi bakal disambut rakyat kerana negara sudah sekian lama dalam krisis tidak berhujung. Rakyat sangat berhajatkan satu harapan baharu.  – 7 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/dzulkefly-ahmad/article/najib-henti-jadikan-malaysia-bahan-jenaka#sthash.DpVjEZGB.dpuf

Kunjungan Gabungan Anak Muda Pahang Ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Negeri Pahang.

KUNJUNGAN GABUNGAN ANAK MUDA PAHANG KE SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH NEGERI PAHANG.

Kami Gabungan Anak Muda Negeri Pahang telah membuat kunjungan ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia berkaitan wang derma RM2.6 bilion kepada YAB Perdana Menteri pada jam 3 petang hari ini yang diwakili oleh GPHB, AMK, SAMM dan DAPSY.

Hasil pertemuan dengan Ketua Bahagian Siasatan Negeri, beliau berkata tidak dapat memberikan apa apa ulasan buat sementara waktu ini. Namun beliau melahirkan penghargaan kepada anak muda dan seluruh rakyat Malaysia kerana prihatin dengan isu yang berlegar di negara kita.

Harapan kami Gerakan Anak Muda Harapan Baru Negeri Pahang adalah bahawa siasatan lanjut secara menyeluruh dapat dijalankan segera. Rakyat perlu diberikan penjelasan penuh berkaitan penderma dan apa hubungan YAB Perdana Menteri dengan penderma tersebut supaya kredibiliti kerajaan dan negara akan dapat dipelihara.

7 OGOS 15
Omar Tuah
Ketua Penyelaras
Gerakan Anak Muda Harapan Baru
Negeri Pahang

Hati Kecil Masih Mengharapkan Tautan Antara GHB dan PAS - Mohd Fadhlullah Bin Ismail

Catatan sebelum mata terlelap....

Sudah seminggu teman-teman saya mengumumkan perletakan jawatan sebagai kepimpinan Pemuda PAS Lembah Pantai dan seminggu jugalah saya terpaksa memikul amanah memangku jawatan tertinggi di peringkat pemuda PAS kawasan ini.

Alasan mereka: "perletakan jawatan ini dibuat setelah mengambilkira faktor perkembangan politik semasa serta kekecewaan kami atas krisis yang melanda kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri serta konflik dalaman yang gagal ditangani sebaiknya sehingga kini". Tentunya mereka akan bersama Harapan Baru secara rasmi akhir Ogos ini.

Ramai yang ucap tahniah kerana saya 'istiqamah dengan perjuangan'. Entah dari tamrin mana pemahaman istiqamah itu disempitkan hanya bila bersama dengan PAS sahaja, saya pun tidak tahu. Seolah-olah menukar wadah atau platform untuk memperjuangkan Islam, itu bukan istiqamah dengan perjuangan. Yang puji, terima kasih. Yang sindir pun, terima kasih. Kata mereka 'u-turn pulak..nampak macam nak kesana dah hari tu'.

Pujian tidak menghilangkan simpati saya pada teman-teman berlima ini. Sebaik tersebar foto dan pengumuman rasmi mereka, saya asyik dengan membaca komentar pelbagai pihak termasuk teman-teman terdekat yang dikenali. Luar biasa komentar mereka. 'Munafiq telah dibersihkan dari jama'ah, liberal, barua DAP, pengkhianat, jahil' dan pelbagai gelaran pada mereka membuat saya benar-benar tersentap. Ya! benar-benar luar biasa kegembiraan mereka mendengar 'golongan munafiq' ini meninggalkan 'perjuangan'.

Sehingga hari ini, yang mengakui secara terang-terangan bahawa ia terasa dengan kehilangan sahabat, ialah Al-Fadhil Ust.Rosli Jabbar (Pesuruhjaya PAS Pahang). Katanya, "bohonglah kalau saya tidak terasa dengan pemergian sahabat-sahabat saya". Beliau antara yang berpesan agar jangan menghina pimpinan yang mengambil keputusan bersama GHB. Saya doakan kebaikan buatnya.

Menilai tahap ilmu, pengalaman dan pengorbanan di kawasan ini, 5 teman ini saya cukup hormati. Sekian banyak perkara berkaitan politik, organisasi dan sebagainya, saya belajar dan berkongsi dari mereka. Saya yakin mereka telah memikirkan semasak-masaknya pro dan kontra keputusan mereka ini dengan ilmu dan merujuk banyak pihak.

Mohd Hafiz bin Habil (Mantan Ketua Pemuda) dan Muhamad Fadzil bin Ahamad (Mantan Naib Ketua Pemuda) adalah peguam Syariah lulusan Universiti Malaya. Nik Abdul Razak bin Nik Md Ridzuan (mantan Ketua Penerangan) penuntut dari Fakulti Sains ( Jabatan Biology - Genetics & Molecular Biology). Dua beradik, Mohd Zulfadhli bin Zulkifli (mantan AJK Pemuda) lepasan Al-Azhar di bidang Syariah dan Mohd Zulnazmi bin Zulkifli (mantan AJK Pemuda) lulusan Bahasa Arab dari Jordan.

Saya tumpang berbangga dengan latar belakang pendidikan mereka dan tentunya sebarang tindakan mereka bukan ikutan dan semangat kosong semata-mata tanpa ilmu.

Seingat saya, luahan dan perbincangan mereka bersama kami bagi menyatakan hasrat untuk 'berhijrah' ini melebihi lima kali samada secara formal atau tidak, sejak sebelum Ramadhan sehinggalah mesyuarat bulanan AJK Pemuda PAS Lembah Pantai yang terakhir buat mereka Rabu minggu lalu. Pertengahan Ramadhan, kami adakan ifthor dan membuka ruang kepada semua ahli melontarkan apa sahaja mengenai perkembangan terkini PAS. Majoriti mengakui ada sesuatu yang perlu diperbaiki. Cuma, ada yang berani ingin bersama Harapan Baru sebagai alternatif, ada yang mahu tunggu dan lihat dan ada yang mahu kekal bersama PAS memperbaiki kelemahan itu. Semua komentar kami raikan.

Timb.Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man antara tokoh berwibawa yang sentiasa memujuk ahli supaya bersabar dan jangan tinggalkan PAS. Paling penting, beliau berani mengakui 'kita akan baiki kelemahan yang ada'. Bagi yang berkeras meyakini kitalah yang terbaik, paling betul, paling kuat dan segala macam ucapan penuh kesombongan itu, pengakuan tokoh di atas wajar direnungi.

Hari ini saya mesti teruskan khidmat dengan sedikit kekuatan bersama teman-teman yang ada ini walaupun secara individu memang tidak bermaya. Kesanggupan saya memangku jawatan ini bukan bermakna saya akan diam dan bisu dari menyuarakan atau mengkritik perkara yang tidak baik dalam parti saya. Terbuka atau tertutup teguran, itu hanya kaedah dan pendekatan yang boleh dibahaskan. Muktamar medan tertutup. Saya bangun mengkritik didalamnya, saya dijadikan bahan kritikan juga walaupun melalui salurannya!

Menutup mulut penegur dan pengkritik kelemahan dan kerosakan yang berlaku dengan menyalah gunakan istilah wala', ia bukan proses pentarbiahan yang benar. Tidak lurus dan jujur menjawab, bahkan tidak mampu menjawab pertanyaan dengan baik, kemudian menekan agar akur sahaja, itu pembodohan yang tidak akan membawa gerakan Islam ini maju ke depan dalam arus perdana, apatah lagi untuk menjadi 'goverment in waiting'! Penghinaan terhadap mereka yang berbeza pendapat mesti dihentikan. Program tarbiyyah bukan lagi medan menyebar kebencian dan menyubur pelbagai gelaran. Suburkan perbincangan, bukan kerahan berpanjangan dan ugutan.

Sehingga hari ini, hubungan saya dan 5 teman ini erat. Kami berjanji untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dalam memperjuangkan isu-isu Islam, rakyat & kebajikan setempat walaupun berbeza platform kecuali keluar arahan rasmi dan muktamad dari PAS yang langsung tidak membenarkan sebarang kerjasama. Saya yakin kepimpinan PAS tidak sebodoh itu untuk memberikan halangan.

Hati kecil masih mengharapkan tautan antara GHB dan PAS kembali atau setidak-tidaknya kerjasama yang baik dalam menghadapi penjenayah besar dalam negara ini iaitu UMNO dan Barisan Nasional terlaksana. Doa saya agar PAS mampu dan bersedia perbaiki kelemahan yang ada. Ramai yang sayangkan parti ini. Jika perubahan itu tidak dilakukan atau tidak ada sebarang usaha ke arahnya, saya juga tidak akan teragak-agak lagi untuk bersama Harapan Baru dimasa akan datang walaupun tentunya saya akan tanggung kesakitan akibat keputusan itu nanti.

Saya juga manusia. Saya juga ada perasaan cintakan perubahan!

MOHD FADHLULLAH BIN ISMAIL
06 Ogos 2015 / Kuala Lumpur

y 

Berikan Kebebasan Dan Ketelusan Kepada SPRM Menyiasat Skandal 1MDB Sehingga Ke Lubang Cacing - Faiz Fadzil

Berikan Kebebasan Dan Ketelusan Kepada SPRM Menyiasat Skandal 1MDB Sehingga Ke Lubang Cacing.

Gerakan Anakmuda Harapan Baru menyokong dan menyambut baik kenyataan Pengarah Operasi Khas SPRM yang mahu mencari dalang-dalang yang mengarahkan tangkapan beberapa pegawai yang terlibat dalam siasatan yang dijalankan SPRM ke atas skandal 1MDB sehingga ke lubang cacing. Adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang mengganggu penyiasatan menurut seksyen 48(h) Akta SPRM 2009. Setakat hari ini, dilaporkan seramai 7 pegawai SPRM yang telah ditahan untuk siasatan oleh pihak polis kononnya terlibat dalam aktiviti menggulingkan kerajaan secara tidak demokrasi.

Pengesahan kemasukan ‘derma’ sebanyak RM 2.6 billion ke dalam akaun persendirian Perdana Menteri boleh mewujudkan anggapan satu prima facie kesalahan rasuah menurut seksyen 50 Akta SPRM 2009. Maka, amat penting untuk identiti dan hubungan penderma tersebut dengan Perdana Menteri didedahkan.

Siasatan berkenaan perbelanjaan setiap sen wang akaun tersebut amat material untuk rakyat mengetahui tujuan sebenar wang derma tersebut, samaada untuk kepentingan peribadi Perdana Menteri atau UMNO BN. Sudah pasti tiada penderma yang sangup menderma sejumlah wang yang besar sebegitu tanpa ada apa-apa balasan.

SPRM tidak boleh lagi berdiam diri dalam keadaan di mana kuasa dan prerogative mereka kini sedang diganggu. Gerakan Anakmuda Harapan Baru menyeru agar SPRM dan pegawai-pegawai mereka yang ikhlas dan berintegriti untuk terus menyiasat skandal 1MDB termasuk kes wang derma tersebut secara adil, bebas, telus dan terbuka serta tanpa rasa takut atau memihak (without fear or favor) sehingga ke lubang cacing.

Gerakan Anakmuda Harapan Baru mendoakan semoga pegawai-pegawai SPRM dapat menjalankan amanah ini dengan baik dan diberkati hendaknya. Kepercayaan rakyat mengatasi kepercayaan sang penguasa. Integriti SPRM hendaklah sentiasa dipertahankan dan dipelihara.

Faiz Fadzil
Pengarah Komunikasi
Gerakan Anakmuda Harapan Baru
6 Ogos 2015

Hentikan Penghinaan Terancang Terhadap SPRM - Salahuddin Ayub

Hentikan Penghinaan Terancang Terhadap SPRM

1.Gerakan Harapan Baru (HB) menganggap tindakan menangkap beberapa pegawai pasukan penyiasat SPRM berkaitan isu 1MDB adalah satu penghinaan terancang terhadap SPRM.

2. Sebagai bekas Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, SPRM yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong (2009-2013) tindakan penghinaan terhadap pegawai-pegawai SPRM ini adalah paling tidak bertamadun dan sangat memalukan negara di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa.

3. HB sangat memahami beban tugas penyiasatan, bekerja keras tanpa waktu dan tekanaan jiwa yang terpaksa ditanggung semata-mata memenuhi kewajipan pada negara.

4. HB juga ingin memberikan penghargaan dan dukungan yang seutuhnya kepada Datuk Bahari Mohd Zin, Pengarah Operasi Khas SPRM yang berikrar untuk mencari dalang sebenarnya di sebalik penangkapan beberapa pegawai penyiasat SPRM yang terlibat dalam penyiasatan isu 1MDB.

Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Pengerusi HB
6hb Ogos, 2015

Siasatan 1MDB Semakin Hilang Arah - Dr Mujahid Yusof

Siaran Media

Siasatan 1MDB Semakin Hilang Arah

Rombakan kabinet baru-baru ini menepati ramalan saya bahawa ia adalah untuk menutup skandal penjarahan duit rakyat terbesar dalam sejarah Malaysia. Lebih buruk apabila aparatus negara yang sepatutnya memelihara kepercayaan rakyat diragui penguatkuasaannya.

Contoh terkini ialah apa yang berlaku kepada siasatan PDRM terhadap SPRM amat mengecewakan rakyat sehingga SPRM terpaksa membuat solat hajat dan Ketua Pesuruhjaya SPRM terpaksa mengambil cuti rehat setelah beberapa pegawai tingginya disiasat.

Timbalan Perdana Menteri yang baru menggunakan kuasa PDRM untuk menimbulkan berbagai ugutan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiasat akaun RM 2.6 bilion yang dikatakan milik Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Tidak mengejutkan Malaysia akan mengalami krisis kepercayaan apabila institusi yang bebas turut menjadi mangsa ugutan hanya kerana mahu menjalankan siasatan bebas dan telus.

Saya mengharapkan pihak SPRM tidak gentar untuk menbanteras rasuah walaupun diugut untuk diambil tindakan. Jangan kecewakan kami hanya untuk menjaga seorang dua yang boleh menghancurkan kepercayaan rakyat kepada pemerintah hari ini.

Kembalikan Kepercayaan Rakyat!

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia

5 Ogos 2015

Recent Posts Widget

.

.