Showing posts with label KEADILAN. Show all posts
Showing posts with label KEADILAN. Show all posts

Nurul Izzah: Time Tu Sscrutinize The TPPA To Verify Whether PM Datuk Seri Najib razak Fulfills Promise To Protect Malaysia



TIME TO SCRUTINIZE THE TPPA TO VERIFY WHETHER PM DATUK SERI NAJIB RAZAK FULFILLS PROMISE TO PROTECT MALAYSIA - NURUL IZZAH ANWAR

Just hours ago, 9.00am Atlanta time, the 12 participating nations of Trans Pacific Partnership Agreement made a live announcement concluding the highly anticipated ‘trade agreement for the 21st century’.

The agreement and the text have been finalised and concluded, still shrouded in secrecy, despite our Minister Dato’ Mustapa Mohamed’s absence at the press conference. Malaysia was represented by Chief Negotiator Mr. Jayasiri.

Minister Dato’ Mustapa’s absence raised a red flag as to how an important trade negotiation is being handled by MITI and the government. Our Minister rightly should attend the process until the very end.

It bears reminding that Prime Minister Najib at the APEC Summit (Bali, October 2013) made a promise for the TPP to be presented in Parliament.

MITI had also told the Dewan Negara that the government would ensure that the nation's and the people's interests are not compromised by the ‘21st century trade pact’ - which certainly encompass many areas other than trade alone. Furthermore, the term 21st century should denote a transparent environment - where the public, parliament and civil society in general should be given access to the treaty’s official text - not denied as is.

As such, for the past two years and more, my colleagues and I have been seriously following and engaged in the TPP negotiations. We persistently push the government for greater transparency and proper disclosure with regards to content of negotiations.

On the 25th of September 2013, I had pushed for a select committee on the TPP through a question in parliament. The government then moved to form the TPPA caucus, of which I am member of .

Granted, there have been engagements made with MITI, and by extension Trade Secretary Ambassador Michael Froman; but we remain very much in the dark with regards the demands made to ensure Malaysia’s interest are left intact in the final negotiated text. In sum, there’s much to ponder as none of us representing the Opposition Members of Parliament in the caucus, have had access to the actual negotiating texts.

According to the fast track regulations, the full TPPA text will be released in 30 days after the deal has been agreed. President Obama will allow the Congress 90 days after deal conclusion for deliberation of the pact’s details before being able to sign this agreement. The negotiations have been concluded and there will be no more changes as to the content of this agreement.

We must, together with active members from civil society, fully scrutinize the final text of the TPPA.

We must ensure Prime Minister Najib Razak is held responsible and answerable to the promises he and his government have made in the treaty.

We must ensure that the text is fully disclosed and members of the August House are provided sufficient time to scrutinize and deliberate the treaty. If the American congress is given 90 days; Malaysia should not be left behind in strengthening parliamentary democracy through proper scrutiny of trade agreements - especially one that is expected to run more than hundreds of pages; involve 12 nations and affect Malaysia in a multitude of areas other than just trade.

Malaysia must stand to benefit and Malaysians protected as the treaty traverses the perilous concerns ranging from: the prices of medicines, steep protection of intellectual property, status of our state owned enterprises (Khazanah, Petronas, Tenaga Nasional Berhad, etc), the actual stranglehold of the Investor-State Dispute Settlement Mechanism on our Judiciary, streamlined labor rights, and the impact of foreign businesses on existing Small and Medium Sized Enterprises, to name a few.

The fight to ensure that TPPA is negotiated in the best interest for the Rakyat will not end until it is signed and we will ensure that we will be there until the very end.

NURUL IZZAH ANWAR
LEMBAH PANTAI MEMBER OF PARLIAMENT
KEADILAN VICE PRESIDENT AND ELECTIONS DIRECTOR
TPPA CAUCUS MEMBER

AMK Kecewa Dengan Keputusan Kes Yuneswaran - Nik Nazmi



AMK KECEWA DENGAN KEPUTUSAN KES YUNESWARAN

Angkatan Muda KEADILAN kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Pendakwaraya v R Yuneswaran.

Keputusan itu telah menyabitkan kesalahan ke atas Setiausaha Kerja KEADILAN Johor R Yuneswaran di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan yang diadakan pada tahun 2013, atau lebih dikenali sebab Perhimpunan Black 505. Beliau disaman RM6,000.


Ini bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh makamah yang sama pada awal tahun ini di dalam kes Nik Nazmi v Pendakwaraya di mana Mahkamah Rayuan mendapati bahawa tindakan menghukum perhimpunan awam tanpa notis seperti yang ditetapkan oleh seksyen 9 (5) PAA adalah melanggari asas Perlembagaan.

Perubahan ketara ini bagaikan mengisyaratkan satu era di mana hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan semakin samar akibat pentafsiran yang terhad oleh mahkamah.

Sekiranya kes ini dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan, kami hanya boleh berharap bahawa Mahkamah Persekutuan akan mengambil langkah yang lebih berani dan adil di dalam mentafsir Akta tersebut. Di dalam era global dan penuh kebebasan ini, tafsiran undang-undang berkenaan hak asasi dengan cara yang jumud adalah tidak relevan, malah ia bertentangan dengan perkembangan Malaysia sebagai negara yang bebas dan demokratik.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

Fatwa Pulau Pinang Wajar Diteladani Semua Negeri di Malaysia - Wan Ji



FATWA PULAU PINANG WAJAR DITELADANI SEMUA NEGERI DI MALAYSIA

1. Ditegaskan oleh ramai tokoh maqasid syariah, seperti Al-Syatibi dan al-Izz bin al-Salam, bahawa syariah diturunkan untuk memberi kebaikan kepada manusia, dan berusaha menolak sebarang kerosakan dari tertimpa kepada manusia. Ekoran itu, tiada hairan kita dapati tindakan yang mengganggu orang ramai berbentuk berbuat bising tidak dilakukan oleh Nabi saw.

2. Laungan yang kuat yang dibenarkan dalam Islam, semestinya wujud dalam agama secara nas yang saheh dan sareh (jelas, tanpa takwilan). Ekoran itu, yang diketahui secara nas yang saheh dalam Islam, tiada laungan yang kuat dari dalam masjid sehingga kedengaran di luar masjid seperti bacaan al-Quran, syarahan agama dan sebagainya. Yang wujud hanya melaungkan azan sahaja. Ia bertujuan untuk mempamerkan syiar agama, menyeru manusia untuk menunaikan solat dan memberi tahu tentang masuknya waktu solat.

3. Memandangkan Malaysia punyai masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama, yang sudah pasti budaya saling hormat menghormati perlu disuburkan. Justeru, atas semangat dan roh maqasid syariah, sudah pasti fatwa Mufti Pulau Pinang yang melarang menggunakan pembesar suara di luar masjid pada selain azan dan iqamah adalah wajar dan perlu disokong dan didokong. Malahan, ia perlu dijadikan contoh dan tauladan di semua negeri -negeri di Malaysia.

4. Pihak BIPPA AMK menganggap bahawa disebalik fatwa Mufti Pulau Pinang itu, terkandung maksud mahu menyuburkan budaya saling hormat menghormati antara penganut agama dan bangsa. Budaya ini tidak sewajarnya dilihat dari sudut orang Islam sahaja, malahan amat wajar diambil tauladan sama oleh kalangan penganut agama selain Islam.

5. Justeru, orang bukan Islam juga wajar turut sama tidak melakukan gangguan suara kecuali dalam perkara yang sememangnya wujud dalam agama atau budaya mereka. Jika di pihak muslim wajib meraikan pengamalan yang berbentuk bunyian yang kuat dalam agama non muslim, maka non muslim di negara ini juga wajar turut sama menghormati dan meraikan laungan azan yang dilakukan oleh pihak orang islam.

6. Pihak BIPPA AMK berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa agar budaya saling hormat menghormati dan saling rai-meraikan antara agama dan kaum di negara ini kekal berbudaya secara sihat. Ia bagi memastikan terjamin masa depan negara dengan jayanya. Amin..

Wan Ji bin Wan Hussin
Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan Pusat. (BIPPA AMK)

Memorandum Sokongan Berkenaan Fatwa Penggunaan Pembesar Suara Masjid dan Surau



2 Oktober 2015

Memorandum kepada

o Kerajaan Negeri Pulau Pinang

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang
Tingkat 28 Komtar
10503 Pulau Pinang

o Exco Hal Ehwal Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang

YB Dato Haji Abdul Malik Abul Kassim
Tingkat 53 Komtar
10503 Pulau Pinang

o Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
Tingkat 45, KOMTAR,
10503 Pulau Pinang, Malaysia

Sahibus Samaah Datuk Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

MEMORANDUM SOKONGAN BERKENAAN FATWA PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA MASJID DAN SURAU

1. Dengan ini Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang dan sekutu menyatakan sokongan ke atas keputusan Mesyuarat Jawatatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (Bil.4/2015) berkenaan penggunaan pembesar suara di Masjid dan surau. Kami mengajak rakyat keseluruhanya menghormati keputusan dan ‘indipendensi’ Majlis Fatwa Pulau Pinang. Kami mengutuk segelintir pihak khususnya yang didokong parti pembangkang di Pulau Pinang yang cuba menghasut rakyat agar membenci Kerajaan Negeri dan menggambarkan seolah Jabatan Mufti ialah kuda tunggangan yang hanya mengikut arahan. Mereka secara sengaja juga menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

2. Untuk pengetahuan semua Jabatan Mufti Pulau Pinang merupakan satu jawatankuasa yang mandiri dibawah seliaan dan mandat DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong berdasarkan enakmen 44 Pulau Pinang. Malah lantikan Mufti dan Timbalan Mufti hanya boleh dibuat oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan agong. Sebarang keputusan untuk dijadikan fatwa atau diwartakan perlu melalui 7 proses secara khusus dan hanya diwartakan setelah diperkenankan secara khusus oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Begitu juga berkenaan Majlis Agama dan seumpamanya kerana bagi Pulau Pinang kedudukan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu ia terletak terus dibawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

3. Begitulah juga berkenaan isu penggunaan pembesar suara di Masjid dan surau,Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lepas, berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas. Ia bukan keputusan politik yang dibawah pengaruh kerajaan negeri. Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu jelas menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya. Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau.Namun perlu juga difahami keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.

4. Malangnya mereka yang diyakini didalangi parti pembangkang di Pulau Pinang seperti biasa mempolitikkan isu ini termasuk sehingga membakar sentimen perkauman. Tersebar di media sosial mereka yang aktif menyokong pembangkang pulau pinang bukan sahaja menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Jabatan Mufti P.Pinang malah mereka membakar sentimen perkauman dan sentimen agama agar rakyat bergaduh.

5. Untuk makluman semua khususnya pembangkang negeri pulau pinang Jawatankuasa Fatwa negeri perlis sejak april 2007 dalam garis panduan masjid negeri perlis telah memasukkan klausa “tidak membaca dan memperdengarkan sebarang bacaan selain azan dengan kuat sebelum dan selepas. Malah Dr. Juanda (ketika menyandang jawatan mufti) dengan tegas pernah menyatakan ini menepati kehendak sunnah yang patut diikuti oleh semua orang yang mengaku mencintai Nabi SAW. Dalam kenyataan yang sama beliau juga menegaskan sesiapa yang mempertikaikan adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam islam.

6. SAMM memandang berat penyalah gunaan isu agama dan kaum ini khususnya di Pulau Pinang. Walaubagaimanapun ancaman terhadap Islam dan Melayu dilihat serius. SAMM dengan ini mengumumkan akan menganjurkan sidang meja bulat dengan mengajak semua organisasi masyarakat termasuk wakil pembangkang di Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri sekali bagi membincangkan soal kepentingan Melayu dan Islam di Pulau Pinang. SAMM berharap semua pihak mempunyai keberanian untuk duduk di meja membincangkan perkara ini dan bukan sahaja berani melalak di tepi jalan mahupun pentas ceramah semata.

7. Akhir sekali memorandum ini dirumuskan sebagai menyokong indenpendisi dan kemandirian Jabatan Mufti Pulau Pinang dan mengecam tindakan mempolitikkan isu agama dan kaum yang tidak kesudahan serta SAMM akan memulakan langkah menarik semua ke meja rundingan berkenaan isu Melayu dan Islam ini.

Sekian dan t.kasih

Aidil Ibrahim
Penyelaras Samm Negeri Pulau Pinang.

Organisasi yang turut bersama,

Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa Koordinator Lang-Gar!
Ketua AMK Bukit Mertajam

Azizan Bin Salleh
Pengerusi GVAT P.Pinang (Gabungan Veteran Angkatan Tentera Pulau Pinang)
Pengerusi Amanah Bayan Baru

Saifullah
Wakil Parti Amanah Negara Pulau Pinang
Zulfazdli Md Noordin
Unit Ehsan Pulau Pinang

Nurul Ilfiq
Anak Muda Bangkit Pulau Pinang

Sulaiman Ibrahim
Panglima Malaysia

Ahmad Nawawi Idris
Pertubuhan Anak Pulau Pinang

Zainulfaqar Yaacob
Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang

Mohd Edy Bin Jab
Skuad keADILan Pulau Pinang

AMK Gesa Kerajaan Benarkan DS Anwar Dapat Rawatan - Nik Nazmi



AMK MENGGESA KERAJAAN BENARKAN DS ANWAR DAPAT RAWATAN

Angkatan Muda KEADILAN ingin menggesa pihak Kerajaan Persekutan untuk membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan rawatan pembedahan dengan kadar segera.

Sebarang penangguhan di dalam pemberian rawatan kepada beliau hanya akan memudaratkan lagi keadaan. Seperti yang telah dinyatakan oleh peguam-peguam Anwar, permohonan ini telah dibuat sejak Februari tanpa sebarang komitmen oleh pihak kerajaan untuk menyediakan rawatan yang baik sehinggalah keadaan beliau menjadi semakin parah seperti sedia ada.

Pakar perubatan yang dirujuk oleh keluarga Anwar juga berpendapat bahawa beliau memerlukan rawatan pembedahan segera ke atas bahu kanannya, namun begitu sehingga sekarang kebenaran masih belum diberikan.

Dalam pada itu, pakar yang menjadi ketua panel yang dirujuk oleh pihak kerajaan pula, Dr S Jeyaindran, sudah mempunyai sejarah layanan yang buruk kepada Anwar sejak 2003.

Kami menggesa pihak kerajaan untuk segera membenarkan Anwar mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan menggantikan Dr S Jeyaindran dengan pakar yang lain untuk mengetuai panel rujukan perubatan.

Sebarang penangguhan hanya membuktikan sekali lagi bahawa BN sememangnya ingin berlaku kejam kepada seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang Malaysia.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

Pakatan Harapan: Presiden Obama Wajar Batalkan Perjumpaan Dengan Najib dan Gantung Semua Rundingan TPP Sehingga Selesai Siasatan



KENYATAAN MEDIA
PAKATAN HARAPAN

PRESIDEN OBAMA WAJAR BATALKAN PERJUMPAAN DENGAN NAJIB DAN GANTUNG SEMUA RUNDINGAN TPP SEHINGGA SELESAI SIASATAN

Laporan akhbar The New York Times pada 21 September 2015 yang lalu memberi gambaran bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak dan keluarganya kini sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (Justice Department) berhubung tuduhan pembelian beberapa kondominium mewah menggunakan wang yang diselewengkan.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara ini bila mana seorang Perdana Menteri disiasat oleh sebuah negara asing atas tuduhan jenayah. Ia membawa kesan yang besar kepada kebebasan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat selain dari menjejaskan imej Malaysia di mata dunia yang membawa kesan buruk kepada sentimen pelabur terhadap Malaysia.

Siasatan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ini merumitkan hubungan diplomatik kedua-dua negara pada kala kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat sedang merundingkan perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP) yang telah mengundang pelbagai kontroversi. Pelbagai skandal dan tuduhan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak kebelakangan ini juga menjatuhkan lagi kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat.

Oleh itu, Dato’ Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan konflik kepentingan (conflict of interest) apabila berurusan dengan kerajaan Amerika Syarikat terutamanya dalam rundingan-rundingan yang melibatkan kedaulatan negara kerana kes beliau yang kini disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Sewajarnya, kerajaan Amerika Syarikat perlu menggantung kesemua rundingan bersabit Perjanjian TPP dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mengelakkan persepsi bahawa konflik kepentingan (conflict of interest) yang timbul akibat siasatan itu.

Pakatan Harapan juga mengingatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya tidak menjadikan tekanan penyiasatan pihak Amerika Syarikat terhadap beliau ini sebagai alasan untuk menandatangani Perjanjian TPP yang membelakangkan kepentingan dan kedaulatan negara.

Mengambil kira juga krisis kredibiliti yang dihadapi oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, Pakatan Harapan berpendapat sokongan kuat kerajaan Amerika Syarikat terhadap pentadbiran beliau perlu dikaji semula sebagai langkah menjaga hubungan baik di antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang dibina selama ini dan juga pada masa yang akan datang.

Oleh yang demikian, adalah wajar bagi Presiden Barack Obama membatalkan perjumpaan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan November ini sehinggalah siasatan terhadap Dato’ Seri Najib diselesaikan terlebih dahulu di Amerika Syarikat bagi mengelakkan persepsi yang buruk ke atas kedua-dua mereka.

Hanya selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak menyelesaikan masalah krisis kredibiliti dan isu-isu berkait dengan tuduhan penyelewengan 1MDB barulah sebarang rundingan yang melibatkan kedaulatan negara boleh diteruskan.

YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
Presiden KEADILAN

YB TAN KOK WAI
Timbalan Pengerusi DAP

YBHG SALEHUDDIN AYOB
Timbalan Presiden AMANAH

30 SEPTEMBER 2015

Tanggungan Hutang 1MDB Boleh Mansuhkan Hutang PTPTN Bagi 1.7 Juta Peminjam



TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH MANSUHKAN HUTANG PTPTN BAGI 1.7 JUTA PEMINJAM

Saya merujuk kepada laporan mengenai dialog Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelajar-pelajar Malaysia di Amerika Syarikat yang antara lainnya memetik kenyataan beliau bahawa pendidikan percuma dan pemansuhan hutang PTPTN hanya dapat dibuat sekiranya rakyat sanggup membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi.

Visi pendidikan percuma yang merangkumi pemansuhan hutang PTPTN dan rombakan semula pembiayaan pendidikan tinggi negara adalah salah satu lontaran idea oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjadi isu hangat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Sebagai seorang aktivis pendidikan percuma dan pemansuhan hutang PTPTN, saya telah mengutarakan beberapa kaedah dan kos bagaimana dasar ini boleh dilaksanakan, iaitu:

1. Hutang yang diambil oleh PTPTN boleh dibayar secara ansuran sebanyak RM2 bilion setiap tahun

2. Pemansuhan yuran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi kesemua pelajar IPTA (dianggarkan 470,000 bagi tahun 2013) dianggarkan RM791 juta setiap tahun

3. Kos menyediakan elaun sara hidup bagi 400,000 pelajar IPTA dan 150,000 pelajar IPTS dianggarkan RM2.75 bilion setahun

4. Kos menyediakan satu tabung pinjaman pendidikan IPTS tanpa faedah sebanyak RM450 juta setahun

Oleh yang demikian, saya yakin dasar pendidikan percuma dan pemansuhan hutang PTPTN dapat dilaksanakan dengan peruntukan RM6 bilion setahun oleh kerajaan bagi tujuan ini.

Selepas 2 tahun Barisan Nasional meneruskan pentadbiran di Putrajaya sejak PRU13, rakyat telah menyaksikan pelbagai skandal besar yang melibatkan dana rakyat terutamanya 1MDB. Mengambil kira kadar tukaran matawang yang merudum dan faedah, saya menganggarkan hutang terkini 1MDB sudah mencecah RM50 bilion.

Hutang RM50 bilion ini besar kemungkinan akan ditanggung oleh kerajaan memandangkan 1MDB terus terperangkap dengan kemelut kewangannya yang tidak berkesudahan. Sekiranya sumber kewangan negara tidak dialihkan kepada 1MDB, jumlah yang diberikan kepada 1MDB lebih dari cukup untuk membiayai dasar pendidikan percuma dan memansuhkan hutang PTPTN seperti berikut:

1. Jumlah hutang tertunggak oleh peminjam PTPTN setakat 31 Mac 2015 adalah RM13.3 bilion melibatkan 1,716,475 peminjam seperti jawapan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan kepada Parlimen baru-baru ini. Jumlah RM13.3 bilion hanyalah sebahagian kecil dari sumber kewangan berjumlah RM50 bilion yang telah dialihkan kepada 1MDB;

2. Belanja kewangan 1MDB yang mencecah RM5.8 bilion dalam tempoh 3 tahun (seperti dilaporkan oleh 1MDB dalam jawapannya mengenai ke mana wang telah dibelanjakan) adalah hampir kepada jumlah RM2 bilion setiap tahun; iaitu jumlah yang diperlukan untuk memansuhkan terus hutang PTPTN

Oleh sebab itu, skandal 1MDB yang terbongkar setakat ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan sebenarnya mampu untuk memansuhkan hutang PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma sekiranya kekayaan negara disalurkan bagi membina sistem pendidikan yang terbaik, bukannya dibazirkan di dalam projek-projek yang berakhir menjadi skandal seperti 1MDB.

Malah, saya yakin sekiranya tanah-tanah kerajaan di Jalan Tun Razak dan Sungai Besi yang dianugerahkan kepada 1MDB diserahkan kepada satu tabung pendidikan untuk dimajukan, hasil pelaburan itu akan dapat membangunkan jutaan rakyat Malaysia menjadi modal insan kepada negara di masa hadapan.

Saya berharap rakyat Malaysia semakin membuka mata dan menyedari bahawa dasar pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN dapat dilaksanakan tanpa menaikkan cukai seperti yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
30 SEPTEMBER 2015

Recent Posts Widget

.

.