Showing posts with label PASMA. Show all posts
Showing posts with label PASMA. Show all posts

PASMA Sokong Penubuhan Pakatan Harapan!



PASMA SOKONG PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN!

Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mengaIu-alukan penubuhan Pakatan Harapan secara konsesus oleh PKR, DAP dan AMANAH.

PasMa menyokong penuh sistem dua parti ini kerana peluangnya lebih cerah untuk Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Pusat daripada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.


Justeru, PasMa menyeru rakyat Malaysia khususnya yang menyumbang 51 peratus undi popular kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lepas supaya meneruskan sokongan kepada Pakatan Harapan Rakyat.

Urusan utama Pakatan Harapan sekarang bukan sahaja mengukuhkan sokongan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, malah mengukuhkan kepercayaan awam dan semua Ahli parlimen bahawa Kerajaan Peralihan mesti dilakukan melalui undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Undi tidak percaya adalah salah satu proses demokrasi, dengan Perdana Menteri Australia telahpun bertukar tangan melalui proses ini secara demokratik dan aman.

Diharapkan, Pakatan Harapan dengan dasar bersama yang lebih jelas sekarang boleh terus mencari jalan untuk menghentikan Najib sebagai Perdana Menteri berdasarkan lunas-lunas demokrasi berperlembagaan.

PasMa menyokong penuh penubuhan Pakatan Harapan!

DATO' IR PHAHROLRAZI HAJI MOHD. ZAWAWI
Presiden PasMa
22 September 2015

Kenyataan Media Perhubungan PAS Negeri Perak.



KENYATAAN MEDIA
Bertarikh : 20 Ogos 2015

Saya merujuk kepada laporan Sinar Harian yang menyatakan PAS Perak mencadangkan Majlis Tahkim antara PAS dan GHB adalah salah.


Ia adalah cadangan peribadi Tuan Hj Misbahul munir dan bukannya PAS Negeri Perak. PAS Perak dengan penuh dukacita melahirkan rasa kecewa atas kenyataan yang telah dikeluarkan.

Istiqamah Hingga Kemenangan

YB Mohd Zawawi Abu Hassan
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Perak.





Solidariti Untuk Pak Shukor Haron, Kembalikan Kebebasan Media - GHB



Kenyataan Media:
SOLIDARITI UNTUK PAK SHUKOR HARON,
KEMBALIKAN KEBEBASAN MEDIA


28 Julai 2015 | George Town

Berita pemberhentian kolumnis veteran Pak Shukor Harun daripada Harakah menjadi satu lagi tanda kegelitaan Kebebasan Media di tanah air ini.

Baru semalam, saya mewakili Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menerima jemputan bersolidari bersama-sama Gabungan Wartawan Akhbar Pulau Pinang memprotes pergantungan permit penerbitan dua akhbar The Edge, hari ini berita buruk daripada media yang menjadi lidah rasmi Pas pula.

Sumber memberitahu, tulisan Pak Shukor Haron mula disekat untuk disiarkan dalam portal berita Harakahdaily pada menjelang Hari Raya Aidilfitri lagi.

Selain itu, kolum Sastera yang diselenggara oleh seorang lagi wartawan, Sdr. Ali Bukhari Amir di Harakahdaily turut ditutup, selepas cerpen "Rumah Baru" disiarkan.

Dikatakan, khidmat Pak Shukor Haron ditamatkan antara lain kerana dilihat mengkritik Pas dalam beberapa tulisannya di The Malaysian Insider, walaupun tulisan beliau dalam Harakah jejas tidak memihak.

Muktahir ini, Pak Shukor Haron juga dilihat aktif mengikuti perkembangan ‪#‎HarapanBaru‬ melalui deklamasi puisi dan mengarang puisi panjang tentang #HarapanBaru, barangkali mengakibatkan beliau dizalimi.

Sepatutnya penulisan kritikal Pak Shukor mengenai dinamika politik dalaman PAS wajar dihargai, bukan dizalimi.

Apa bezanya pergantungan permit penerbitan The Edge atas sebab mendedahkan skandal 1MDB, dengan pemberhentian Pak Shukor Harun daripada Harakah kerana menulis secara kritikal mengenai politik dalaman Pas?

Pas harus jujur, tak cukup hanya menyebut "sokong kebebasan media", tapi pada masa yang sama menafikan hak kewartawanan orang seperti Pak Shukor Haron yang krisis itu.

Tak berkuasa lagi, Pas seakan sudah simpan kuku dan melayan tidak adil ke atas wartawannya.

Bayangkan jika berkuasa, barangkali mungkin sama zalim dengan rejim Umno BN sekarang.

Padanlah ada yang seorang rakan sekerja lama di Harakahdaily pagi tadi mencebik, "Tamat perkhidmatan Pak Shukor itu berdasarkan 'Islamic Security Act' (ISA) itu sebab Pas tiada kuasa macam KDN."

Sokong Kebebasan Media!
Solidariti Untuk Pak Shukor Haron!

ZAINULFAQAR YAACOB
Ketua Penerangan (sementara)
Gerakan Harapan Baru (GHB) Pulau Pinang

merangkap

Timbalan Pengerusi II
NGO PasMa Pulau Pinang






--

Abaikan Segala Fitnah yang dimainkan oleh Fesbuk palsu atas nama “PASMA Malaysia”

Kenyataan Media PASMA Perak

Saya selaku Pengerusi PasMa Perak ingin merujuk kepada berita yang kononnya pada program Jelajah Gerakan Harapan Baru di Ipoh pada 26 Julai 2015, satu program Minggu Mengoyakan Akhbar Harakah telah turut dilancarkan.

Gambar yang digunakan dalam penyibaran fitnah tersebut sebenarnya adalah berita lama yang telah dikitar semula. Berita asalnya pernah dipaparkan oleh portal Antara Post pada 05 April 2012, disini .

Saya sangat kesal dengan fitnah yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawap tersebut. Maka dengan ini saya mengambil kesempatan di sini untuk memaklumkan bahawa fesbuk atas "PASMA Malaysia" itu adalah palsu.

Link fesbuk yang sebenarnya menggunakan nama Pertubuhan Ummah Sejatera Malaysia - PASMA dan boleh di akses di sini

Harap semua maklum dengan penjelasan ini, dan abaikan segala fitnah yang dimainkan oleh fesbuk palsu atas nama “PASMA Malaysia” tersebut.

Mohd Saad Ismail
Pengerusi PasMa Perak






--

Recent Posts Widget

.

.