Bahasa Inggeris, Bincanglah Dengan Pakar Bukan Dengan Rakan Niaga - Ustaz Idris Ahmad

3:10 PM 0 Comments A+ a-



Bahasa Inggeris, Bincanglah Dengan Pakar Bukan Dengan Rakan Niaga.
Ustaz Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
21/8/15


Tindakan Kementerian Pelajaran menangguhkan penguatkuasa lulus Bahasa Inggeris SPM tahun 2016, satu langkah yang tepat. Saya telah bangkit perkara itu di Parlimen ketika membahas Ucapan Bajet 2015 supaya kerajaan mengkaji semula peraturan ini kerana ia menzalimi pelajar-pelajar luar bandar terutama Sabah dan Sarawak. Kerana tidak ada persediaan guru yang mencuckupi. Walau pun jawapan daripada pihak Menteri mengatakan Kementerian akan meneruskan juga.

Kita bukan menentang Bahasa Inggeris, kerana belajarlah apa bahasa pun, sebagaimana maksud Hadis Nabi SAW "Belajarlah bahasa orang lain, nescaya akan kamu aman daripada tipu daya.” . Yang kita persoalkan kenapa terlalu gopoh hendak mewajibkan lulus, sedangkan guru-guru tidak mencukupi. Apa akan terjadi kepada pelajar yang lulus cemerlang dalam semua subjek tiba-tiba gagal dalam Bahasa Inggeris. Bukankah ini satu kezaliman?.

Pada 15hb Jun 2014, Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching kira -kira 70 peratus daripada 60,000 guru bahasa Inggeris yang menduduki peperiksaan Cambridge Placement Test (CPT) pada pertengahan tahun lepas tidak mencapai tahap memuaskan beliau berkata, sebilangan besar guru hanya mencapai penguasaan bahasa tahap pertengahan, Sound English Proficiency (SEP) dan tahap rendah, Low English Proficiency (LEP) .

Kita mengharapkan pihak Kementerian ketika hendak membuat pembaharuan biarlah fikir masak-masak dahulu. Jika guru pun tidak cukup untuk mengajar Bahasa Inggeris, macam mana pula pelajar diwajibkan untuk lulus. Jangan jadikan pelajar bahan kajian sehingga mengorbankan masa depan pelajar. Ambillah pandangan pakar pendidikan, bukan pandangan rakan niaga. Kegagalan PPSMI sepatutnya diambil iktibar hampir RM6 bilion hangus.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.