Bersih 4 Adalah Sinambungan Manifestasi Kesungguhan Rakyat - Siti Mariah

1:34 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

BERSIH 4 ADALAH SINAMBUNGAN MANIFESTASI KESUNGGUHAN RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA.

www.harapanbaru.net


Kita sudah berjaya bersama-sama dengan seluruh rakyat berbilang kaum dalam penganjuran siri himpunan dan kebangkitan rakyat bagi menuntut Pilihan Raya yang Bersih dan Adil, khususnya menerusi BERSIH 1 (10 November 2007), BERSIH 2 (9 Julai 2011) dan BERSIH 3 (28 April 2012).

Lanjutan daripada perjuangan ini, Wanita Harapan Baru Malaysia (WHBM) komited dan konsistan menyokong penuh penganjuran Himpunan Aman Rakyat BERSIH 4 yang akan berlangsung dari 29 sehingga 30 Ogos 2015 akan datang.

WHBM sekaligus menyokong empat tuntutan Bersih 5 iaitu:

1. pilihan raya bersih
2. kerajaan bersih
3. hak untuk membantah
4. parlimen berdemokrasi
5. selamatkan ekonomi

Solidariti semua warga tanpa mengira kaum, agama, gender dan peringkat usia untuk TURUN dan TURUT menyertai Himpunan Aman BERSIH 4 ini adalah sangat signifikan dan butuh dalam usaha kita menyelamatkan Malaysia. Ia semakin manis menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia kali yang ke 58 yang kita akan sambut bersama pada 31 Ogos 2015 nanti.

WHBM memahami bahawa rakyat sedang berhadapan kesempitan hidup kerana cukai baharu (GST), inflasi, nilai ringgit jatuh menjunam dan masalah ekonomi yang lain yang akhirnya membawa kepada masalah sosial yang semakin parah.

Bagi mencapai tuntutan ini, selain polisi-polisi ekonomi yang lebih berkesan, rakyat Malaysia harus berani memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan urustadbir bobrok yang mewarnai negara akibat kerajaan serta pemimpin yang tidak amanah.

Ini termasuk Skandal 1MDB yang melibatkan hutang sebanyak RM42 bilion, dan berkaitan dengan itu, RM 2.67 bilion didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

WHBM mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa perhimpunan Bersih 4 tidak mensasarkan desakan agar Najib berundur semata-mata sebaliknya menekankan perubahan dalam kepimpinan negara secara tuntas seterusnya menyelamatkan Malaysia daripada terus meluncur ke jurang kemusnahan integriti di mata rakyat dan dunia.

Justeru WHBM sekali lagi menyeru seluruh rakyat yang cintakan Malaysia agar TURUN dan TURUT ke Himpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur pada 29 sehingga 30 Ogos 2015 ini.

Himpunan ini merupakan himpunan keluarga besar rakyat Malaysia yang mahu melihat Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Ayuh turun ke perhimpunan Bersih 4 dan sama-sama kita Selamatkan Malaysia.

Harapan Baru - Selamatkan Malaysia!

DR SITI MARIAH MAHMUD
Ketua Gerakan Wanita
Harapan Baru Malaysia

22 Ogos 2015/ 7 Zulkaedah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.