Batalkan Kenaikan Gaji MB dan Exco Kerajaan Kedah - Mahfuz Omar

10:19 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan media.

BATALKAN KENAIKAN GAJI MB DAN EXCO KERAJAAN KEDAH

1.Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah telah meluluskan pindaan rang undang undang pentadbiran dan ahli dewan undangan negeri (saraan) (pindaan) 2015 yang bukan hanya sekadar Kenaikan gaji Adun tetapi juga membabitkan gaji Speaker,Timbalan Speaker,MB dan EXCO Kerajaan Negeri.

2.Saya setuju kenaikan gaji pokok adun dari RM4,112 kepada RM11,000 sebulan. Ini untuk membolehkan adun mempertingkatkan khidmat mereka kepada rakyat dengan lebih cemerlang. Mana mungkin dengan gaji pokok RM4,122 sebulan adun yang dijadikan oleh rakyat sebagai pegawai kebajikan mereka boleh berkhidmat dengan baik kepada rakyat.

3.Tetapi rakyat tak boleh terima kenaikan gaji speaker,timbalan speaker,MB dan exco kerajaan negeri yang telah pun dalam masa yang sama menikmati kenaikan gaji pokok adun kerana mereka adalah adun kecuali speaker, namun speaker tetap juga menerima gaji pokok yang diterima adun.

4.Kenaikan ini akan menjadi pendapatan tetap speaker RM25 ribu sebulan iaitu gaji pokok speaker yang baru RM14 ribu sebulan bersama dengan RM11 ribu gaji pokok adun yang turut diberikan kepada speaker walaupun beliau bukan seorang adun,untuk mengendali sidang dun yang hanya berjumlah tak lebih 10 hari setahun disamping tugas lain yang tidak begitu berat.Timbalan Speaker akan menerima gaji pokok yang baru RM7 ribu disamping gaji pokok adun RM11 ribu menjadikan pendapatannya pokoknya RM18 ribu sebulan.Exco kerajaan negeri akan mendapat pendapatan yang sama dengan speaker iaitu RM25 ribu sebulan.

5.Manakala Dato'Seri Mukhriz MB Kedah akan menerima gaji pokok yang baru sebanyak RM22 ribu disamping gaji pokok adun RM11 ribu menjadikan pendapatan MB dari gaji pokoknya sebanyak RM33 ribu sebulan.Semua yang saya sebut adalah pendapatan dari gaji pokok yang yang diperuntukan dalam undang undang anggota pentadbiran dan adun (saraan) (pindaan) 2015.Belum lagi elaun-elaun lain yang turut dinikmati oleh mereka disamping elaun-elaun agensi kerajaan yang lain dan GLC yang disyarat wajibkan untuk MB dan Exco berada sebagai Lembaga Pengarah.

6.Persoalannya apa perlu lagi kenaikan pada gaji pokok untuk jawatan selain dari Adun yang turut diperolehi mereka disaat MB selalu merungut kerajaan mengalami kekurangan pendapatan dan menanggung perbelanjaan yang besar,sehingga terpaksa melepaskan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Pusat untuk mengurangkan beban negeri. Isu kakitangan KUIN (Insaniah Holding) satu ketika dahulu diberhentikan kerana kerajaan merasakan beban menanggung KUIN.Dato'Seri Mukhriz sendiri mencadangkan agar cukai GST jika tidak dapat dikurangkan dari 6% kepada 3% hendaklah hasilnya dikongsi dengan negeri negeri khususnya yang miskin seperti Kedah kata YAB Dato'Seri Mukhriz.Beliau sendiri mengakui yang Kedah adalah negeri miskin.Bagaimana negeri miskin MB dan Exco kerajaan menikmati pendapatan gaji pokok yang lumayan dari hasil negeri yang miskin.

7.Saya kira sudah cukup dengan gaji pokok yang sedia ada dan kenaikan gaji pokok ADUN untuk perbelanjaan MB dan Exco kerajaan negeri nak hidup.Belajarlah menguruskan kehidupan yang sederhana diwaktu keadaan ekonomi negara yang cukup kritikal sekarang.

8.Saya kesal dengan tindakan MB yang mengambil kesempatan untuk menaikan gaji pokok beliau dan anggota pentabiran, sedang yang perlu dinaikan hanyalah gaji pokok Adun.Saya mendesak YAB MB membawa pindaan kepada undang undang anggota pentadbiran dan Adun (saraan) (pindaan) 2015 pada sidang belanjawan yang akan datang untuk membatalkan kenaikan gaji pokok Speaker,timbalan speaker,MB dan Exco Kerajaan Negeri dan hanya mengekalkan kenaikan gaji pokok untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"JIMAT BERBELANJA,JANGAN BERMEWAH,BERKONGSI LAH HARTA NEGARA DENGAN RAKYAT"

Dato'Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
22 Ogos 2015/7 Zulkaedah 1436H





Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.