TUNISIA & MALAYSIA: Waqi' Berbeza - Khalil Hadi
TUNISIA & MALAYSIA: Waqi' Berbeza
Tunisia di gelar sebagai ' Ibu Sekularisma di negara Arab'. Kesan sekularismanya sangat dahsyat, munasabahlah Harakah An-Nahdhah tak ambil pendekatan pelaksanaan Syariah terlebih dahulu. Di sini poligami adalah satu jenayah, dikenakan hukuman penjara. Puak Sekular ada usaha utk menghalalkan perkahwinan sejenis. Pernah semasa Harakah An-Nahdhah memimpin kerajaan pada sesi lepas; ada usaha untuk menutup restoran pada waktu siang bulan ramadhan akan tetapi ditentang oleh puak Sekular.
Ada pihak di Malaysia bawa wakil Harakah An-Nahdhah untuk menghalalkan perjuangan mereka dengan tidak meletakkan pelaksanaan Syariah sebagai agenda utama. Kalau betul pun tengoklah pada waqi. Sebab itu Fiqh Al-Waqi sangat penting; bukan semua yang dilaksanakan di Tunisia atau mana-mana tempat yang ada Gerakan Islam sesuai untuk diaksanakan di Malaysia.
Di Malaysia jika PAS tak bercakap soal pelaksanaan syariah, umat Islam akan marah kerana jiwa mereka sudah sebati dengan Islam. Islam sudah diletakkan sebagai ugama rasmi negara. Undang-undang Syariah sebahagiannya sudah dilaksanakan dan diamalkan. Lompong-lompong yang ada mestilah diisi jikasekiranya mempunyai peluang dan ruang. Perjuangan PAS untuk melaksanakan enakmen jenayah Islam di Kelantan adalah langkah ke hadapan yang mesti diteruskan. Mereka yang menganggap sebaliknya adalah undur ke belakang.
Sedih pun ada geram pun ada; akan tetapi setelah melihat benih-benih baru yang muncul memberikan cahaya baru bahawa bumi Tunisia akan kembali membawa sinar keadilan Islam satu hari nanti insyaallah.
# Catatan dari bumi Uqbah bin Nafi'
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
20 Ogos 2015
Sila kongsi artikel ini...