Malaysia Ke Arah Negara Polis dan Autokratik - PAS Selangor

1:46 AM 0 Comments A+ a-



Malaysia Ke Arah Negara Polis dan Autokratik

PAS Selangor melahirkan kekecewaan dan juga kerisauan terhadap perkembangan negara mutakhir ini.

Di dalam dua minggu ini, rakyat telah melihat suratkhabar The Edge dan The Sarawak Report ditutup dan disekat, ahli politik Pakatan Rakyat di tahan di bawah akta hasutan dan pemimpin NGO yang inginkan perubahan disoal siasat. Malahan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang menyiasat penyalahgunaan dana dan korupsi ditahan, ditukar ataupun disoalsiasat.


PAS Selangor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ala gestapo ini.

PAS Selangor yakin bahawa musuh kepada demokrasi serta kerajaan berparlimen pada hari ini adalah Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO serta Barisan Nasional.

Di dalam tindak-tanduk beliau kebelakangan ini, beliau jelas memperkudakan pihak Polis sebagai langkah intimidasi terhadap pegawai-pegawai kerajaan khususnya dan rakyat secara umumnya. Ini merupakan isyarat jelas bahawa negara ini sedang dipimpin ke arah sebuah negara polis dan autokratik.
Ingin dijelaskan disini bahawa PAS Selangor ingin melihat pemimpin serta Ketua Polis Negara agar melaksanakan tugas demi kepentingan rakyat, bukannya demi kepentingan ahli politik tertentu.

Masa depan serta kepentingan rakyat dan negara jauh lebih utama berbanding kepentingan individu.

Engr Hj Mohd Prasad bin Hanif
Ketua Penerangan
PAS Negeri Selangor
11 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.