Pedoman Dari Krisis Jamaah di Era Tholut (Al-Baqarah 246-252) - Ustaz Hazmi Dibok

1:51 AM 0 Comments A+ a-



Pedoman Dari Krisis Jamaah di Era Tholut (Al-Baqarah 246-252)

1. Golongan berkedudukan tinggi (al-mala') ada yang gelojoh tidak sabar hendak menang sehingga mendesak pimpinan segera mengikut kehendak mereka.


2. Tatkala Tholut dipilih menjadi pimpinan, mereka mempertikai keputusan pemilihan tersebut lantaran mereka tidak terpilih sedangkan mereka mendakwa bahawa mereka lebih layak. (Nahnu Ahaqqu bil Mulki minhu)

3. Tholut terpilih lantaran ia memiliki ciri-ciri kelayakan dari sudut luasnya ilmu dan memiliki keupayaan yang diperlukan. (Basthoh fil Ilmi wal Jism)

4. Adanya pengikut yang mengingkari arahan dan melanggar arahan ketua (Tholut). Sikap tidak taat itu, menghasilkan mereka gagal untuk terus beristiqamah hingga kemenangan. Mereka berpaling lebih awal dari jamaah.

5. Yang teguh dan terus istiqamah itu adalah dari kalangan anggota yang tidak gelojoh, tidak gila jawatan dan patuh dengan arahan ketua. Mereka meletakkan keyakinan kepada hari pertemuan dengan Allah sebagai harapan tertinggi dalam perjuangan mereka (yazunnuna annahum mulaqulLah).

6. Mereka ini antara wirid doanya ialah "wahai Tuhan kami, limpahilah ke atas kami kesabaran, teguhkanlah pendirian kami (istiqamah) dan menangkanlah terhadap kaum yang kafir (yang mengingkari dan menentang Islam)"

7. Dengan sifat sabar, ikhlas, tidak besar diri, taat patuh kepada ketua, keyakinan kepada janji Allah dan terus istiqamah berjihad mendepani musuh... mereka beroleh pertolongan Allah dan kemenangan. Ambillah iktibar duhai para pemuda pelapis perjuangan!

"Istiqamah Hingga Kemenangan"

Ustaz Hazmi Dibok
Ketua Pemuda Pas Pahang
11 Ogos 2015
Kuantan, Pahang


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.