Pemecatan Imam di Perlis - DrMAZA

11:07 AM 0 Comments A+ a-



Pemecatan Imam di Perlis

Ada beberapa pihak bertanya tentang isu imam tertentu yang kononnya ditamatkan di Perlis. Ada pihak cuba membuat tafsiran salah dalam isu ini. Berikut penjelasan;


1. Kuasa menamatkan imam, bilal dan pengurusan masjid HANYA berada di tangan pihak MAIPs (Majlis Agama Islam Perlis) yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis.

2. Penamatan seseorang imam ataupun bilal terlebih dahulu dibincangkan dalam mesyuarat MAIPs. Alasan dan isu akan dibentangkan terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat. Aduan anak jamaah diambil kira.

3. Ada isu-isu peribadi pihak yang diambil tindakan yang tidak didedahkan demi menjaga maruah dan keluarga yang berkaitan. (ELAK DEDAH AIB)

4. Cerita hanya berqunut terus dipecat adalah BOHONG.

5. Imam perlu ada amanah sesuai dengan tugasannya. Jika anak jamaah membuat aduan tentang salahlaku imam, maka perhatian diberikan.

6. Setiap negeri ada peraturan termasuklah juga Perlis. Seseorang yang mengambil bayaran WAJIB bertugas sesuai dengan kehendak majikan selagi tidak bercanggah dengan kitab dan sunnah. Demikian juga imam dan selainnya.

7. Soal fekah dan pentadbiran kadang-kala hendaklah dibezakan. Umpamanya, jika imam solat memakai baju T mengimamkan jamaah, solatnya SAH, namun tidak selaras dengan kehendak disiplin. Jika dia diambil tindakan, bukan kerana solat tidak sah tetapi kerana urusan pentadbiran. Hal ini hendaklah dibezakan.

8. Cerita hanya tidak qunut subuh terus dipecat itu BOHONG, bahkan di Perlis ada imam-imam yang berqunut tidak pun dipecat.

9. Ada pihak menyebut masalah qunut semata tidak boleh dijadikan asas dalam penilaian imam. Setuju. Cuma satu soalan wajar ditanya; Apakah akan terjadi kepada seorang imam jika TIDAK berqunut subuh di beberapa negeri di Malaysia ini?!!


DrMAZA


s


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.