Jerebu: Kenyataan Media Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

7:32 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Merujuk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Dato Seri Mahdzir Khalid agar semua sekolah di Wilayah Persekutuan,Selangor,Putrajaya,
Negeri Sembilan dan Melaka ditutup hari ini Selasa, 15 September 2015 ekoran daripada jerebu yang sangat teruk Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor mengesyorkan :

1.Semua surau dan masjid diseluruh negara mengadakan solat hajat agar musibah yang diberikan oleh Allah tidak berpanjangan dan diturunkan hujan semoga Indek Penceraman Udara (IPU) ini dapat dikurangkan.Sifat orang-orang yang beriman apabila diuji oleh Allah SWT akan sentiasa merujuk dan mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT dengan bersabar,bersolat,berzikir dan raja' kepadaNya.

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
( Al-Baqarah - 156 )

2.Semua program konsert hiburan menyambut Hari Malaysia esok dihentikan kerana menghormati ujian dari Allah SWT,menjaga senstiviti agama dan rakyat yang ditimpa musibah agar tidak mengundang kemurkaan Allah SWT yang apabila datang menimpa sesuatu kaum dalam bentuk yang umum, salah satunya melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT.Gerunlah terhadap ancaman Allah SWT sekiranya umat manusia melakukan kezaliman dan kemungkaran di atas muka bumi ini.

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
( Al-Anfaal : 25 ).

3.Kerajaan Malaysia seharusnya memuhasabah diri dengan program-program yang telah dan akan dilaksanakan agar selari dengan syariat Allah.Kezaliman,ketidakadilan,
penyelewengan,kemungkaran,kemaksiatan,penganiyaan dan polisi-polisi yang menidas rakyat juga antara faktor turunnya bala daripada Allah SWT .Islam telah mengajar kita konsep " mencegah lebih baik daripada mengubat" jangan nanti " sudah terhantuk baru nak tergadah"

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Ar-Rum : 41)

4.Semoga dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2015 kali ini ,negara Malaysia semakin makmur dan rakyatnya semakin sejahtera dengan kepimpinan yang lebih bertaqwa di masa akan datang serta mendapat keampunan Allah SWT.

Sekian terima kasih.

Kamalulhysham Mohd Suhut
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
1 Zulhijjah 1436/15 September 2015.



Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.