Showing posts with label Pemerhati. Show all posts
Showing posts with label Pemerhati. Show all posts

Perlaksanaan Semula - Sistem Penguatkuasaan Automatik [AES] - Zulhazmi Shariff



PERLAKSANAAN SEMULA - SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK [AES]

Akhbar The Edge Market bertarikh 10 Ogos 2015 melaporkan kenyataan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Pengarah Urusan Boustead Holdings Berhad bahawa Sistem Penguatkuasaa Automatik (AES) akan kembali dilaksanakan tidak lama lagi di mana pengumuman mengenainya dijangka dibuat dalam masa seminggu dua lagi.

Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB turut dilaporkan berkata bahawa Boustead Holdings Berhad akan berkongsi perlaksanaan dan pembangunan AES apabila dilaksanakan nanti.

Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berkata proses timbang tara (arbitrasi) antara syarikat pemegang konsesi AES sebelum ini iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dengan Kerajaan telah diselesaikan secara baik.

Terdapat beberapa perkara menarik yang perlu kita sama-sama lihat dan nilaikan tentang urusan pengambil-alihan perlaksanaan AES ini.

Pada Februari 2015 Irat Properties Sdn Bhd dilaporkan telah memasuki dua (2) perjanjian pembelian saham bersyarat ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd. Dengan ini, konsesi pengendalian AES adalah di bawah pengurusan Irat Properties Sdn Bhd.

Dalam masa yang sama Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd masih menuntut kerugian daripada Kerajaan Malaysia yang mana telah diumumkan oleh Tan Sri Lodin bahawa ianya sekarang telah diselesaikan melalui persetujuan kedua-dua pihak.

Pada 6 Mac 2012, Boustead Holdings Berhad, anak syarikat LTAT telah mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa mereka membeli 50% pegangan dalam Irat Properties Sdn Bhd bernilai RM127.8 juta. Baki 50% pegangan Irat Properties dipegang oleh LTAT. Pada April 2015, terdapat laporan menyatakan bahawa Boustead membayar dengan harga RM199 juta bagi 50% pegangan Irat Properties.

Untuk makluman Tan Sri Lodin adalah Pengarah Urusan Boustead Holdings yang merupakan anak syarikat LTAT di mana Tan Sri Lodin juga adalah Ketua Pengarah Eksekutifnya. Siapa pemilik Irat Properties Sdn Bhd? Tunggu tulisan selanjutnya nanti.

Kenyataan Tan Sri Lodin tersebut menimbulkan beberapa persoalan yang perlu diperjelaskan oleh Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan dan LTAT.

1) Berapakah jumlah penyelesaian yang dipersetujui oleh Kerajaan dengan Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd?

2) Bagaimana AES akan dilaksanakan oleh pengendali baru iaitu Boustead dan LTAT?

3) Apakah tujuan Boustead dan LTAT menceburi bidang perlaksanaan sistem penguatkuasaan undang-undang ?

4) Apa pula kedudukan Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam perlaksanaan AES selepas ini?

5) Bagaimana Boustead dan LTAT mendapat pulangan kewangan daripada perlaksanaan AES ini kelak?

6) Apakah status AES Solutions yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk mengambil-alih perlaksanaan AES sebelum ini?

7) Apakah status saman-saman AES yang telah dikeluarkan selama ini dan adakah akan dikuatkuasakan semula?

8) Apa telah terjadi dengan cadangan menyerahkan AES untuk dilaksanakan oleh PDRM?

Saya mohon semua persoalan di atas diperjelaskan oleh pihak-pihak terlibat secara telus dan terbuka kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat yang semakin hari semakin tertekan dengan pelbagai kos sara hidup yang meningkat dan situasi ekonomi tidak menentu.

ZULHAZMI SHARIFF
10 OGOS 2015

Perginya Seorang Ulama Ummah - Aizam Mas'ud



PERGINYA SEORANG ULAMA UMMAH

Saya masih ingat pada tahun 2008, ketika diamanahkan oleh jabatan utk menguruskan Tokoh Maal Hijrah 1430H. Bermula daripada memaklumkan pemilihan beliau sebagai tokoh, menemani beliau sepanjang 6 hari termasuk bersama-sama menginap di hotel yg sama hinggalah beliau berlepas kembali ke negaranya. Inilah kenangan paling sukar saya lupakan sampai bila-bila.

Beliau yg saya maksudkan adalah al-Marhum Fadhilatussyaikh al-'Allamah al-Ustaz Dr. Wahbah bin Mustafa al-Zuhaili empunya khazanah ilmu terunggul abad ini iaitu al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh & al-Tafsir al-Munir.

Pemergian beliau pd petang Sabtu 8 Syawwal 1436H (waktu Syria) amat-amat mengejutkan pencinta ilmu Islam di seluruh dunia. Masih terngiang-ngiang di ingatan saya wajah beliau yg sentiasa tersenyum dan tidak lokek utk memberikan nasihat dan jawapan apabila ditanya sebarang persoalan.

Moga Allah mengampuni, merahmati dan menempatkan beliau di dalam syurga-Nya yang tertinggi bersama para siddiqin, syuhada' & solihin. Ya Rabbal 'Alamiin..


Aizam Mas'ud


Tak Perlu Yahudi, Keyahudian Dan Kemunafikan Sudah Ada Dalam Diri Kamu - Wan Ahmad Fayhsal



TAK PERLU YAHUDI, KEYAHUDIAN DAN KEMUNAFIKAN SUDAH ADA DALAM DIRI KAMU

Adakah anda terima hujah kelakar ini?

Adakah JASA menjelaskan kepada UMNO bahawa Bankers Yahudi bernama Tim Leissner dari Goldman Sachs yang jerut Najib untuk berhutang?


Adakah JASA jelaskan kepada UMNO bahawa Paul Stadlen yang juga Yahudi daripada APCO dibayar begitu tinggi untuk menjadi propagandis Najib?

Adakah JASA jelaskan kepada UMNO bahawa Najib dan sekian ramai pemimpin UMNO amat bergantung kepada jejaka Cina bernama Eric See-To yang menggunakan alter-ego Lim Sian See untuk membela setiap satu kebobrokan dan kesalahan UMNO? Baik lantik dia jadi Senator dan lawan Tony Pua dan Rafizi secara jantan.

Adakah JASA jelaskan kepada UMNO bahawa Jho Low yang perangkap Najib dan Rosmah dengan "financial engineering" yang gila sebat duit orang Melayu dalam KWAP, PNB, Tabung Haji untuk langgani kertas hutang projek 1MDB ?

ADAKAH ORANG UMNO SEDAR PEMIMPIN KAMU MENIPU KAMU DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA DAN MENGGADAI ASET NEGARA?

Kamu sedar tak wahai orang UMNO anak cucu kamu nanti akan hidup melarat kerana semua penipuan ini yang telah menyentap barakah yang ada di Tanah Melayu?

Sebelum kamu nak salahkan Yahudi, salahkan DAP kamu tengok betul-betul muka kamu dalam cermin apa yang kamu benar-benar dah lakukan untuk orang Melayu khusus kepada generasi kami yang sedang dihimpit kerakusan kamu dan faham "rent-seeking capitalism" politik wang UMNO yang menjahanamkan orang Melayu selama hampir separuh abad.

Usah berdalih! Lihat diri sendiri!

Wan Ahmad Fayhsal

s


'DNA lembu yang masuk ke dalam tubuh bayi' Tersasar dari Fakta - Syahira Hozami

oleh:
Syahira Hozami

Ke hadapan Ustazah Fatimah Syarha yang saya kasihi, assalamualaikum dan salam sejahtera mudah-mudahan rahmat dan kasihNya melimpahi kehidupan kita, dan mudah-mudahan redha Allah jua mengiringi setiap perbuatan kita dan mudah-mudahan, salah dan khilaf kita diberi keampunan oleh Tuhan

Baru ini saya melihat tersebarnya kenyataan ustazah dalam Fiqh Wanita TV3, mengenai isu DNA lembu yang masuk ke dalam badan kalau minum susu lembu.

Saya menghormati ustazah sebagai seorang yang proaktif dalam memberi pandangan, berhati-hati dalam memberi pendapat, dan tersusun bahasa apabila menyampaikan. Kupasan ustazah dalam bidang fiqh wanita banyak membuka minda wanita yang mengikuti kupasan ustazah baik dalam ceramah, di youtube, dalam buku atau novel dan sebagainya. Ustazah ke hadapan membawa idea yang baik untuk diketengahkan. Saya juga pernah menghadiri mukhayyam yang mana ustazah merupakan penceramahnya, di hadapan pada satu subuh yang hening, berkisah mengenai wanita dan perjuangan dalam Islam.

Atas dasar hormat itu saya ingin mengetengahkan seperkara yang saya lihat ustazah sampaikan telah tersasar dari fakta, meskipun niat ustazah baik dan mahukan yang terbaik bagi orang lain.

Iaitu, ustazah memberitahu mengenai DNA lembu yang masuk ke dalam tubuh bayi. Bagi saya, kenyataan ustazah ini mendatangkan sedikit kekeliruan, dengan ustazah meletakkan kenyataan ini dalam kondisi negatif kepada semua pihak.

Saya ingin memberitahu ustazah, susu lembu yang masuk ke dalam tubuh bayi (dalam hal ini saya merujuk susu lembu itu masuk melalu mulut dan oesophagus, kemudian masuk dalam perut ia dicerna, kemudian ke bahagian usus untuk diserap), ia diserap sebagai nutrient, dan tidak memberikan tindak balas kepada DNA manusia kecuali, susu itu mengandungi bahan radioaktif atau bahan-bahan yang merangsang mutasi kepada DNA seperti bahan yang mengandungi proflavin ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Proflavine ), bahan yang mengandungi 5-bromouracil ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/5-Bromouracil ), mustard gas ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Mustard_gas ), hydroxylamine ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/hydroxylamine ) dan lain-lain yang mana ia tidak dicampurkan dalam mana-mana susu yang diproses.

Bahan-bahan yang diproses meskipun kebiasaannya dilalukan dengan ionizing radiation, tetapi ia tidak mendatangkan kesan kepada manusia dan hanya cukup untuk bunuh bakteria sahaja - ia dipanggil food irradiation. Namun, proses bunuh bakteriapada bahan tenusu kebiasaannya menggunakan proses pasteurization (rujuk : http://www.milkfacts.info/…/Heat%20Treatments%20and%20Paste… )

Dengan fakta yang saya sebutkan di atas, mengatakan DNA manusia berubah atau terkesan dengan meminum susu lembu adalah satu kenyataan yang tidak berasaskan kepada rujukan yang berautoriti dalam bidang sains. Perbicaraan mengenai mutasi dalam tubuh badan manusia merangkumi tulisan yang lebih panjang, cukuplah saya menyatakan bahawa kenyataan ustazah sebelum ini tidak tepat dan perlu kepada rujukan semula.

Saya memahami tujuan ustazah mahu menonjolkan sisi baik mengenai susu ibu dan bagaimana, susu ibu itu lebih baik daripada susu yang lain. Tetapi saya juga berharap agar ustazah juga tahu dan mengambil kira, ada ibu-ibu di luar sana yang tidak mampu menyusukan anaknya atas faktor-faktor biologi, mengambil supplement atau ubat perangsang pengeluaran susu ada pro dan cons -nya yang tersendiri, dan selain itu ubat tersebut mahal bagi ibu-ibu yang tidak mampu untuk membelinya.

Saya berharap ustazah dalam mengetengahkan kelebihan susu ibu, supaya lebih berhati-hati dalam membawakan fakta. Susu ibu lebih baik bukan kerana faktor DNA, tetapi kerana susu ibu mampu memberi antibodi yang lebih baik kepada tubuh badan bayi berbanding susu lain. Susu manusia, mempunyai kandungan antibodi yang banyak dan cukup untuk melawan bakteria dalam tubuh anak-anak. bayi yang masih kecil tidak mampu untuk menghasilkan sistem imunisasi yang kukuh, manakala susu ibu mampu memberikan antibodi (IgA terutamanya) yang sudah siap sedia untuk melawan bakteria. Dari sisi lain, susu lembu yang dibancuh ada risiko memberi alergi kuat kepada bayi yang masih belum ada antibodi lawan alergi (IgE). Secara kesimpulannya, untuk mengatakan susu lembu atau susu lainnya tidak bagus untuk bayi secara total, adalah tidak tepat sama sekali.

Saya ingin membawakan rujukan yang saya kira mempunyai autoriti mengenai hal 'breast feeding' dalam laman :-

How Breast Milk Protects Newborns :
http://kellymom.com/…/bf-…/how_breastmilk_protects_newborns/

Immune factors in human milk :
http://kellymom.com/nutrition/milk/immunefactors/

Breast feeding: overview and breast milk immunology (abstract, article journal)
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/7825463

Transfer of antibody via mother's milk (abstract, article journal)
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12850343

Saya berharap orang lain yang membaca post ini membuka link-link yang saya sertakan, atau setidak-tidaknya 'bookmark' page tersebut untuk rujukan mendatang.

Saya tidak mengatakan, bahawa pendapat saya lebih betul dari sesiapa, baik kepada ustazah sendiri. Saya cuma sampaikan apa yang saya tahu, dan semoga kita sama-sama dapat membaiki silap kita dan saling menegur dengan baik, dan semoga kita dijauhkan dari menjadi keyboard warrior.

Dari saya, yang banyak kelemahan,
Syahira Hozami
Pengajian Islam Dan Sains (Genetik & Biologi Molekul)
UM

p/s : rujuk post susulan saya di - https://www.facebook.com/syeraho/posts/936711649723219


s

.... dan kepada mereka dibahunya terpikul beban yang maha dasyat, AMANAH - Eila Bahri



Kepada mereka yang Allah pinjamkan kuasa dunia keatasnya,
dan kepada mereka dibahunya terpikul beban yang maha dasyat, AMANAH..



Ayah saya, Bahri Muhamad Zin, dah almost 33tahun berkhidmat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berpuluh tahun dia bekerja jalankan amanah rakyat siasat dan tangkap malaun-malaun yg suka sangat bedal duit haram (hak rakyat). Beratus juta juga dia dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang ketangan2 taik.. Selama dia bekerja sbgai Pegawai SPRM, kami sebagai ahli keluarga constantly kena ugut, kena santau, kena kacau, kena pulau, kena herdik dan sebagainya. Dia apatahlagi. Tapi dia sentiasa cakap, biar dibuang oleh dunia kerana mempertahankan kebenaran dari dijulang kerana kebatilan. Hidup ni, bukan nak tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah redha.


Ayah saya mmg tegas especially bab2 agama dan hak orang ni. Sebelum kami ke sekolah kenal ABC dari guru2 kami, dia dan chek(ibu) adalah guru2 pertama kami. Ayah sendiri yg ajar anak2 dia mengaji, ceritakan kisah serikandi-serikandi, sahabat-sahabat, sirah etc. In fact, masa kami mula2 nak belajar bercakap, kami tidak pernah dikenalkan kpd cinderella, tp kami tahu betapa iblis sangat takut pada Umar Al-Khattab. Bukan nak bangga tapi kami tahu sape Bahri Muahamad Zin ni dari kami lahir lg.. Jadi kami tahu bila dia cakap dia akan buat betul dia akan buat.

Saya bukan nak cerita pasal family saya, tapi saya nak cakap sepanjang sy hidup sebagai anak Bahri ni, saya tahu dia cukup pakar dalam 3benda ja, 1) mengajar menyampai tentang agama, 2) siasat, kantoikan dan tangkap orang jahat, 3) tanam bermacam jenis pokok. Jadi bila dia dipindahkan ke JPM, saya mula terfikir, apebenda yang korang nak dia buat sebenarnya? 1) ajar orang kat JPM tentang AGAMA? 2) tanam pelbagai jenis pokok kat JPM dengan harapan hasil blh bayar bil rumah pembesar or 3) lagi banyak korang nak dia kantoikan korang?

whatever it is, saya bukanla pandai bab2 susun atur dalam pentadbiran ni.. cuma nak cakap, selagi xlepas soal kubur, selagi tu roh xleh naik ke langit.. So, good luck with that bebehh..
Kepada ayah, xpelah yah… ok what, baca paper kat JPM.. ayah dah lama pun bekerja.. last2 orang ckp ayah keldai TUUTTT juga.. (ayah pun jawab, Allah ada).. ngeh3

Eila Bahri
(Anak Datuk Bahri SPRM)

m

Malaysia Menuju Negara Diktator. Selamatkan Malaysia - Fariz Musa



MALAYSIA MENUJU NEGARA DIKTATOR. SELAMATKAN MALAYSIA

Jingga13 Malaysia menyelar tindakan Kerajaan UMNOBN membuat tindakan drastik menukarkan secara serta merta dua orang Pegawai Kanan SPRM iaitu Datuk Bahri Mohanad Zin, Pengarah Operasi SPRM dan Datuk Rohaizad Yaakob, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tindakan tersebut membuktikan Perdana Menteri DS Najib Razak dan Kerajaan UMNOBN sedang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara diktaktor demi menyelamatkan dirinya dalam isu Skandal 1MBD yang sudah tidak mampu dibendung lagi.

Tidak cukup mengarahkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Pesuruhjayà SPRM bercuti, DS Najib Razak menggunakan PDRM mereman, menyiasat dan mengeledah para penyiasat SPRM dengan cara yang hina, kini bertindak menukarkan dua orang pegawai kanan SPRM tersebut ke JPM membuktikan DS Najib Razak semakin terdesak dan tertekan.

Jingga13 Malaysia percaya segala tindakan yang dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan beliau ekoran kebocoran dokumen draf pendakwaan dalam isu melibatkan RM 2.6 billion wang 1MDB yang masuk ke akaun peribadi beliau. Walaupun dengan alasan ianya adalah sumbangan penderma tetapi berdasarkan kepada tindakan-tindakan yang diambil, alasan tersebut merupakan pembohongan semata-mata bagi tujuan menutup isu tersebut.

Rakyat Malaysia wajar membuka mata dan menolak segala kediktatoran yang dilakukan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak dan memberikan sokongan kepada SPRM. Negara perlu diselamatkan dari seorang Perdana Menteri yang tiada maruah dan merupakan seorang perasuah.

Selamatkan Malaysia!

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia

8 Ogos 2015

10 sebab rakyat nak tanya menteri isu SPRM. - Zulqarnain Lukman



10 sebab rakyat nak tanya menteri isu SPRM.

1. SPRM badan yang diberikan kuasa untuk siasatan berkaitan rasuah. selain itu, diorang juga ada kuasa nak siasat beberapa kesalahan lain yg bukan rasuah spt kesalahan jika seorang penjawat awam terima hadiah tanpa sebarang balasan. Rakyat tanya, kenapa dah jadi caca marba siasatan RM2.6 billion. Adakah sebab SPRM dah terlebih efisien atau ada sesapa rasa terganggu?

2. Rakyat tanya apa progress siasatan RM2.6 billion? Yang rakyat nampak progressnya adalah 2 pegawai SPRM kena tukar serta-merta. Tapi ini bukan progress. Ini mundur ke belakang namanya.

3. Rakyat tanya adakah Pengarah Operasi Khas SPRM, Dato’ Bahri M. Zin kena tukar serta merta sb dia lantang kata nak cari dalang yg buat kerja tangkap pegawai sprm tengah malam buta. Adakah dia kena tukar tu sebab dia lantang atau sebab nak cari dalang?

4. Rakyat tanya kenapa Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Dato’ Rohaizad Yaakob tu kena tukar lps sehari dia terima kunjungan pemimpin pembangkang. Adakah dia kena tukar sebab dia jamu teh guna duit SPRM? Atau, sebab dia amik gambar dengan pimpinan pembangkang.

5. Rakyat tanya, kenapa Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato Seri Shukri Abdull minta balik 2 pegawai yang kena tukar kembali ke SPRM. Ini macam bos SPRM pun tak puas hati 2 pegawai dia tu kena tukar. Pasal apa bos SPRM boleh tak puas hati dengan kerajaan.

6. Rakyat tanya kenapa nak tukar pegawai yang buat kerja bersungguh-sungguh. Lepas tu rakyat tanya juga sapa pegawai yang ganti diorang. Adakah pegawai baharu ini jenis bersungguh juga nak buat kerja atau jenis datang ofis main game.

7. Rakyat tanya kenapa Menteri Belia, Khairy Jamaluddin pun tak boleh terima 2 pegawai itu kena tukar. Awak tu menteri, pasal apa awak tak tanya KSU dan PM. Patutnya awak pegi tanya KSU dan PM dan beritahu rakyat. Bukan awak tanya rakyat dan rakyat pulak jadi bingung.

8. Rakyat tanya, KSU ini tak reti ke nak berunding dengan bos SPRM sebelum tukar pegawai. Awat jadi lagu tu? Awak tak tahu ke SPRM tu tengah siasat RM2.6 billion. Kalau awak tukar pegawai gitu2 aja, mestilah terganggu siasatan.

9. Rakyat tanya, mana pegi PM ini. Senyap aja masa orang dok kecoh hal pegawai SPRM kena tukar.

10. Rakyat tanya, PM dah bagi statement ke belum kat pegawai SPRM pasal RM2.6 billion ini. Atau ada sesapa jadi macai PM utk tukar pegawai yang nak pegi amik statement PM.

Waktu zaman Nabi Musa as dahulu, Firaun marah kepada ahli sihir dia. Firaun marah bukan sebab ahli sihir dia kalah berlawan Nabi Musa as tetapi Firaun jadi berang bila ahli sihir dah lah kalah lepas itu ikut pulak ajaran Nabi Musa as. Firaun marah sebab institusi ahli sihir yang dia banggakan itu dah runtuh dan tikam dia balik. Firaun naik angin sebab ahli sihir dia tak minta izin dia dulu sebelum beriman dengan Tuhan Nabi Musa as.

Saya ingat SPRM ini kebanggaan bekas PM, Tun Abdullah Badawi sebab dia cuba buat institusi ini seboleh mungkin menjadi badan bebas dan independen. Tapi bila sekarang ini SPRM nak cekup seorang PM, maka institusi ini dah jadi caca marba. Bila SPRM cuba siasat RM2.6 billion ini tanpa izin PM, nak amik statement PM, siasat sumber dana dan buat statement tanpa rujuk kat macai dia dahulu maka diberi tekanan kepada SPRM. Mungkinkah ini petanda kejatuhan seorang PM sama macam Firaun jatuh zaman Nabi Musa as dahulu???

Zulqarnain Lukman
s

Recent Posts Widget

.

.