Showing posts with label Z#KgMutiara. Show all posts
Showing posts with label Z#KgMutiara. Show all posts

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertekad membela penduduk Kampung Mutiara



Kenyataan Akhbar
George Town, 25 Ogos 2015

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertekad membela penduduk Kampung Mutiara


Semalam, penduduk Kampung Mutiara berjaya menangguhkan tindakan pengusiran tanpa sebarang pampasan yang dikenakan ke atas mereka ekoran perintah mahkamah yang dikeluarkan pada bulan Julai 2015 bagi mendapatkan milikan kosong (vacant possession) untuk tuan tanah Lot 39 dan 40, Seksyen 1, Daerah Timur Laut, Bandar Batu Ferringhi, Pulau Pinang yang berukuran lebih kurang 3.5 ekar.

Perintah mahkamah ini telah dikeluarkan berikutan kes mahkamah yang sudah berlarutan sejak tahun 2007 lagi. Walaupun kes ini merupakan kes antara tuan tanah dan penduduk yang tidak membabitkan tanah kerajaan negeri, namun Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil prihatin akan kes ini dan bertekad untuk membantu penduduk yang teraniaya.

Kerajaan Negeri bertekad membela penduduk

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri mengambil maklum akan kemelut yang dihadapi penduduk Kampung Mutiara dan telah mengarahkan agar saya membantu dalam usaha mencari penyelesaian. Tambahan lagi, beliau juga menekankan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan meluluskan sebarang pembangunan di tanah tersebut selagi penduduk tidak diberi pampasan adil.

Walaupun tindakan yang diambil oleh tuan tanah untuk mengusir penduduk tanpa pampasan ini tidak bercanggah dengan kanun tanah negara, namun ia bertentangan dengan garis panduan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mensyarakatkan bahawa penduduk harus diberi pampasan sebelum pelan pembangunan diluluskan. Ini merupakan kelumrahan di Pulau Pinang sejak tahun 2008, dan contoh terdekat adalah kampung bersebelahan Kampung Mutiara, iaitu Kampung Chetty, yang diberi pampasan satu unit rumah kos sederhana rendah sebagai ganti rugi bagi setiap rumah yang dikosongkan. Pampasan ini adalah hasil rundingan antara penduduk dan pihak pemaju dengan Kerajaan Negeri sebagai pemudahcara.

Justeru, pada 10 Ogos yang lalu, saya bersama Adun Tanjong Bunga Teh Yee Cheu telah membuat sidang akhbar bersama penduduk kampung, di mana kami telah membantah keras pengusiran tanpa pampasan ini. Pada masa yang sama, kami juga mengumumkan akan menolak sebarang pelan perancangan di atas tanah tersebut sekiranya penduduk tidak diberi pampasan yang adil.

Pada masa yang sama, saya juga telah berhubung dengan Jagdeep Singh Deo selaku Exco Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dan beliau dengan segera telah menyediakan rumah PPR sebagai penginapan sementara, dalam senario berlakunya perobohan rumah. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dato’ Rashid Hasnor juga menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi keutamaan kepada penduduk Kampung Mutiara untuk membeli rumah kos rendah atau kos sederhana rendah, sekiranya mereka diusir.

Bantahan kami telah berjaya apabila kurang seminggu selepas sidang akhbar saya dan Teh Yee Cheu, tuan tanah sendiri telah menghubungi saya melalui telefon, di mana beliau menyatakan keterbukaan untuk berjumpa bagi membincangkan masalah kampung tersebut. Selepas itu, tuan tanah juga menghubungi Dato’ Rashid Hasnor dan mengulangi ketersediaannya untuk berjumpa dalam masa terdekat.

Kerajaan Negeri difitnah Pas, walaupun usaha diiktiraf Umno

Walaupun pendirian dan usaha Kerajaan Negeri jelas dalam perkara ini, namun masih terdapat pihak-pihak tertentu, khususnya sesetengah pemimpin Pas negeri Pulau Pinang, yang masih menabur fitnah bahawa kononnya Kerajaan Negeri tidak membantu penduduk. Saya menyelar tuduhan-tuduhan tidak berasas ini, dan menyeru agar tenaga dikerah bagi membantu penduduk dan bukannya untuk menyebarkan tohmahan.

Malah, sumbangan Kerajaan Negeri dalam kes Kampung Mutiara telah diiktiraf oleh Umno sendiri, apabila Dato’ Ahmad Ismail, pemimpin Umno Bukit Bendera, dalam ucapannya semalam kepada penduduk Kampung Mutiara telah menyampaikan penghargaannya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, khususnya Dato’ Rashid Hasnor serta saya sendiri selaku Ahli Parlimen kawasan Bukit Bendera atas usaha kami untuk membantu penduduk kampung.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Dato’ Ahmad Ismail, isu Kampung Mutiara bukannya isu politik dan tidak seharusnya diputar belitkan oleh sesiapa pun. Jelas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang gigih berusaha bersama dengan pihak-pihak lain untuk mencari penyelesaian bagi kemelut yang dihadapi penduduk kampung.

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang

Isu Tanah Dan Perkampungan Melayu di Pulau Pinang - Tuan Iszuree Ibrahim



Isu Tanah Dan Perkampungan Melayu di Pulau Pinang

Oleh Tuan Iszuree Ibrahim | Setiausaha BPPN Pulau Pinang dan AJK Lajnah Tanah PAS Pusat | 25 Ogos 2015





Pada 19 September 2014, selaku perwakilan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, Iszuree mempersoalkan mana-mana pembangunan yang melibatkan perkampungan warisan sama ada melayu atau pun bukan melayu, nasib mereka perlulah dibela oleh sebuah Kerajaan Baru yang menang dalam PRU ke 11 pada 2008 yang dipilih rakyat dan tidak sepatutnya bersikap yang sama diambil dengan pentadbiran BN yang mengambil sikap mengabaikan masalah rakyat dan penduduk dengan beralasan memberi laluan kepada projek-projek pembangunan.


Polisi kelulusan pembangunan yang disyaratkan oleh MBPP dan Kerajaan Negeri kini masih mengunakan kaedah lama iaitu pemaju perlu menyelesaikan masalah penduduk "setinggan" di atas tanah pembangunan sebelum kelulusan diberi oleh MBPP . Syarat ini perlu digubal semula dan diubah dengan mensyaratkan Pemaju perlu menyerap penduduk (yang telah bermastautin lebih dari 30 tahun dengan pelbagai aktiviti sosio ekonomi) di kawasan berkenaan dengan menyediakan unit rumah ganti rumah yang bersesuaian di kawasan berkenaan atau dalam perlingkungan kawasan pembangunan tersebut.

Ini akan menggelakkan masyarakat yang telah diwarnai dengan budaya setempat dari dihakis atau dihalau dari kawasan berkenaan. Contoh yang terbaik adalah di George Town di mana kesan pembangunan yang tidak mengambil kira faktor sosio ekonomi dan kebudayaan setempat menyebabkan orang melayu tertindas dan termasuk hilangnya jemaah di Masjid Melayu Jalan Acheh yang tidak mampu menjalankan solat jumaat berjemaah yang terpaksa bergilir dengan Masjid Kapitan Keling.

Kerajaan Negeri tidak langsung berusaha untuk menunaikan manifesto yang dijanjikan pada PRU13 di bawah tajuk WARISAN di mana di dalam manifesto berkenaan Kerajaan Negeri berjanji untuk mewujudkan perlingkungan sempadan perkampungan warisan melayu mahupun bukan melayu contohnya Kampung Batu Uban, Tanjung Tokong, Kampung Mutiara , Kampung Siam, Kampung Ceti dan tiada usaha langsung dibuat setelah janji itu disepakati oleh tiga Parti.

Sebaliknya, Kampung Ceti yang majoriti hampir 90% masyarakat bukan melayu di Batu Feringgi dibela dalam membantu mereka untuk menyelesaikan kemelut perumahan bila dilanda pembangunan. Begitu juga Kampung Siam di Pulau Tikus yang terdiri dari masyarakat Siam menghadapi tindakan makamah untuk diusir dari kawasan yang mereka duduki sejak kurun ke 18 lagi telah dibantu oleh Kerajaan Negeri.

Kenapa tidak pula dibantu oleh Kerajaan Negeri ke atas penduduk Kampung Mutiara dan Kampung yang dihuni oleh masyarakat melayu Islam. Ini menunjukkan amalan yang tidak mencontohi slogan dibawa oleh Kerajaan Negeri Sendiri iaitu CAT(Cekap-Akauntabiliti-Telus).

Jika mereka ikhlas, Kerajaan Negeri yang juga dipimpin oleh TKM 1, YB Dato Rasyid Hasnon perlu tampil menangani isu orang melayu seperti mana beliau pernah berjanji suatu ketika dulu bila mana dilantik sebagai TKM 1 bahawa masalah orang melayu adalah masalah beliau juga dan beliau mendakwa bahawa beliau umpama Ketua Menteri kepada orang melayu dalam suatu ceramah di Pulau Pinang.

Tanah Kg Mutiara, Tergadai Zaman UMNO Pulau Pinang - Dr Zaidi Zakaria GHB



TANAH KG MUTIARA, TERGADAI ZAMAN UMNO P.PINANG

Kes ini adalah antara Penduduk Kampung Mutiara dengan Tuan Tanah.

Ringkasan Fakta.


1. Tanah Kg Mutiara asalnya milik Lorraine Osman.

2. Atas sebab tertentu, Bank melelong tanah tersebut dan dibeli oleh Tuan Tanah sekarang pada 2007.

3. Tuan Tanah selaku Plaintif, telah memfailkan di Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanah miliknya.

4. Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi, seterusnya di Mahkamah Rayuan, memihak kpd Tuan Tanah.

5. Kes ini pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno. 'Kebetulan' majoriti penduduk Kg Mutiara adalah ahli dan/atau penyokong Umno.

6. Tanah Park Royal Hotel.
Sebahagian penduduk Kg Mutiara sebelum ini menduduki tanah Hotel Park Royal. Bila Hotel Park Royal dibina, mereka berpindah ke Kg Mutiara.

7. Sehingga hari ini, TIDAK PERNAH ADA perundingan/perbincangan antara Penduduk dgn Tuan Tanah.

8. Atau antara Penduduk dengan Kerajaan Negeri.

9. Yang ada, adalah naik turun mahkamah yg akhirnya tetap berpihak kpd Tuan Tanah.

10. Oleh kerana kes ini kes yg melibatkan penduduk dan tuan tanah, dan pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno, Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam kes ini.

11. Peranan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan berpegang kpd polisi pentadbirannya; iaitu :-

TIDAK AKAN MELULUSKAN apa jua projek memajukan tanah tersebut SEHINGGA penduduk diberi pampasan yang sewajarnya.

12. Hingga hari ini, Tuan Tanah tidak hantar sebarang permohonan kepada kepada kerajaan negeri untuk memajukan tanahnya.

13. Sebaliknya, mengguna kuasa Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanahnya.

14. Atas kuasa tersebutlah, kampung tersebut sepatutnya dirobohkan pada hari ini, 24.8.15.

15. Atas pandangan keselamatan pihak polis, mereka menangguhkan perobohan ini selama 2 minggu.

16. Ambil maklum, bahawa TIADA PERNAH PERUNDINGAN RASMI antara Penduduk vs Tuan Tanah , dan Penduduk vs Kerajaan Pulau Pinang.

17. YB Zairil (MP DAP Bukit Bendera), TKM1, dan YB Mujahid akan cuba membawa Tuan Tanah ke meja rundingan BUAT PERTAMA KALI.

Ini akan dilakukan dalam masa 2 minggu ini.

Semoga dipermudahkan Nya dan berjaya.

Dr Zaidi Zakaria
Wakil
JK Khas (GHB) Kg Mutiara

Gambaran Isu Kampung Mutiara - Zainulfaqar




GAMBARAN ISU KG. MUTIARA

Sebelum saya perjelaskan isu kononnya orang Melayu Kg. Mutiara diusir oleh Kerajaan Negeri, elok dapat gambar sebenar dulu isu tersebut.

الحكم على الشيء فرع عن تصوره

Isu Kampung Mutiara dekat Batu Feringghi, Pulau Pinang pun sebenarnya membabitkan tiga pihak.

Pertama, tuan tanah persendirian. Kedua, pemaju. Dan ketiga, penduduk asal di situ.

Tuan tanah persendirian itu menang kes di peringkat Mahkamah Rayuan Putrajaya, sekaligus mengakibatkan pengusiran penduduk asal dari kampung tersebut.

Secara pentadbiran, telahpun menyediakan khidmat guaman untuk penduduk-penduduk asal berwajib demi menghadapi tuntutan tuan tanah persendirian tersebut hingga ke peringkat akhir mahkamah.

Dari segi undang-undang, Tuan Tanah Persendirian memang mempunyai hak ke atas tanah tersebut, tetapi, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) secara pentadbiran biasanya tidak akan meluluskan permohonan pelan perancangan pembangunan di atas tanah tersebut sehinggalah tuntutan penduduk asal di situ turut diambil kira.

Selain itu, pemaju serta tuan tanah perlu mendapatkan kelulusan memulakan kerja-kerja daripada MBPP sungguhpun telah ada perintah mahkamah, supaya tidak berdepan risiko undang-undang macam kes perobohan Pasar Perai yang akan didengar pada 18 September depan.

Rundingan mesti dilakukan antara ketiga-tiga pihak terbabit, dan Kerajaan Negeri memang mahu situasi 'menang-menang' berlaku.

Contoh terbaru, 54 setinggan/penduduk asal di Sandiland Offshore dekat Komtar dapat 'rumah ganti rumah' apabila pemaju Tanjung Villa setuju dengan syor negeri.

Justeru, mengapa pula pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng digambarkan cuba mengusir komuniti Melayu daripada kampung setinggan berkenaan, jika kaedah pentadbiran seperti di atas dilakukan.

Dan, mengapa kita yang GHB pun digambarkan sanggup berdiam diri sebab nak bekerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Negeri?

Kalau parti Islam berkenaan telah putuskan tahaluf siyasi dengan DAP, jangan panjangkan kebencian sesama rakyat Pulau Pinang yang mahu keharmonian kaum dan agama.

Firman Allah S.W.T :

وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ

"... dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa..." (Surah Al-Maidah: 8)

Sekian.

s

Siapa Kata Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Membantu Penduduk Kpg Mutiara? - Lajnah Tanah PAS



SIAPA KATA KERAJAAN NEGERI TIADA KUASA MEMBANTU PENDUDUK KPG MUTIARA ?

ADAKAH DAP SAMA SAJA SEPERTI KERAJAAN BN YANG LALU?

JOM BUAT PERBANDINGAN SEBELUM DAN SELEPAS PRU 13. SIKAP KERAJAAN DAP KETARA BERBEZA SETELAH MENDAPAT MANDAT KUASA KEMBALI PADA PRU 13.

A) PERBANDINGAN SELEPAS PILIHANRAYA 2013

1) Kampung Mutiara Bakal dirobohkan pada 24 Ogos 2015 iaitu sekali lagi 7 Hari sebelum MERDEKA.

Kerajaan Negeri membisu tiada usaha mempertahankan Lebih kurang 500 keluarga @ 1000-1500 Ahli keluarga akan kehilangan tempat tinggal yang Majority Melayu Islam.

2) Sebagai Mantan Pengerusi Lajnah Tanah Negeri sesi 2011-13 Dan 2013-15 usaha Lajnah Tanah Pas Negeri Dan Pusat bersama Mazlan Aliman ketika itu telah turun mendesak Kerajaan Negeri supaya masuk campur Dan Menyelesaikan kemelut Kampung Mutiara.
Memorandum demi memorandum telah diberi kepada Ketua Menteri Dan Timb.Ketua Menteri.
Namun usaha mereka seperti Acuh tidak Acuh.

TIDAK SEPERTI SEBELUM PRU 13 LALU

B)PERBANDINGAN SEBELUM PILIHANRAYA 2013.

3)Pada 2010 ketika sebuah Kampung dihuni 16 keluarga melayu Dan cina di Pekan Teluk Kumbar Bayan Lepas P.Pinang telah mendapat arahan dari makamah oleh tuan Tanah untuk merobohkan perkampungan itu untuk mendirikan Hotel.

Ketika itu Kerajaan Negeri telah MENGARAHKAN PENGUATKUASA MPPP DAN JABATAN BANGUNAN MPPP turun mempertahankan dari diroboh oleh jentolak pemaju .Usaha PEROBOHAN GAGAL .

AKHIRNYA KERAJAAN NEGERI MENGAMBIL INISIATIF MEMANGGIL 16 KELUARGA BERKENAAN DAN BERBINCANG BERSAMA TUAN TANAH SERTA BERSETUJU MEMBERI RUMAH KOS RENDAH KEPADA 16 KELUARGA INI

4) KAMPUNG BATU UBAN 17 OGOS 2012 diberi tempoh 14 Hari untuk PEROBOHAN.

Sebanyak 48 keluarga melayu terlibat dalam PEROBOHAN RUMAH . Pada 17 Ogos mereka menerima bailif dari Makamah Tinggi dan diberi tempoh 14 hari utk pindah yang jatuh pada 31 Ogos HARI MERDEKA.

Manakala pada 17Ogos pula bersamaan 27 Ramadan iaitu 3 Hari sebelum Raya Aidilfitri .

Saya menghantar sms kpd Ketua Menteri supaya memberi bantuan. Ketua Menteri membalas sms saya ,beliau berada di Korea Dan mengatakan Raya ke 3 beliau akan turun bersama Timb.Ketua Menteri.

Pada 3 Syawal Ketua Menteri bersama beberapa Exco Dan YB Batu Uban turun melawat Dan memberi Arahan kpd pemaju Era Kemas SDN BHD utk menarik balik arahan makamah jika tidak mahu di senarai hitamkan oleh Kerajaan Negeri.

Akhirnya Perundingan Kerajaan Negeri dengan 48 Penduduk yg terlibat menghasilkan perjanjian antara pemaju dan penduduk menghasilkan penduduk akan diberi RUMAH GANTI RUMAH di KAMPUNG BATU UBAN.

5) KERAJAAN NEGERI MEMPUNYAI PELBAGAI KUASA UNTUK MEMBANTU RAKYAT . Samada Nak Bantu Rakyat atau memusuhi Rakyat dengan Kuasa EROGAN yang dimandatkan oleh Rakyat ,mari kita lihat sejaumana benar DAP = BN ?

5) Sebagai Ahli Majlis Dan Pengerusi Lajnah Tanah Pas P.Pinang pada Sesi 2013-15 ketika itu saya telah mengambil initiatif membawa Pesurjaya Pas Negeri Tuan Haji Mat Sabu supaya perihatin dengan isu Kpg Mutiara. Beliau turun melawat Dan berjanji untuk Bantu.
SAMPAI SEKARANG HABUK PUN TIADA. USAHA LANGSUNG PUN TIADA.
HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA.

KINI GHB DAH KONONNYA HEBAT DITERAJUI MAT SABU...

MANA MAT SABU KALAU HEBAT TURUN DAN SELESAIKAN KEMELUT KAMPUNG MUTIARA.

KALAU BELIAU GAGAL BERMAKNA BELIAU TIADA GUNA LANGSUNG MEMPERJUANGKAN AMANAH KEPADA PERJUANGAN RAKYAT.

6)Kerajaan Negeri P.Pinang TERBUKTI tidak Acuh dengan KAMPUNG orang Melayu Islam jika berhadapan dengan tindakan dirobohkan setelah menang PRU ke 13.Ini terbukti KAMPUNG CETTI yang juga berada di Batu Feringgi majority bukan Islam juga menerima nasib yang sama tetapi telah mendapat bantuan Kerajaan Negeri untuk mendapat pembelaan.

Begitu juga KAMPUNG SIAM di Pulau Tikus juga majority Adalah bukan Islam telah dibantu Kerajaan Negeri untuk mendapat pembelaan

APAKAH ITU DINAMAKAN DENDAM PILIHANRAYA LALU KEPADA PENGUNDI MELAYU ISLAM YANG TIDAK MENYOKONG MEREKA???

DAP = BN ?

7) JOM Turun beramai- ramai dan berhimpun di depan jalan besar Kg Mutiara Bt Ferringi untuk mengadakan HIMPUNAN BANTAHAN MEROBOH RUMAH-RUMAH DIKG MUTIARA TANPA PAMPASAN pada :
Tarikh : 24.8.2015
Hari : Isnin
Jam : 8 pagi
Tempat : Depan Jalan Besar , Kg Mutiara , Bt. Ferringi .

Sekian
Iszuree Ibrahim
Pengerusi Peneroka Bandar
Lajnah Tanah Pas Pusat.


+10


Recent Posts Widget

.

.