Pengubahsuaian Bajet 2016 : Rakyat Penyelamat Ekonomi dan Kewangan Negara dengan GST - Mahfuz Omar

4:40 PM 1 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016 : RAKYAT PENYELAMAT EKONOMI DAN KEWANGAN NEGARA DENGAN GST.

1. Pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan PM tidak banyak dilihat mengurangkan beban kerajaan ekoran daripada kejatuhan harga minyak dunia serta kejatuhan nilai ringgit Malaysia. Sebaliknya, beban kerajaan terus ditanggung oleh rakyat dengan GST.

2. Walaupun sebelum pengumuman pengubahsuaian bajet saya pernah menyarankan agar kerajaan mengurangkan caruman pekerja dalam KWSP 2%, mengurangkan cukai pendapatan individu serta mengurangkan kadar GST daripada 6% kepada 3 atau 4% bagi tujuan lebihan wang dalam poket rakyat dengan pendapatan boleh guna rakyat yang lebih besar untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Begitu juga, saya mencadangkan agar kerajaan mengecilkan kabinet dapur BN, namun kerajaan tidak melakukan sesuatu yang memberikan kelegaan kepada rakyat.

KABINET DAPUR YANG MENYEMAK.

3. Jumlah anggota kabinet langsung tidak disentuh untuk dikurangkan seperti yang dicadangkan kepada 15-19 orang sahaja daripada jumlah sekarang sebanyak 35 orang. Pada hal sektor swasta terpaksa mengurangkan kakitangannya daripada pelbagai peringkat untuk mengurangkan beban kos operasi. Sepatutnya kerajaan juga mengurang separuh anggota kabinetnya untuk mengurang kos gaji Menteri dan lantikan politik. Begitu juga kerajaan tidak memansuhkan perlantikan jawatan Duta Khas dan Penasihat PM yang bertaraf Menteri yang telah menghabiskan sejumlah wang negara.

TAK CUKUP KURANGKAN 3% CARUMAN INDIVIDU KWSP, KURANGKAN JUGA GST 3%.

4. Pengurangan caruman KWSP sebanyak 3% dengan anggaran RM8 bilion untuk pekerja berbelanja, masih tidak mencukupi kerana bukan semua rakyat Malaysia mencarum dalam KWSP. Hanya 6.72 juta pencarum KWSP yang masih aktif sahaja terlibat. Bagaimana golongan yang tidak mencarum dalam KWSP dan bagaimana golongan yang selama ini pendapatan mereka tidak layak dicukaikan kerana cukup makan atau pun tak cukup makan? Bukan semua rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi tergolong dalam 200 ribu keluarga miskin tegar yang akan mendapat bantuan beras 20 kg sebulan.

5. Pengubahsuaian bajet 2016 tidak memberi makna jika rakyat tidak memperolehi pendapatan boleh guna yang lebih besar, bahkan rakyat terus menjadi mangsa GST. Oleh itu, saya tetap menegaskan bahawa kerajaan perlu turut mengurangkan Kadar GST dari 6% kepada 3% sahaja. Barulah semua lapisan rakyat dapat merasai dan meringankan beban kos sara hidup. Di samping 6.72 juta pekerja yang masih aktif mencarum dalam KWSP dan 2 juta pembayar cukai pendapatan induvidu akan mendapat pendapatan boleh guna lebih besar dengan pengurangan caruman KWSP, pelepasan khas cukai pendapatan individu dan pengurangan GST. Walaupun saya tetap berpendirian GST tidak wajar ke atas rakyat. Kewangan negara dapat diselamatkan jika kerajaan tidak boros dan tiada rasuah dalam perbelanjaan negara.

6. Potongan 3% KWSP dianggar meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta RM8 bilion setahun yang diharap oleh PM Najib untuk pekerja berbelanja sebenarnya membawa balik pulangan pada kerajaan melalui GST RM480 juta. Begitu juga dengan pelepasan khas cukai individu RM2,000 kepada pembayar cukai pendapatan individu yang berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015 dengan kerajaan kononnya kehilangan RM350 juta setahun.

7. Ini bermakna RM350 juta dalam poket rakyat untuk dibelanjakan bagi kerajaan mendapat kembali melalui GST. RM350 juta tersebut akan memberi balik pulangan kepada kerajaan melalui GST sebanyak RM21 juta. Ini bermakna kerajaan mendapat tambahan pendapatan melalui GST sebanyak RM501 juta daripada pendapatan GST sedia ada RM51 bilion melalui pengubahsuaian bajet 2016. Ini bermakna pengubahsuaian bajet 2016 menjadikan RAKYAT PENYELAMAT EKONOMI DAN KEWANGAN NEGARA DENGAN GST bukannya Najib dan kabinet dapur yang otak udang.

RAKYAT NAK KEHIDUPAN YANG SELESA BUKAN PEMIMPIN GILA YANG BERKUASA.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
31 Januari 2016/21 Rabiulakhir 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Ketua Pemuda PAS Kelantan Gagal Faham Isu - Husam Musa

4:38 PM 0 Comments A+ a-



KETUA PEMUDA PAS KELANTAN GAGAL FAHAM ISU

Komen balas saya pada kenyataan Saudara Fadli Shaari hari ni:

1. Pemuda Pas Kelantan gagal fahami isu.

2. Di bawah konsep accountability yang juga satu dari teras Membangun Bersama Islam, seseorang pemimpin perlu memikul kesan kegagalan tindakannya, apa lagi bila tindakan itu diambil secara bersendirian dan tidak dirujuk pada organisasi.

3. Sefaham saya, menerusi roadmap pelaksanaan undang-undang syariah oleh Jawatan Kuasa Teknikal Bersama Negeri dan Pusat, tidak ada cadangan bill persendirian 355 diputuskan.

3. Ini bermakna apabila ada individu yang mempengaruhi Presiden Pas untuk membawa usul persendirian itu dan langsung tidak dirujuk pada parti terlebih dahulu, mereka perlu bertanggung jawab atas kegagalan bill itu dibentangkan seperti dijanjikan sampai hari ini.

4. Bahkan, membawa usul secara pra matang telah melenyapkan atau merosakkan roadmap asal.

Ia lebih membawa kegagalan berbanding kejayaan.

5. Tindakan tergesa-gesa itu lebih bersifat riya' dan agenda peribadi.

6. Sudah hampir setahun berlalu sejak usul persendirian itu difailkan tetapi ternyata hingga kini, ia gagal dibentangkan.

Ini menunjukkan, tidaklah rugi jika tindakan itu ditangguhkan pada masa itu dan dibincangkan secara lebih masak dan diputuskan secara kolektif.

7. Ketua Pemuda Pas Kelantan seolah anak kecil yang belum lepas susuan dan berteriak takut-takut botol susuannya tidak bersambung.

Anda gagal menarik minat anak muda yang kritis dan juga gagal mempamirkan sikap pemuda Islam yang menilai sesuatu berdasarkan neraca kebenaran dan bukannya asobiyyah kelompok.

9. Saya hairan, jika Ketua Pemuda Pas berani, kenapa beliau tidak hadhir mewakili Kerajaan Negeri dalam forum itu.

Husam Musa
21 Rabiul Akhir 1437/31 Januari 2016


Sila kongsi artikel ini...

Kedah Tak Nak Kerajaan Kertas Tandas (Toilet Paper). - Mahfuz Omar

12:51 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

KEDAH TAK NAK KERAJAAN KERTAS TANDAS (TOILET PAPER).

1. Pengakuan terbaru yang dibuat oleh YB Dato' Abu Hassan ADUN Kota Siputeh tentang peristiwa yang dia diburu dan hampir jatuh ke laut ekoran usaha rampasan kuasa untuk menggulingkan Mukhriz daripada jawatan MB adalah sesuatu yang sangat memalukan negeri kedah dan negara Malaysia.


2. Kejadian tersebut telah mengesahkan lagi kenyataan saya sebelum ini bahawa Akuan Bersumpah ADUN-ADUN Kedah adalah tidak sah kerana ia diberi tanpa niat untuk hilang kepercayaan kepada Mukhriz sebagai MB.

3. Sebarang dokumen Akuan Bersumpah ADUN Umno Kedah yang dipersembahkan kebawah Duli Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk menunjukkan yang Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN Kedah adalah suatu penghinaan kebawah Tuanku Sultan. Kertas akuan bersumpah tersebut hanya setaraf kertas tandas (toilet paper) kerana diperolehi secara tidak demokratik seperti yang didakwa oleh ADUN Kota Seputih.

4. Jika akuan bersumpah ADUN Umno diterima untuk menyingkir Mukhriz sebagai MB, ini bermakna kerajaan baru yang akan dibentuk nanti adalah kerajaan boneka yang tiada moral politik untuk mentadbir negeri Kedah. Kerajaan tersebut hanya layak untuk mentadbir dan mengurus sebuah tandas.

JANGAN MALUKAN RAKYAT DAN NEGERI KEDAH TERCINTA.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
30 Januari 2016/20 Rabiulakhir 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Kesian Malaysia - Tuan Ibrahim Tuan Man

8:20 AM 0 Comments A+ a-



Kesian Malaysia

Tindakan Peguam Negara membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui kenyataan bahawa Najib telah memulangkan kembali wang derma yang diterima adalah ibarat menjirus air panas di atas luka pesakit kencing manis. Walau selepas itu luka tersebut dibalut dengan pembalut, ia tidak membantu penyembuhan sebaliknya ia hanya mempercepatkan kaki dipotong.

Manakala tindakan Peguam Negara mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah menutup kes berhubung dana derma RM2.6 billion pula ibarat orang yang jack kereta yang pancit tayar sehingga kereta terbalik. Ia bukan dapat pujian sebaliknya mendapat cercaan dan kutukan orang ramai.

Rakyat melihat adegan politik ini dengan dua watak di mana seorang bersikap seolah-olah macam badut manakala seorang lagi seperti Pak Pandir yang sedang cuba membuat rakyat merasa bodoh dan ketawa. Inilah keadaan sebenar negara yang amat menyayatkan hati semua.

Hari ini, negara diterajui oleh satu team barisan kepimpinan yang hanya fikir kepentingan peribadi bukan lagi masa depan negara. Mereka terlupa mereka juga mewakili orang Islam. Tindakan mereka hari ini menyebabkan orang Islam pada amnya merasa malu.

Tiada satu rakyat Malaysia yang berfikiran waras yang merasa bangga tentang kehebatan PM mendapat derma RM2.6 bilion. Kesemua mereka merasa mual dan jijik dengan apa yang berlaku.

Kepada para pemimpin Umno, tak marah ke, kalau dana yang sepatutnya digunakan untuk Umno, dipulangkan? Berapa kerat pemimpin dalam Umno yang tahu duit ini pernah datang dan kemudian dipulangkan? Bayangkan kalau baki RM2 bilion dibawa bincang di dalam Umno, apakah anda percaya ada siapa-siapa di dalam Umno yang sudi wang itu dikembalikan?

Yang mempercayai Peguam Negara dan PM hari ini mungkin tinggal para ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong penuh perjanjian TPPA tempoh hari.

Pada asalnya, PAS menjangka sekurang-kurangnya 10 ke 20 orang Ahli Parlimen BN yang akan membantah TPPA demi kedaulatan negara. Namun, apa yang berlaku sangat mengecewakan. Ahli Parlimen BN menyokong TPPA sebagaimana mereka merasakan tiada kepelikan dalam keputusan Peguam Negara.

Benarlah apa yang diungkap oleh pujangga: "kita hanya boleh mengharapkan keadilan daripada sistem dan pejuang yang adil” - malangnya di Malaysia, kedua-duanya tiada. Yang ada hanyalah sekumpulan manusia yang diamanahkan rakyat berusaha mempertahankan kareer politik seorang yang menerima dana RM2.6 bilion.

Bayangkan sebanyak 26 undang-undang yang terpaksa dirombak bagi disesuaikan dengan kehendak TPPA sedangkan akta yang ada tersebut digubal demi menjaga negara.

Kemelut yang melanda negara, nilai ringgit dan harga minyak yang lemah, bebanan ekonomi yang sedang ditanggung rakyat dan hilangnya daya saing negara kini menuntut rakyat bangkit membuat perubahan.

Sebagaimana yang kita ikrarkan dalam himpunan membantah TPPA di Padang Merbok jangan lagi memberi undi kepada mana-mana ahli parlimen yang menyokong TPPA, mari kita sama-sama gerakkan usaha dan gemblingkan tenaga bagi membangkitkan kesedaran rakyat demi masa depan negara.

Buat masa ini, negara tidak perlu dikejutkan dengan satu lagi skandal kewangan. Oleh itu, buat Lembaga Tabung Haji, memandangkan LTH sedang menunggu keputusan Ketua Audit Negara sebelum memutuskan jumlah dividen dan bonus, saya menyarankan agar laporan audit Ketua Audit Negara terhadap LTH juga didedahkan dalam waktu tersebut.

Ini kerana penafian masalah LTH yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen BN yang memacu LTH seperti Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Azeez Abdul Rahim yang mempertahankan pembelian tanah TRX sudah tidak lagi akan diyakini rakyat.

Hanya dengan cara pengesahan kesihatan kewangan oleh Ketua Audit Negara dan juga Bank Negara Malaysia, keyakinan rakyat terhadap LTH akan dipulihkan selepas terjejasnya keyakinan mereka ekoran pendedahan surat amaran Bank Negara Malaysia yang telah diakui benar oleh Pengerusi LTH sendiri. Lebih elok, jika Pengerusi LTH tidak lagi dilantik daripada kalangan orang politik.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
29 Januari 2016


Sila kongsi artikel ini...

Skim Caruman Tabung Haji : Antara Patuh Syariah Dan Menepati Kehendak Syariah - Prof Mohd Nazari Ismail

7:55 AM 0 Comments A+ a-



Skim Caruman Tabung Haji : Antara Patuh Syariah Dan Menepati Kehendak Syariah

Oleh Prof Mohd Nazari Ismail
Ketua, Biro Penyelidikan IKRAM

Beberapa laporan berita berkenaan urusniaga Tabung Haji (TH) semenjak tahun 2015 telah membuat orang ramai menjadi bimbang. Ini terutama sekali di kalangan pencarum TH, sama ada yang mencarum untuk tujuan menunaikan fardhu haji atau yang mencarum semata-mata untuk melabur bagi mendapatkan pulangan.
Di antara berita yang menjadi kontroversi ialah berkenaan pembelian tanah 1MDB oleh TH pada harga yang dirasakan sangat mahal oleh beberapa pihak. Akibatnya ramai yang sangsi sama ada TH bertindak demikian untuk manfaat pencarumnya atau untuk manafaat 1MDB. Berita terkini pada 26 Januari yang lalu mendedahkan satu surat dari gabenor BNM kepada pengerusi TH yang memberi amaran bahawa tanggungan TH adalah melebihi asetnya dan dalam satu surat lain kepada menteri di JPM, gabenor BNM telah memberi amaran bahawa keadaan kewangan TH akan memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Ekoran dari pendedahan tersebut, ramai pencarum mula tertanya-tanya adakah caruman mereka di TH selamat atau tidak.

Sebenarnya isu sama ada simpanan di TH adalah selamat atau tidak bukanlah satu isu yang besar yang perlu dibimbangkan. Ini adalah kerana konsep simpanan di TH adalah berdasarkan konsep `Wadi’ah Yad Dhamanah’ di mana pendeposit menyimpan wangnya dan TH sebagai penjaga bersetuju untuk menjaga wang tersebut. Dalam kontrak ini, pendeposit juga memberi keizinan kepada TH untuk menggunakan simpanan mereka bagi tujuan perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Tambahan pula simpanan tersebut dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Dalam erti kata yang lain, jika TH mengalami kerugian yang teruk dalam aktiviti pelaburannya, wang yang dilaburkan oleh pencarum tidak akan terjejas satu sen pun kerana kerajaan akan memastikan pencarum akan mendapat balik duit simpanan mereka sepenuhnya.

Dari sudut keuntungan yang diperolehi, ia adalah milik penuh TH. Oleh itu, keuntungan yang diagihkan adalah menurut budi bicara TH termasuk juga memberi pulangan pada kadar yang berbeza dari tahun ke tahun kepada para pendeposit.
Keadaan ini amat berbeza berbanding jika kita melabur dalam sebuah syarikat perniagaan biasa secara kontrak `Musharakah’ atau `Mudarabah’ di mana jika syarikat tersebut muflis, maka pelaburan yang dibuat oleh para pelabur mungkin akan hilang terus.

Jadi, mengapakah kerajaan sanggup menjamin pelaburan di dalam TH sepenuhnya? Jawapannya adalah kerana sejarah TH itu sendiri di mana ia bermula dengan mendapat caruman dari orang Islam yang menyimpan wang di TH untuk tujuan menunaikan fardhu haji. Sebelum itu, ramai orang Islam di Malaysia yang menyimpan wang di dalam tabung persendirian. Bahkan mungkin ada yang menyimpan di dalam tabung buluh atau di bawah bantal. Namun demikian, di atas cadangan Profesor Di Raja Ungku Aziz yang merasakan bahawa umat Islam akan kerugian besar jika meneruskan amalan menyimpan semata-mata dan akan terlepas peluang untuk mendapatkan keuntungan berbanding jika wang simpanan tersebut dilaburkan, maka TH telah diwujudkan untuk membantu melaburkan wang simpanan berkenaan. Namun, oleh kerana pelaburan perniagaan mempunyai elemen risiko kerugian, maka kerajaan telah memberikan jaminan penuh kepada semua caruman di dalam TH.

Dengan jaminan yang sebegitu rupa, maka tidak hairanlah bagaimana TH telah berkembang dengan pesat dari hanya 1,281 pencarum pada tahun 1963 dengan jumlah caruman sebanyak RM46,600 kepada hampir 9 juta pencarum dengan jumlah simpanan pendeposit bernilai lebih dari RM54.1 billion pada masa kini. Tambahan pula sebahagian besar dari pencarum TH yang ada sekarang bukan lagi terdiri dari mereka yang ingin menunaikan haji semata-mata tetapi juga yang mencarum untuk tujuan pelaburan sahaja. Oleh kerana pelaburan di TH adalah salah satu pelaburan yang tidak mempunyai sebarang risiko kerana dijamin sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia maka ianya menjadi tarikan utama bagi orang Islam di Malaysia untuk melabur dan mendapatkan pulangan.
Pada tahun 2014, TH telah mengumumkan jumlah bonus sebanyak 8.25%, yang terdiri dari 6.25% bonus tahunan dan 2% bonus Haji. Keputusan TH membayar bonus yang begitu tinggi dikatakan tidak berhemah oleh pihak BNM kerana ianya bermakna TH telah membayar dividen yang lebih berbanding keuntungan yang diperolehi iaitu sebanyak RM1.07 bagi setiap RM1 keuntungan yang diperolehinya. Kesan dari tindakan tersebut akan mengakibatkan rizab TH berkurangan. BNM juga berasa bimbang jika di masa akan datang pembayaran dividen yang pasti akan berkurangan mungkin akan mengakibatkan ramai pencarum mengeluarkan caruman mereka dari TH sekaligus akan mengancam kedudukan kewangan TH dan juga kestabilan sistem kewangan negara.
Hakikatnya kini, jika semua pencarum ingin mengeluarkan caruman mereke sepenuhnya yang berjumlah RM54.1 billion dengan serta merta dalam bentuk tunai, sudah tentu TH tidak akan dapat memenuhi kehendak tersebut. Ini kerana asetnya dalam bentuk tunai hanyalah lebih kurang RM10 billlion sahaja. Walau bagaimanapun, TH sebenarnya mempunyai pelaburan yang banyak dalam berbagai sektor. Oleh itu jika diberi masa, TH boleh sahaja mencairkan semua aset pelaburannya yang dianggarkan bernilai lebih dari RM100 billion dan menggunakan dana tersebut untuk membayar balik tuntutan-tuntutan pencarum.

Walaupun mungkin senario ini sukar untuk berlaku, namun adalah baik juga untuk kita memikirkannya secara bersama. Apakah yang akan terjadi jika nilai dana yang diperolehi setelah aset TH dicairkan sepenuhnya adalah kurang dari jumlah caruman sebanyak RM54.1 billion itu? Jawapannya ialah, memandangkan pelaburan oleh TH dijamin penuh oleh kerajaan maka kerajaan perlu membantu dengan menyuntik dana ke dalam TH. Namun demikian, oleh kerana kerajaan juga kini sedang menanggung beban hutang sebanyak hampir RM700 billion, maka sudah tentu kerajaan akan terpaksa meminjam dari sumber lain untuk mendapatkan dana yang bakal disalurkan kepada TH serta juga menanggung kos pinjaman tersebut.

Jika ini berlaku, maka bukan sahaja hutang kerajaan akan bertambah bahkan jumlah matawang di dalam sistem kewangan negara juga akan bertambah. Ini bermakna rakyat keseluruhannya dari segenap lapisan, termasuk yang miskin akan dipaksa ‘membantu’ demi memastikan kesemua pencarum TH (yang sebahagiannya terdiri dari yang kaya juga) mendapatkan balik pelaburan mereka sepenuhnya. Bantuan yang akan diberikan melalui suntikan dana oleh kerajaan ini akan diperolehi dari pelbagai sumber dana kerajaan termasuk GST (iaitu yang disumbangkan oleh setiap lapisan masyarakat termasuk yang miskin juga). Di samping itu, oleh kerana pertambahan jumlah matawang akan disusuli oleh inflasi, maka nilai matawang yang dipegang oleh rakyat Malaysia (termasuk yang miskin) juga akan susut sedikit akibat dari tindakan membantu pelabur-pelabur di dalam TH (yang mungkin terdiri dari golongan yang kaya). Dari satu aspek, satu `kecurian nilai matawang’ akan berlaku jika kerajaan menunaikan jaminannya kepada pencarum dan pelabur TH itu.

Sebagai rumusan, ada dua persoalan yang timbul dari kaedah pelaburan di dalam tabung TH. Pertama, adakah kaedah meletakkan jaminan pelaburan ke atas kerajaan, iaitu sebenarnya ke atas bahu rakyat keseluruhannya (termasuk yang miskin) untuk membantu pencarum TH mendapat keuntungan pelaburan tanpa risiko sesuai dengan kehendak Shariah? Kedua, jika kedudukan TH terjejas teruk dan kerajaan terpaksa meminjam duit untuk memastikan semua simpanan dipulangkan sepenuhnya kepada pencarum TH, maka kes ‘kecurian nilai’ ke atas matawang yang dimiliki oleh rakyat akan berlaku akibat inflasi. Adakah `kes kecurian nilai’ ini sehaluan dengan kehendak Shariah? Tambahan pula, jika ini berlaku, siapakah yang akan menanggung dosa `kecurian nilai’ matawang yang dipegang oleh rakyat Malaysia itu?


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Dikesali - Mujahid Yusof

5:14 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media

KENYATAAN PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI DIKESALI

Pengerusi Lembaga Tahung Haji (LTH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim perlu menjawab soalan-soalan dari surat Bank Negara Malaysia (BNM) yang sedang berlegar di media sosial tentang kedudukan kewangan yang menjejaskan pulangan dividen kepada pendeposit. Pengerusi LTH itu juga menggunakan kaedah menggugut terhadap pembocor maklumat seolah-olah cuba mengalihkan isu sebenar yang berlaku atas risiko 9 juta pendepositnya dari kalangan umat Islam. Pengerusi LTH tidak menjawab soalan utama iaitu;


1. Bagaimana Lembaga Pengarah dan pengurusannya membuat keputusan strategik tentang portfolio pelaburannya dari sudut kepentingan 9 juta pendeposit yang mempunyai kepercayaan tinggi terhadap LTH.

2. Pulangan dividen berasakan untung adalah untuk LTH melabur terus supaya masadepannya akan lebih berkembang. Bagaimana LTH dapat berbuat demikian jika ia membayar dividen lebih daripada untungnya? (107 peratus purata sejak 2012-2014)

3. Akibatnya, nilai rezabnya menjadi lebih rendah dari liabiliti (obligasinya) lalu menjejaskan pemberian dividen berdasarkan kepada Akta Lembaga Tabung Haji seksyen 22(2)(i). Adakah Lembaga Pengarahnya akan melanggar undang-undang dengan Pengerusinya terus menjaminkan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang? Betulkan nilai aset rezabnya 98sen berbanding RM1 nilai liabilitinya?

4. Pengerusi LTH juga tidak menjelaskan bahaya kepada porfolio pelaburannya apabila 5 peratus dari pendepositor secara berinstitusi menguasai 75 peratus saiz deposit. Berbeza dengan pendeposit individu yang tidak bertujuan keuntungan hanya menyimpan untuk melakukan ibadat Haji, pendeposit “instituitional” bermotifkan keuntungan. Apakah mereka mahu mengalami kerugian dengan kedudukan sekarang atau mahukah mereka meneruskan pelaburan dalam keadaan pengurusan korporat LTH yang tidak telus dan melanggar undang-undang? Penarikan mereka daripada pelaburan TH akan menyebabkan kedudukan LTH lebih parah.

5. Memasukkan Peguam Negara sebagai ALP baru tidak akan membetulkan keadaan malah menimbulkan lebih spekulasi tentang “conflict of interest” seolah-olah bertujuan untuk sekali lagi ‘menyelamatkan’ LTH daripada tindakan undang-undang dan bukan untuk menjawab persoalan kedudukannya sekarang.

Akhirnya, janganlah membunuh pembawa berita (don't shoot the messenger) tetapi carilah apa permasalahannya supaya LTH kekal dihormati oleh umat Islam sebagai institusi pengurusan Haji yang unggul di mata dunia.

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Malaysia

Bertarikh 28 Januari 2016


Sila kongsi artikel ini...

'Conflict of Interest' Dalam PDRM - Dato' Sri Sanjeevan R

4:14 PM 0 Comments A+ a-



“CONFLICT OF INTEREST” DALAM PDRM

Isu anggota polis berjauhan dengan keluarga sudah menjadi asam garam dalam kerjaya sebagai anggota beruniform. Walaubagaimanapun perkara ini tidak seharusnya menjadi alasan untuk tidak cuba diselesaikan oleh KDN dan pimpinan tinggi PDRM.

MyWatch difahamkan terdapat anggota polis yang sudah tinggal berjauhan dengan keluarga mereka lebih 5 tahun tetapi masih gagal bertukar tempat bertugas seperti yang diminta. Bayangkan bagaimana perasaan anggota polis yang ditukarkan ke ESSCOM di Sabah sedangkan isteri dan anak terpaksa ditinggalkan di Kedah.


Tahun demi tahun berlalu dan pelbagai karenah birokrasi ditempuh namun masih gagal mendapat tempat pertukaran seperti yang diminta. Tetapi yang peliknya, dalam keadaan anggota polis sukar memohon pertukaran tempat bertugas, terdapat sepasang suami isteri dan dua anak-beranak iaitu bapa dan anak berjaya ditempatkan di pejabat yang sama iaitu di Trafik Kuala Lumpur.

Ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan anggota polis yang lain yang mana permohonan pertukaran mereka sering gagal. MyWatch menyokong sekiranya anggota yang sudah sekian lama berkhidmat di sesuatu tempat diberikan pilihan untuk berkhidmat di tempat yang mereka mohon. Tetapi tidak dibenarkan mana-mana anggota polis bertugas sama pejabat dengan ahli keluarga mereka yang lain.

“Conflict of interest”pasti akan wujud dalam keadaan seperti ini. Bayangkan jika suami atau bapa seorang pegawai tinggi polis, sudah tentu akan ada kecenderungan lebih untuk memilih isteri atau anak dalam kenaikan pangkat, “bias” dalam pembahagian tugas, dan seterusnya mendatangkan ketidakpuasan hati kepada anggota polis yang lain.

Oleh yang demikian, perlu diwujudkan pekeliling oleh PDRM supaya tidak dibenarkan dua individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan bertugas di pejabat yang sama.

"Fight Injustice Everywhere"

Dato' Sri Sanjeevan R
Pengerusi MyWatch


Sila kongsi artikel ini...

Mahfuz Omar: Krisis Kedah:Stabilkah Politik Kedah Dengan 15 Pembangkang,3 Mukhriz Dan 18 BN

10:38 AM 1 Comments A+ a-



Kenyataan media.

KRISIS KEDAH:STABILKAH POLITIK KEDAH DENGAN 15 PEMBANGKANG,3 MUKHRIZ DAN 18 BN

1.Krisis Kedah mungkin akan menghampiri penghujung.Sama ada Kekal Mukhriz sebagai MB atau digulingkan dengan rampasan kuasa dari Putrajaya yang sangat memalukan.


2.Persoalannya ialah kestabilan kerajaan yang dibentuk nanti.Apakah Najib bersedia menghadapi risiko pergolakan yang berpanjangan akibat dari langkah beliau yang hanya kerana nak menyingkirkan musuh politik beliau dalam umno.

3.Apakah Najib sudah mengambil kira kedudukan jumlah kerusi BN yang sangat lemah jika beliau berjaya menggulingkan Mukhriz.Jika Mukhriz di gulingkan bermakna BN hanya memiliki 18 kerusi yang menanda tangani akuan bersumpah KERTAS TANDAS.Sedang 3 lagi termasuk Muhkriz memperlihatkan prinsip mereka untuk tidak bersama dengan komplot rampasan kuasa.Kerusi pembangkang pula berjumlah 15.Ini menjadikan kedudukan kerajaan mafia BN tidak stabil dengan jumlah 18 berbanding pembangkang 15 dan Mukhriz 3.

4.Pilihan yang ada ialah mengekalkan Mukhriz sebagai MB hingga akhir penggal kerana sudah tentu keadaan akan kembali kepada status quo.Saya tak pasti adakah Najib sudah tak kisah dengan situasi ini.Mungkin yang penting baginya ialah musuh dan pengkritiknya mesti dihapuskan.Mungkin Najib sudah lupa pada kata kata seseorang itu boleh memenjara jasad seseorang tetapi dia tidak boleh memenjara pemikiran seseorang.

YA ALLAH , KAU SELAMATKAN LAH NEGERI KEDAH TERCINTA.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
28 Jan 2016/18 Rabiulakhir 1437H.


Sila kongsi artikel ini...

Tabung Haji - Tuan Ibrahim Tuan Man

12:40 AM 0 Comments A+ a-



Tabung Haji



PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Governor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tampil menjelaskan:


1. Apakah betul Bank Negara telah mengutuskan satu surat kepada Jamil Khir mengenai kedudukan kewangan LTH di 2015 yang gawat di mana nilai rizab LTH telah menjadi negatif dan ini bermaksud, pada harga nilai pasaran semasa, aset LTH tidak mencukup untuk memenuhi kesemua obligasinya termasuk deposit?

2. Apakah betul Bank Negara dalam surat tersebut turut menyebut dalam keadaan (1), di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, LTH tidak boleh mengisytihar pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang nilai kesemua obligasinya – dan keadaan ini amat membimbangkan kerana ia mendedahkan LTH kepada risiko pengeluaran depositi secara bebsar-besaran sekiranya jangkaan dividen pendeposit tidak dipenuhi atau memadai pada pandangan pendeposit?

3. Apakah betul Bank Negara dalam satu surat berlainan kepada Pengerusi LTH, Tan Sri Zeti telah menyarankan agar LTH merumus satu dasar rizab yang komprehensif dengan kadar segera sebelum 31 Mac 2016?

4. Sekiranya semua di atas benar - apakah ini menjadi punca kelewatan Tabung Haji mengisytiharkan dividen dan bonus?

5. Dan sekiranya di atas benar – mengapa Tabung Haji masih melabur membeli tanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange? Apakah ini keputusan PM atau Pengerusi LTH?

6. Apakah pelaburan tersebut telah menggawatkan lagi situasi kewangan di Tabung Haji?

Sekiranya semua di atas benar, PAS mendesak agar Pengerusi LTH dipecat dengan kadar serta-merta dan seorang pengerusi LTH baru dilantik bagi membantu LTH menunai obligasinya berdasarkan saranan Bank Negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
26 Januari 2016


Sila kongsi artikel ini...

Pesan Buat Rakan IKRAM - Nik Abduh

4:35 PM 0 Comments A+ a-



Pesan Buat Rakan IKRAM

Saya harap rakan saya, IKRAM mengambil tanggung jawab lebih dalam memerangi pengaruh Islam Liberal dalam Pakatan Harapan. Saya fikir IKRAM masih kekal berbudaya islah setelah sudah bosan dan muak bermain di tepian pantai dan kini mula melompat terjun ke lautan dalam dunia politik.

Islam Liberal dibawa datang oleh barat bagi menggantikan pedang Asobiyah Kebangsaan yang dianuti UMNO sejak sekian lama. Ia kini menemui kegagalan dan sedang menanggung sakarat. Ia telah pun ditinggalkan oleh musuh barat bersekali dengan UMNO juga dengan pesona dan kemilau senjata baru Islam Liberal. Habis madu sepah dibuang.


Pesan saya, semua orang merasa bangga peranan masing-masing menyatukan umat. Tetapi dalam dunia politik, baru mereka sedar, perpaduan umat bukanlah sekadar pada bermanis muka dan kata, bahkan pada mengharungi keperitan mempertahankan keaslian isi-isi Islam dan perjuangannya.

Begitulah kesatuan dibina dalam sirah umat beribu tahun. Berpegang pada taliNya yang kukuh, bukan pada laung kata 'bersatulah'.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ketua Pemuda DPPM
25 Jan 2016


Sila kongsi artikel ini...

Jangan Heret Tuanku Sultan dan Rakyat Kedah Dalam KOmplot Guling Mukhriz MB - Mahfuz Omar

3:28 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

JANGAN HERET TUANKU SULTAN DAN RAKYAT KEDAH DALAM KOMPLOT GULING MUKHRIZ MB

1. Kemelut politik Umno di Kedah telah masuk hari ke 5 sejak dari tarikh sidang media pada 20 Jan 2016. Usaha untuk menggulingkan Mukhriz sebagai Menteri Besar masih belum menampak keberhasilannya. Namun dipercayai usaha berterusan terus digerakkan oleh komplot yang diketuai oleh Dato' Bashah yang didalangi pula oleh tok dalang wayang kulit seri Putrajaya.


2. Apa yang menyedihkan ialah daripada cakap-cakap dan mesej di media sosial, komplot ini cuba mengheret Ke bawah Duli Tuanku Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan untuk meyakinkan rakyat serta menghalalkan tindakan mereka yang mempunyai agenda serang balas terhadap tuntutan supaya Najib berundur.

3. Tindakan komplot terhadap Mukhriz ini adalah ekoran kritikan panas dan tajam Tun Dr Mahathir, bapa kepada Mukhriz terhadap PM Najib. Ia boleh disifatkan seperti kata pepatah pukul anak sindir menantu (satu penampar untuk Mukhriz adalah juga penendang buat Tun Dr Mahathir).

4. Paparan sesetengah media arus perdana cuba memberikan gambaran seolah-olah tuntutan mengguling Mukhriz adalah daripada rakyat. Ianya bertujuan untuk memberi tekanan kepada Tuanku Sultan mempercepatkan perkenan untuk mengguling Mukhriz daripada jawatan MB. Tindakan ini suatu perbuatan jahat mengheret Tuanku Sultan dalam kemelut Politik dalaman Umno Malaysia dan di Kedah.

5. Tindakan ini dengan harapan mereka boleh mencuci tangan dan diharap rakyat tidak lagi persoalkan Najib dan Pimpinan Umno Kedah kerana ini adalah kononnya Titah Perkenan Tuanku untuk guling Mukhriz. Bagi mereka, kalau rakyat nak marah, marahlah kepada Tuanku Sultan. Manakala Najib serta pimpinan Umno Kedah boleh tidur lena.

6. Saya ingin mengingatkan Najib dan pimpinan Umno Kedah, jangan mengheret Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi maksud menyempurnakan agenda politik permusuhan dalaman Umno dan membersihkan penentang Najib untuk beliau terus berkuasa. Jangan juga mengheret rakyat yang sedang menghadapi kesusahan dan kepayahan hidup akibat daripada kos sara hidup yang tinggi yang disumbangkan oleh kelemahan Najib dalam menguruskan kehidupan rakyat. Jangan heret dan hina Raja dan jangan cabar rakyat.

DAULAT TUANKU, HIDUP RAKYAT!

DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
24 Januari 2016/14 Rabiulakhir 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Soalan yang perlu dijawab oleh UMNO. - Anina Saadudin

6:34 PM 1 Comments A+ a-



Soalan yang perlu dijawab oleh UMNO.

1. Apa pencapaian Ahmad Badshah di KPDNKK.

2. Apa pencapaian Jamil Khir di JPM


3. Apa pencapaian Azeez Rahim di Tabung Haji

4. Apa pencapaian Johari Baharom di MINDEF

5. Apa pencapaian Mahzir Khalid di MOE

6. Jika sekiranya mana-mana calon dari 5 individu di atas di calonkan sebagai MB Kedah ketika PRU13 yang lalu, mampukah BN merampas kembali Kedah dari Pas?

7. Adakah pencapaian kelima-lima individu di atas, campur semua sekali (sum up) akan dapat menyaingi pencapaian DS Mukhriz seorang di Kedah?

Saya cabar UMNO PUSAT adakah undian dalaman parti di Kedah untuk keseluruhan ahli UMNO KEDAH memilih Ketua Perhubungan UMNO Negeri. DS MUKRIZ seorang lawan kelima-lima individu di atas. Maknanya, 1 lawan 5 (campur semua undi 5 individu lawan undi DS Mukhriz seorang)

Jika DS Mukhriz menang, kelima-lima individu tersebut perlu meletak jawatan serta merta.

Kedah serata-rata bersama Mukhriz,

Anina Saadudin


Sila kongsi artikel ini...

UMNO Kedah Perlu Hilang Kepercayaan Pada Najib - Mahfuz Omar

5:35 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan media.

UMNO KEDAH PERLU HILANG KEPERCAYAAN PADA NAJIB.

1.Tindakan Umno Kedah yang diketuai oleh Dato'Bashah menyatakan hilang kepercayaan pada Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri Kedah akhirnya mendedahkan berbagai kejadian tipu muslihat yang dilakukan oleh mereka yang menganjurkan sidang media untuk menjatuhkan Mukhriz.

2.Pendedahan dan pengakuan yang dibuat oleh Datuk Maznah Hamid Ketua Wanita Umno Kedah,Dato'Tajul Urus dan Dato'Soraya exco kerajaan Kedah yang menyatakan mereka tidak tahu apa apa dan tidak dibawa perbincangan menunjukan satu penipuan untuk merampas kuasa secara yang tidak demokratik.Kejadian ini sangat memalukan.

3.Sidang media tersebut adalah satu usaha yang di dramatik dalam episod drama bersiri yang diarah sendiri oleh Najib.Petang ini 22 jan 2016 Najib akan mengadakan pertemuan dengan semua pelakon dan pelakon tambahan di studio PWTC untuk memberi arahan agar menghafal skerip baru untuk penamat drama bersiri ini.

4.Kepada pimpinan umno Kedah, saya mengharapkan mereka utamakan negara dan rakyat yang sedang menghadapi kesempitan hidup akibat dari kegagalan PM Najib dalam menguruskan negara.Mereka harus sedar yang mereka telah diperbodohkan oleh Najib dengan dengan bertindak biadap dan tak beradab mencalarkan nama baik Tuanku Sultan Kedah dengan merosakan sambutan hari keputeraan ke 88 Tuanku Sultan Kedah dengan menimbulkan polemik rampasan kuasa dinegeri Kedah.Rampasan kuasa dari kepimpinan Mukhriz tidak akan menyelesaikan masaalah negara dan rakyat yang berdepan krisis kepercayaan terhadap Najib dengan 1MDB,GST,TPPA,NILAI RINGGIT RENDAH,KOS SARA HIDUP RAKYAT,RASUAH dan berbagai lagi.

5.Saya mengharapkan pertemuan kepimpinan Umno Kedah dengan Najib 4 petang ini 22 jan 2016 akan digunakan oleh mereka untuk menyatakan hilang kepercayaan mereka kepada Najib sebagai PM dan Presiden Umno.Sebagai mana keberanian tak bertempat dan tidak pada masanya mereka nyatakan pada Mukhriz,maka keberanian yang sama pada hari ini yang tepat pada masanya diharapkan rakyat Kedah untuk mereka kepimpinan Umno Kedah menyatakan mereka hilang kepercayaan pada Najib.

RAKYAT MAHUKAN KEBERANIAN DAN KEBIJAKSANAAN BUKANNYA KEBODOHAN PEMIMPIN. DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena


Sila kongsi artikel ini...

Kaki Tidur Pun Ada Hajat Nak Jadi Menteri Besar? - Khairuddin Abu Hassan

5:27 PM 0 Comments A+ a-



KAKI TIDUR PUN ADA HAJAT NAK JADI MENTERI BESAR KE?! AHMAD BASHAH HARUS BELAJAR DARI YB DATO SRI SHARKAR SHAMSUDDIN DI PAHANG

Ahmad bashah @ kaki tidur harus belajar sifat dan sikap kesetiaan dari yb dato sri mohd sharkar shamsuddin di pahang!!

Yb dato sri sharkar shamsuddin adalah timbalan ketua perhubungan umno negeri pahang yakni seorang tokoh muda yang juga ahli majlis tertinggi umno pusat yang cukup berkebolehan!!

Di pahang pelbagai isu sedang menjadi polemik negara khususnya isu bauksit. Dulu isu panas terokai tanah haram di cameron highlands. Isu-isu kontroversi ini amat menekan menteri besar pahang namun dalam keadaan yab dato seri di raja adnan yaakob tertekan dengan pelbagai masalah sehingga kini; yb dato sri sharkar shamsuddin tetap berdiri teguh di belakang bos nya itu!!

Tak pernah terlintas di kepala yb dato sri sharkar untuk rampas kuasa secara tidak bermoral di pahang!! Inilah contoh pemimpin terbaik yang cukup taat pada ketuanya!!

Bukan macam ahmad bashah!! Kerja dok tidoq sampai di dalam balai rong seri istana anak bukit pun ada hati nak jadi menteri besar kedah!! Sikap tersebut amat menghina pemangku kdymm sultan kedah!! Kdymm tuanku dok bertitah; ahmad bashah dok lena!! Karut betoi ahmad bashah ni!! Ukur la badan tu sikit kalau nak buat baju baru pun!! Jangan dok serbu tak tentu hala!!

Buatlah secara tertib!! Yab dato seri mukhriz tun mahathir tu orang yang cukup baik!! Ahmad bashah sepatutnya tunjuk contoh tauladan secara matang!! Bincang secara kekeluargaan dan tertutup!! Apa masalahnya!! Bangang dan bengong betul la ahmad bashah dengan kuncu-kuncu dia tu!!

Inilah sikap hipokrasi pemimpin umno dari kalangan kaki bodek minda lemah otak udang!! Mereka buat apa pun ok!! Kalau orang lain buat serta cuit bos mereka yang cukup kotor tahu pulak nak melenting pada orang lain!! Hakikatnya umno dah nak lingkup kerana diterajui oleh puak-puak bangang macam ahmad bashah ni!!

Yab dato seri mukhriz kena ambil tindakan tegas keatas penyangak-penyangak ini semua!! Beliau kena tunjuk ketegasan macamana ibu pejabat umno pusat bertindak menggantung keahlian semua ketua-ketua bahagian yang mendesak najib tun razak untuk berundur tempohari!! Ketegasan itu amat penting dalam kepimpinan!!

Saya nak sarankan kepada yb ahmad bashah, yb jamil khir, yb azeez rahim, yb johari baharom, yb zaini jaipur, yb tajuddin, yb mad lebai sudin dan beberapa kalangan bahlul lagi yang cuba memporak-perandakan keamanan lanskap politik kedah untuk mendesak najib tun razak tu agar berundur cepat!! Itu lagi berfaedah!!

Liabiliti umno pada masakini adalah najib tun razak bukannya yab dato seri mukhriz tun mahathir!! Yab dato seri mukhriz adalah aset kepada umno sebab itulah beliau dengan ayahandanya dapat menawan semula hati nurani rakyat di kedah sehingga bn tadbir semula negeri jelapang padi itu!! Secara jujur dan ikhlas; saya juga ingin sarankan kepada ahmad bashah agar letak jawatan timbalan menteri agar beliau boleh duduk di rumah TIDUR saja 24 jam!! Lagi bagus ahmad bashah!! Yakinilah cakap saya ahmad bashah!


Sila kongsi artikel ini...

Pengubahsuaian Bajet 28 Januari 2016 - Tuan Ibrahim Tuan Man

7:19 AM 0 Comments A+ a-



Pengubahsuaian Bajet 28 Januari 2016

Penggantungan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar universiti di peringkat sarjana muda dan bursari untuk pelajar program pra-universiti bagi tahun 2016 telah memberi bayangan bahawa pengubahsuaian bajet yang akan dibentang oleh PM pada 28hb Jan nanti akan hanya menambahkan tekanan kepada kehidupan rakyat.

Kerana boros dan juga tidak pandai mengurus kewangan negara, terutamanya sedekad yang lalu ini, kerajaan kini benar-benar bergantung kepada GST sebagai sumber negara selepas keruntuhan harga minyak sedunia yang menyebabkan sumbangan Petronas terus meruncing.

Langkah menyusun semula belanjawan negara mesti dilakukan. Cuma rakyat terkejut dengan pengumuman awal mengenai penggantungan biasiswa JPA dan juga kemunculan AES, yang bakal menjadi galang ganti kepada kadar GST tidak dinaikkan.

Rakyat sangat mengharapkan agar PM mengambil tindakan drastik mengurangkan ‘kos sara kerajaan’ terlebih dahulu. Oleh itu, PM mesti menunjukkan teladan dengan menghentikan sikap boros beliau dan keluarga yang menjadi buah mulut rakyat.

PM juga perlu menyemak fungsi yang bertindih antara kementerian dan agensi kerajaan. Sebagai contoh – terdapat enam agensi penguatkuasaan di atas jalan raya - polis, JPJ, SPAD, PUSPAKOM, Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran. Peranan PUSPAKOM yang boleh diserahkan kepada JPJ adalah antara contoh yang boleh diteliti kembali.

Sekurang-kurangnya rakyat mengharapkan PM akan memotong belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan mengurangkan saiz kabinet mengikut keperluan bukan lagi berdasarkan tuntutan parti komponen BN.

Antaranya, PM diseru untuk menamatkan jawatan Penasihat Khas bagi beliau yang bertaraf menteri, termasuk 4 hingga 8 pegawai dan pembantu yang diperuntukan kepada setiap satu. Mereka adalah:

Datuk Seri Dr Abdullah Bin Md Zin, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri;
Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
Tan Sri Datuk Seri Utama Rais Yatim, Penasihat Hal Ehwal Social dan Kebudayaan kepada Kerajaan Malaysia;
Tan Sri Ong Ka Ting, Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China;
Datuk Seri Tiong King Sing, Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan;
Datuk Seri S. Samy Vellu, Duta Khas ke India dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur;
Datuk Seri Shahrizat Binti Abdul Jalil, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita;dan
Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor, Penasihat Perdana Menteri
PM patut melaksanakan nasihatnya kepada kabinet agar mereka bijak dan berhemah dalam membelanjakan peruntukan kerajaan pada dirinya dahulu.

Bayangkan kehampaan yang dirasai rakyat apabila mendengar berita PM terus memperkenalkan polisi yang menekan mereka dengan penggantungan biasiswa JPA dan pengenalan semua AES.

Rakyat menaruh harapan tinggi pada pengubahsuaian bajet yang bakal diumumkan 28hb Januari ini. Namun, nampaknya rakyat kena bersedia terus dihampakan jika keputusan menggantung biasiswa JPA dan juga membawa kembali AES dijadikan ukuran.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
21 Januari 2016


Sila kongsi artikel ini...

Saman-Saman Aes Digantung Tidak Bertali, Sampai Bila? - Zulhazmi Shariff

11:48 AM 0 Comments A+ a-



SAMAN-SAMAN AES DIGANTUNG TIDAK BERTALI, SAMPAI BILA?

19 Januari 2016, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Low Tiong Lai memaklumkan pemberita bahawa Kementeriannya akan mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara dan kemudiannya mencadangkan kepada Jemaah Menteri berkaitan status saman-saman AES yang telah dikeluarkan sejak September 2012. Low berkata Jemaah Menteri yang akan memutuskan samada penerima saman harus membayar saman-saman AES atau sebaliknya.

Perlu diambil perhatian bahawa sejak 18 Disember 2012, Peguam Negara telah menggantung semua prosiding AES di mahkamah dan masih berterusan sehingga hari ini. Dalam masa yang sama juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih mengeluarkan saman-saman AES sedangkan saman-saman tersebut tidak mempunyai kuatkuasa kerana prosidingnya digantung oleh Peguam Negara.


Akibat penerusan perlaksanaan dan pengeluaran saman AES walau pun prosidingnya ditangguh, JPJ menghadapi masalah lambakan saman AES yang tidak mempunyai nilai kuatkuasa tetapi dalam masa yang sama mengugut penerima saman supaya membayar kompaun. Sehinggi kini dilaporkan sebanyak lebih kurang 1.91 juta saman telah dikeluarkan yang mana tidak sampai 300 ribu saman yang dijelaskan. Bermakna terdapat lambakan lebih kurang 1.5 juta saman.

Sekarang setelah Kementerian Pengangkutan bertukar menterinya dari seorang ke seorang, isu lambakan saman masih tidak selesai. Yang menanggung akibatnya ialah pengguna jalanraya yang masih terpinga-pinga apakah status saman AES yang mereka terima. Sekejap akan diberikan diskaun, sekejap dicadangkan akan dilupuskan, sekejap begitu, sekejap begini.

JPJ mencipta saman tetapi pengguna yang perlu menyelesaikan sedangkan dari mula lagi saman-saman tersebut tidak perlu kerana prosidingnya telah ditangguh. Sampai bila perkara ini hendak dibiarkan berterusan? Sampai bila isu ini hendak dibebankan kepada pengguna?

Kami, Sekretariat Protes AES (ProtAes) mendesak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengangkutan membatalkan dan melupuskan semua saman-saman AES yang telah dikeluarkan selama ini.

Kami seterusnya mendesak Kerajaan Malaysia mendedahkan apakah terma-terma yang dimasuki di antara Kerajaan dengan syarikat pengendali baru AES iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Berhad.

Jangan berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi untuk menutup perbuatan menindas rakyat.

JANGAN BAYAR SAMAN AES ANDA.

ZULHAZMI SHARIFF.
Sekretariat ProtAes
21 Januari 2016


Sila kongsi artikel ini...

Kumpul Otak-Otak YB Ahmad Bashah, Azeez Rahim, Johari Baharom, Tajuddin, Maznah Hamid Dan Beberapa Ketua Bahagian Di Kedah Tak Sampai Suku Pun Dibandingkan Dengan Minda Yab Dato Seri Muhriz Tun Mahathir

11:38 AM 0 Comments A+ a-



KUMPUL OTAK-OTAK YB AHMAD BASHAH, YB AZEEZ RAHIM, YB JOHARI BAHAROM, YB TAJUDDIN, MAZNAH HAMID DAN BEBERAPA KETUA BAHAGIAN DI KEDAH TAK SAMPAI SUKU PUN DIBANDINGKAN DENGAN MINDA YAB DATO SERI MUHRIZ TUN MAHATHIR

Tindakan ahmad bashah dan kalangan ketua-ketua umno bahagian yang hadir ke sidang akhbar untuk mendesak presiden umno yang paling bermasalah bagi menukar ganti menteri besar kedah melambangkan kebodohan mereka kearah mencederakan lagi imej umno di kacamata rakyat!!

Bukan menteri besar kedah yang harus ditukar!! Yang sepatutnya ditukar ganti secara skala segera ialah presiden umno itu sendiri!!

Puak-puak bangang macam ahmad bashah lah yang menyebabkan umno semakin dibenci oleh rakyat!! Politik umno yang ditunjang oleh pemimpin-pemimpin kotor kini amat menjijikan!! Kini umno sedang menambah satu demi satu koleksi tindakan yang tidak popular yang bakal mengkafankan seterusnya dikebumikan di liang lahat buat selamanya!!

Ahli-ahli umno di peringkat akar umbi serta keseluruhan rakyat semakin benci dengan politik jijik umno ini!!

Namun semua akur dan tahu bahawa puak bangang ini adalah balaci yang disuruh oleh kalangan tertentu dan mungkin wahyunya datang dari atas!!

Kenapa presiden umno yang paling bermasalah duduk diam?! Mengapa ahli-ahli majlis tertinggi umno membisu seribu bahasa?! Apa komen jawatankuasa disiplin parti umno?!

Dulu ketua-ketua cawangan yang mendesak presiden umno yang jijik ini untuk meletak jawatan diambil tindakan disiplin menggantung keahlian mereka semua!!

Saya amat yakin bahawa agenda puak bangang ini bukan sahaja tidak boleh diterima oleh ahli-ahli umno tetapi juga keseluruhan rakyat di kedah amat kecewa!!

Yab dato seri mukhriz adalah tokoh pemimpin yang amat disenangi oleh rakyat di kedah. Beliau mempunyai keperibadian yang amat tawadduk, mesra rakyat dan cukup adil kepada semua masyarakat di kedah tanpa kira apa ideologi politik mereka!!

Dato seri mukhriz juga amat gigih bekerja tetapi beliau bukan jenis bertelur sebiji riuh sekampung!! Keadaan lanskap politik kedah amat tenang dan aman!!

Inilah kebodohan umno!! Yang baik nak dibuang dan yang kotor serta jijik ditatang!! Saya tak faham langsung apa nak jadi dengan parti umno bangang masakini!! Cukup bodoh dan amat menjijikan!!

Kalau kita kumpul otak-otak yb ahmad bashah, yb azeez rahim, yb jamil khir, yb johari baharum, maznah hamid, yb tajuddin serta beberapa lagi ahli-ahli yb yang hadir pada sidang akhbar tersebut; saya rasa nak dapat suku daripada minda yab dato seri mukhriz pun mustahil!! Mereka itu adalah kalangan tiga suku yang bakal ditolak oleh keseluruhan rakyat kedah pada pru 14 kelak!! Tunggu dan lihatlah!!

Apa pun presiden umno yang paling menjijikan juga kena sedar. Sekiranya beliau mengizinkan tindakan ini berlaku keatas menteri besar kedah masakini; nanti terimalah juga dengan hati yang terbuka sekiranya perkara yang sama berkemungkinan berlaku kepada diri beliau sendiri nanti!!

Jangan marah ya najib tun razak!! Kalau ini berlaku pada diri beliau... redhalah ya!! Jangan nak pecat-pecat orang pulak ok?! Janji tau najib tun razak....!!


Sila kongsi artikel ini...

Muhyiddin Yassin : Tindakan beberapa pemimpin UMNO Bahagian Negeri Kedah yang mendesak YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir disingkirkan daripada jawatan Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan Menteri Besar adalah amat mendukacitakan.

10:14 AM 1 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Saya mengikuti episod politik yang berlaku di negeri Kedah yang amat membimbangkan. Tindakan beberapa pemimpin UMNO Bahagian Negeri Kedah yang mendesak YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir disingkirkan daripada jawatan Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan Menteri Besar adalah amat mendukacitakan.

Mukhriz adalah seorang pemimpin UMNO yang berkaliber dan disenangi oleh ahli-ahli parti dan rakyat. Malah, antara faktor kemenangan BN di negeri Kedah adalah ketokohan Mukhriz sebagai pemimpin pelapis UMNO sehinggakan YAB Perdana Menteri sendiri sewaktu kempen PRU 13 menjanjikan Mukhriz sebagai MB Kedah sekiranya BN berjaya memenangi negeri itu.


Sebagai seorang MB yang baru mentadbir kerajaan negeri untuk tempoh yang singkat, beliau tentunya memerlukan sokongan semua pihak, terutamanya wakil-wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian untuk memimpin badan perhubungan negeri dan mentadbir kerajaan negeri dengan berkesan. Saya percaya, Mukhriz sepatutnya diberikan peluang untuk terus memimpin kerajaan negeri Kedah.

Apatah lagi beliau adalah seorang Menteri Besar yang bersih, disenangi oleh rakyat dan tidak terpalit dengan sebarang tuduhan salah laku moral, pecah amanah dan rasuah yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap parti dan kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau.

Sekiranya desakan supaya Mukhriz disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah dibuat atas kepentingan politik peribadi pihak-pihak tertentu, dan bukannya atas kepentingan rakyat negeri Kedah, maka ini adalah sesuatu yang amat malang bagi rakyat negeri Kedah dan UMNO yang sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan rakyat yang parah.

Saya khuatir sekiranya desakan supaya Mukhriz berundur dilayan oleh pucuk pimpinan parti, maka UMNO akan semakin kehilangan hormat rakyat dan akan menghadapi cabaran yang semakin getir pada hari-hari yang mendatang. Kebimbangan saya yang paling besar ialah perpecahan di dalam UMNO akan bertambah ketara dan parti UMNO akan menjadi semakin lemah.

Saya amat kesal dalam keadaan rakyat dan negara berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi yang cukup getir serta keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan BN semakin terhakis, rakyat khususnya di negeri Kedah dibebankan lagi dengan krisis politik yang jelik dan memalukan.

Krisis yang melanda UMNO Negeri Kedah mesti diselesaikan secara penuh hikmah dan berhemah dengan meletakkan kepentingan rakyat dan parti mengatasi kepentingan peribadi.

YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO

21 Januari 2016


Sila kongsi artikel ini...

UMNO Kedah Tidak Beradab - Mahfuz Omar

9:15 PM 1 Comments A+ a-



Kenyataan media.

UMNO KEDAH TIDAK BERADAP.

1.Kenyataan pimpinan Umno Kedah serta Ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Umno Kedah yang telah hilang kepercayaan terhadap Dato'Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar dan Pengerusi Umno Kedah suatu yang sangat tidak wajar pada suasana waktu dan ketika.


2.Saya tidak berhajat untuk menafikan hak mereka untuk berbuat demikian.Tetapi adalah tidak beradap dan biadap tindakan mereka itu dibuat diwaktu negeri Kedah sedang meraikan perayaan hari keputeraan yang ke 88 Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah yang juga Yang DiPertuan Agong.

3.Tindakan mereka telah mengganggu dan merosakan kemeriahan suasana sambutan hari keputeraan Tuanku Sultan dan telah merubah suasana kegembiraan kepada keresahan rakyat tentang pergolakan politik negeri Kedah.Sepatutnya pimpinan Umno Kedah menunggu selesai perayaan besar hari keputeraan sebagai tanda penghormatan Kebawah Duli Tuanku Sultan.Bisok 21 Jan 2016 adalah hari kedua pengurniaan bintang dan pingat pingat kebesaran.Tiba tiba hari ini mereka persembahkan kepada Tuanku Sultan dan rakyat Kedah yang sedang dalam kegembiraan dengan suatu tindakan yang tak beradab.

4.Tindakan Umno negeri yang diketuai oleh Dato'Bashah bersama adun adun Umno Kedah yang tidak beradab dan tidak menghormati sambutan hari keputeraan Kebawah Duli Tuanku Sultan menjadi tiada dikalangan Adun Umno Kedah yang layak untuk menjawat jawatan MB.Terpulang lah kepada Umno nak tukar Pengerusi Umno Negeri Kedah,tetapi tidak wajar mencetuskan isu ketidak percayaan kepada MB Kedah selepas Titah Tuanku sempena hari keputeraan menerima lafas taat setia dari Dato'Mukhriz selaku MB mewakili kerajaan dan rakyat Kedah.Tindakan Umno Kedah adalah suatu penghinaan terhadap Tuanku Sultan.

5.Kepada Perdana Menteri Najib saya mengharapkan tidak akan menambahkan lagi masaalah kepada rakyat Kedah setelah lambakan masaalah ketidak ketentuan masa depan negara yang dicetuskan beliau.Yang dituntut oleh rakyat ialah beliau melepaskan jawatan PM.

SELAMATKAN DAN DAMAIKAN KEDAH DARULAMAN.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
20 Jan 2016/10 Rabiulakhir 1437H

--


Sila kongsi artikel ini...

Mengapa ‘bail out’ AES untuk tekan rakyat? – Faiz Fadzil

4:32 PM 1 Comments A+ a-



Mengapa ‘bail out’ AES untuk tekan rakyat? – Faiz Fadzil

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dilaksanakan pada 2012 kononnya bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya melalui kaedah tangkapan gambar kamera dihentikan setelah mendapat pelbagai tentangan.

Bagaimanapun, AES bakal dilaksanakan semula pada Mac tahun ini sepertimana pengumuman Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Persoalan yang timbul adakah AES bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya atau menjana pendapatan negara?

AES dilaksanakan awalnya dengan hak konsensinya dipegang 2 syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

Melalui model kewangan dengan formula 3 langkah yang dipersetujui bersama antara syarikat konsensi dan kerajaan, syarikat konsensi akan mendapat pulangan yang dianggarkan berjumlah RM3.2 bilion bagi tempoh 5 tahun.

Bagaimanapun, pegangan saham dalam kedua-dua syarikat konsensi tersebut kemudiannya diambil alih sebuah syarikat lain iaitu Irat Properties Sdn Bhd.

Kini, pegangan saham syarikat konsensi ini dimiliki Boustead dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

LTAT pula merupakan pemegang saham terbesar Boustead.

Untuk rekod, sebanyak 2.14 juta saman dikeluarkan sepanjang AES dilaksanakan.

Kerajaan pula perlu membayar RM16 bagi setiap saman yang dikeluarkan sebagai yuran perkhidmatan kepada syarikat konsensi.

Setakat 25 Ogos, 2015, kerajaan membayar yuran perkhidmatan sebanyak RM60 juta kepada 2 syarikat konsensi terdahulu AES iaitu RM27 juta kepada ATES Sdn Bhd dan RM33 juta kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

Dengan pembekuan AES selama ini, sudah pasti syarikat konsensi tidak mendapat pulangan yang dijanjikan.

Justeru, pengambil alihan saham Boustead dan LTAT boleh dianggap sebagai langkah “bail out” projek AES ini.

Mengapa wang rakyat terutama anggota tentera digunakan untuk tujuan menekan rakyat terbanyak melalui saman AES.

Dalam keadaan hasil pendapatan negara terjejas akibat penurunan harga minyak dunia, kerajaan seolah-olah tiada sumber lain selain daripada mengutip hasil duit rakyat.

Tidak cukup dengan hasil GST dan cukai pendapatan yang dikutip daripada rakyat, kini datang pula AES.

Rakyat kini cukup terbeban dan tertekan dengan kenaikan harga barang, kos sara hidup, petrol dan tol dan dengan saman AES yang berjumlah RM300, maka keperitan hidup rakyat akan menjadi lebih parah dan menderita. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Sedangkan RM300 adalah jumlah yang cukup besar dan bermakna untuk perbelanjaan rakyat ketika ini.

Justeru, AES yang akan dilaksanakan semula adalah bertujuan untuk menjana pendapatan negara dan memberikan keuntungan kepada syarikat konsensi melalui cara menghakis wang rakyat.

Perlaksanaan AES pada waktu ini bukan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Sebaliknya, meningkatkan kempen dan mendidik rakyat tentang langkah-langkah keselamatan jalan raya, penurunan harga barang bagi menggalakkan rakyat sentiasa menyelenggara kenderaan dengan baik, peningkatan sistem pengangkutan awam dan pelebaran jalan raya adalah langkah lebih berkesan bagi mengatasi masalah ini.

Maka AES perlu ditentang.

Protes perlu dilakukan rakyat bagi menggesa kerajaan membatalkan terus AES.

Perlaksanaan AES kelak yang akan menempatkan lebih kurang 404 kamera di seluruh negara pasti akan menambah beban dan derita rakyat yang akhirnya merencatkan pembangunan dan ekonomi negara.

Jangan sampai hutang rakyat semakin meningkat kerana dipaksa membayar saman AES. – 20 Januari, 2016.


Sila kongsi artikel ini...

MB Selangor Perlu Bersihkan Nama Seperti KM Pulau Pinang, SAMM Cabar Heret che'GuBard ke Mahkamah!

1:15 PM 1 Comments A+ a-



Kenyataan Media SAMM
20 Januari 2016

MB Selangor Perlu Bersihkan Nama Seperti KM Pulau Pinang, SAMM Cabar Heret che'GuBard ke Mahkamah!


SAMM mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng di atas kejayaan membersihkan nama beliau yang dicemar satu dakwaan yang akhirnya terbukti tidak berasas.

Dakwaan dibuat oleh Nasrudin Hassan kononnya YAB LGE telah menganugerahkan projek pembinaan terowong bawah tanah secara rundingan terus walaupun pihak LGE telah memberi nasihat awal tentang kebenaran dan integriti kerajaan P.Pinang. Mahkamah akhirnya memerintahkan Nasrudin menarik balik artikel tulisannya dan membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada LGE.

Nasrudin disaman atas artikel tulisannya memfitnah Lim Guan Eng dan kerajaan P.Pinang dalam usaha membela Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim yang dipertikai apabila meluluskan KIDEX, sebuah projek lebuhraya bertol yang jelas bertentangan dengan aspirasi serta janji perjuangan Pakatan Rakyat ketika itu.

Apa yang berlaku di sebalik keputusan Mahkamah Georgetown itu adalah hampir sinonim dengan perkembangan di Selangor. Bezanya, kelantangan che'GuBard menyuarakan skandal balak Menteri Besar Selangor Azmin Ali dalam istilah 'tender terbuka' masih belum diheret ke mahkamah.

Jika LGE dengan berani membawa Nasrudin ke mahkamah demi menunjukkan tiada anugerah rundingan terus (walaupun mempunyai kuasa berbuat demikian) seperti yang didakwa, mengapa tidak Azmin juga melakukan hal yang sama terhadap che'GuBard?

Proses penganugerahan projek melalui tender terbuka merupakan antara perkara asas semangat reformasi dan janji ketelusan dalam pentadbiran yang ingin ditunjuk kepada rakyat. SAMM menegaskan Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar dan mesyuarat exconya mempunyai bidang kuasa meluluskan projek tanpa tender terbuka. Namun jika pemberian tender secara rundingan terus (tanpa tender terbuka) ini dibiarkan berlaku, maka kita seolah-olah mengkianati janji kita kepada rakyat. Malah perjuangan Anwar Ibrahim hingga terbenam ke penjara demi mempertahan prinsip menjadi sia-sia.

Azmin Ali selaku ketua kerajaan selangor bersalah kepada perjuangan ini apabila wujud projek besar tidak melalui proses tender terbuka, contohnya skandal balak yang dibangkitkan oleh che'GuBard baru-baru ini. Lebih teruk, apabila Azmin didapati berbohong di media dengan menyebut kononnya balak yang diluluskan itu melalui tender terbuka.

Justeru itu, SAMM dengan ini mencabar Azmin Ali membawa che'GuBard ke mahkamah, supaya dokumen yang dilindungi akta rahsia rasmi mengenai tender terbuka penganugerahan projek balak tersebut mampu dipaparkan sebagai bukti. MB Selangor perlu membersihkan namanya, jadilah seperti Lim Guan Eng.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Sila kongsi artikel ini...

Kecilkan Kabinet Untuk Jimatkan Wang Negara.Tinggalkan Lebihan Wang Dalam Poket Rakyat - Mahfuz Omar

11:13 AM 1 Comments A+ a-



Kenyataan media.

SEMAK BAJET 2016:KECILKAN KABINET UNTUK JIMATKAN WANG NEGARA.TINGGALKAN LEBIHAN WANG DALAM POKET RAKYAT

1.Keadaan ekonomi yang tidak menentu melanda negara sekarang memaksa kerajaan menyemak dan mengubah suai bajet 2016 yang kini baru berusia dua minggu perlaksanaannya.Kerajaan mengalami kekurangan pendapatan dari sumber hasil minyak yang mengalami kejatuhan harga pada paras yang begitu rendah.Kekurangan pendapatan ditambahkan lagi dengan kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia yang begitu buruk.

2.Persoalannya apakah nanti pengubahsuaian bajet 2016 akan dapat meringankan beban hidup rakyat atau meringankan beban kerajaan dan pemimpin negara.Apa yang dapat dilihat pengubahsuaian ini akan lebih menyelesaikan beban kerajaan untuk menampung kekurangan pendapatan negara.Semakan bajet ini juga akan meringankan beban sakit kepala PM Najib dan anggota kabinet dapur dari menanggung beban berfikir untuk mencari sumber pendapatan bagi menguruskan negara.

3.Apa yang masih diharapkan rakyat semakan bajet yang bakal diumumkan oleh PM Najib pada 28 Jan 2016 nanti akan dapat meninggalkan lebihan wang dalam poket rakyat dan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat untuk menampung keperluan kehidupan rakyat yang makin sempit.

4.Saya mencadangkan supaya dikecilkan jumlah anggota "KABINET DAPUR" Najib dari 35 kepada 15-19 orang sahaja.Mansuhkan penasihat dan Duta khas PM yang bertaraf Menteri serta kurangkan jawatan lantikan politik yang tidak menyumbang kepada pengukuhan kewangan dan ekonomi negara.Membatalkan cadangan projek yang belum ditender dan menangguh projek yang belum ditandan tangan.Pertingkatkan kawalan perbelanjaan seperti mana yang sering ditegur oleh ketua audit negara.Pertingkatkan usaha pencegahan rasuah disektor awam.

5.Penjimatan dalam pengurusan kewangan negara serta perbelanjaan tanpa ketirisan dan rasuah akan dapat membantu mengembalikan subsidi barangan keperluan rakyat yang telah dimansuhkan dan dikurangkan oleh kerajaan sebelum ini.Kerajaan juga sewajarnya mempertimbangkan tuntutan rakyat ekoran menerima beban akibat dari GST dengan paling tidaknya mengurangkan kadar GST dari 6% kepada 3 atau 4%.Ekoran harga minyak mentah berada pada harga USD28 satu tong atau 1 liter USD 0.177 bersamaan RM 0.78 1 liter.sewajarnya harga minyak runcit di pam diturunkan.ini memberi peluang untuk rakyat merasai nikmat dari harga minyak dunia yang rendah.

6.Bagi golongan pekerja Kerajaan juga sewajarnya mempertimbangkan pengurangan 2% caruman individu pekerja dalam KWSP sehingga keadaan ekonomi pulih,serta mempertimbangkan pengurangan 2% cukai pendapatan individu untuk membolehkan lebihan wang dalam poket pekerja untuk menguruskan kehidupan rakyat yang sempit dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.

7.Cadangan saya diatas adalah pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.Jangan kikis rakyat untuk menampung kekurangan pendapatan negara ekoran keborosan kerajaan Umno Bn selama ini.

8.Saya dan rakyat mengharap sebarang pengubahsuaian bajet 2016 dapat meninggalkan lebihan wang dalam poket rakyat.Kalau kerajaan sendiri dengan segala sumber hasil pendapatan menghadapi masalah menguruskan negara kerana kekurangan pendapatan sudah tentu rakyat lebih lagi bermasalah kerana sejak sekian lama menghadapi kekurangan pendapatan boleh guna akibat kenaikan kos sara hidup yang tinggi.Bayangkan bagaimana pekebun kecil dan penoreh getah dengan bergantung pendapatan pada harga getah kini RM1.80 1 kg dan pesawah padi yang bergantung pendapatan pada harga padi bersama subsidi RM1.50 1kg.Sedangkan harga beras RM2.20 1kg dan ikan kembung RM14.00 1kg.Pengubahsuaian bajet 2016 tidak bermakna kalau poket rakyat tak ada wang.

9.Rakyat memerlukan kepimpinan negara yang cekap,bijak,bersih dan beramanah dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan negara.Rakyat tak mahu PM Najib dan kabinet dapur yang kotor dan busuk dengan bangkai lipas dan tikus munduk.

KEMBALIKAN BAJET RAKYAT.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
19Jan 2016/9 Rabiulakhir 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Catatan Dari Mahkamah Tinggi Georgetown , Kes diselesaikan di luar mahkamah - Nasrudin Hassan

9:37 AM 1 Comments A+ a-




Catatan Dari Mahkamah Tinggi Georgetown

Kes diselesaikan di luar mahkamah

Oleh : Nasrudin Hassan

1. Sekitar jam 9.30 am saya tiba di Mahkamah Tinggi Georgetown, saya terus dipanggil oleh pihak peguam saya untuk memaklumkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak Plaintif dengan menuntut supaya saya meminta maaf kepada plaintif.

2. Beberapa masa diambil untuk saya berbincang dengan pihak peguam saya, juga mengambil kira pandangan dari kedua - dua pihak, akhirnya saya mengambil keputusan untuk solat dua rakaat bagi memohon petunjuk Allah swt.

3. Jam 10.20 am saya membuat keputusan bahawa saya tidak akan memohon maaf dan mengarahkan peguam saya agar proceed untuk melalui perbicaraan kes saman yang berkait dengan penulisan saya bertajuk Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel ? Pada tarikh 6 Ogos 2014.

4. Jam 10.30 am, sekali lagi saya dipanggil untuk selesaikan kes sebagai rundingan di luar mahkamah di kamar hakim secara mediasi (satu proses runding cara dengan tujuan penyelesaian di luar mahkamah bagi kes - kes sivil), namun saya tetap menegaskan bahawa saya tidak akan memohon maaf kerana penulisan saya tidak bermaksud memfitnah plaintif.

5. Rundingan diteruskan lagi dan Jam 11.05 am, akhirnya kedua - dua pihak bersetuju dengan penyelesaian menerusi rundingan diluar mahkamah itu tanpa saya memohon maaf dan tidak memanjangkan kes serta menarik balik pada sebahagian point dari artikel saya yang menimbulkan salahfaham seperti yang disiar dalam facebook saya pada 6 ogos 2014.

6. Pada jam 11.30 am, Hakim memutuskan penyelesaian kes dicapai diluar mahkamah dengan memerintahkan kos mahkamah sebanyak RM10K.

Sekian.


Sila kongsi artikel ini...

Tahniah ke atas ketegasan Saudara Lim Guan Eng dan kejayaan membersihkan nama melalui mahkamah, cabar Azmin melakukan perkara sama - Che'GuBard

7:26 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Umum
19 Januari 2016

Tahniah ke atas ketegasan Saudara Lim Guan Eng dan kejayaan membersihkan nama melalui mahkamah, cabar Azmin melakukan perkara sama jika benar betul.


1. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Lim Guan Eng atas ketegasan beliau mempertahankan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbirannya daripada berhadapan dengan pertuduhan fitnah. Sekadar catatan, Saudara Nasruddin Hassan Tantawi telah disaman atas artikelnya yang membela yang diserang pertikaian umum kerana Kerajaan Negeri Selangor yang dipertikai umum ketika itu apabila meluluskan projek KIDEX iaitu projek lebuhraya bertol yang jelas bertentangan dgn aspirasi serta janji perjuangan ini pada rakyat.

2. Proses penganugerahan projek melalui tender terbuka merupakan antara isu asas atas semangat reformasi dan janji ketelusan perjuangan ini kepada rakyat. Ini bukan isu peribadi Saudara Lim Guan Eng. Saya amat kesal dengan sikap sesetengah pihak yang cuba melabelkan kes ini sebagai perjuangan kelompok Islam melawan Bukan Islam. Ini adalah satu perkara yang sangat melampau, menjelekkan dan amat jumud.

3. Dalam perkembangan yang sama, di Selangor, saya tegaskan memang boleh kerajaan sama ada pusat atau negeri untuk menawarkan kontrak projek bukan melalui
tender terbuka tetapi kita mengkhianati janji kita pada rakyat dan perjuangan Saudara Anwar Ibrahim yang kini merengkok sekali lagi di penjara kerana mempertahankan prinsip.

4. Saya ulangi lagi, Saudara Azmin Ali selaku Ketua Kerajaan Selangor bersalah kepada perjuangan ini apabila kewujudan projek besar tanpa melalui proses tender terbuka contohnya balak yang pernah saya bangkitkan baru ini. Dan dia berbohong di hadapan media apabila menyebut projek balak itu adalah melalui tender terbuka.

Bukti saya 1. Tiada iklan tender terbuka 2. Dokumen Kerajaan Selangor yang berlabel rahsia

5. Untuk itu saya mencabar Saudara Azmin Ali untuk membawa saya ke mahkamah. Saya akan mendedahkan dokumen "rahsia" Kerajaan Selangor yang membuktikan tidak ada tender terbuka dilakukan. Dokumen membuktikan Azmin berbohong tersebut juga saya telah serahkan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

Che'GuBard
Ahli Seumur Hidup
Parti Keadilan Rakyat


Sila kongsi artikel ini...

Selamatkan Duit Anda - Jangan Bayar Saman AES - Zulhazmi Shariff

12:29 PM 0 Comments A+ a-



SELAMATKAN DUIT ANDA - JANGAN BAYAR SAMAN AES.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Low Tiong Lai semalam dilaporkan sebagai berkata Kementeriannya akan menyambung semula perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermula MAC 2016 serentak dengan penguatkuasaan semula Sistem KEJARA.

Minggu lepas Timbalannya Datuk Aziz Kaprawi berkata Kementeriannya juga akan membawa cadangan kepada Jemaah Menteri bagi memberikan diskaun 50% kompaun saman-saman AES yang masih belum dijelaskan. Cadangan pemberian diskaun tersebut bertujuan menyelesaikan masalah lambakan saman AES yang masih tertunggak berjumlah lebih kurang 1.91 juta saman. Aziz juga berkata Kerajaan sanggup kerugian hampir setengah bilion ringgit bagi tujuan tersebut.


Saya, ZULHAZMI SHARIFF dengan ini menyeru dan mengajak semua pengguna jalanraya yang menerima saman AES sejak September 2012 sehingga hari ini yang masih belum membuat bayaran agar TIDAK MEMBUAT BAYARAN saman-saman yang diterima.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF mengajak semua penerima saman AES supaya mengabaikan sahaja saman-saman yang telah diterima.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF menegaskan bahawa saman tidak diperlu dijelaskan. Tiada sebarang peruntukkan mewajibkan saman dijelaskan.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF memberi aku janji akan bersama mempertahankan anda jika anda dibawa ke Mahkamah kerana tidak menjelaskan saman-saman AES.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF mendesak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengangkutan membatalkan dan melupuskan semua saman-saman yang telah dikeluarkan sejak September 2012 sehingga sekarang.

JANGAN PENAT MELAWAN PENINDASAN.
BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF.
19012016


Sila kongsi artikel ini...

Ampun Tuanku:Kerajaan UMNO BN Mengikis Rakyat Untuk Menampung Keborosan, Ketirisan dan Rasuah Dalam Perbelanjaan Negara - Mahfuz Omar

9:18 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan media.

AMPUN TUANKU:KERAJAAN UMNO BN MENGIKIS RAKYAT UNTUK MENAMPUNG KEBOROSAN,KETIRISAN DAN RASUAH DALAM PERBELANJAAN WANG NEGARA.

1.Ampun Tuanku! Patik menjunjung kasih atas titah Tuanku sempena dengan keputeraan Tuanku Sultan Kedah yang ke 88.Patik dan rakyat Kedah khasnya dan Malaysia amnya mendoakan moga Allah melanjutkan usia Tuanku dan Tuanku Permaisuri serta diberikan kesihatan,kesejahteraan,diberkati dan dirahmati didunia dan akhirat.

2.Patik sekali lagi menjunjung kasih atas titah kebawah Duli Tuanku sempena ulangtahun Keputeraan Tuanku yang ke 88 yang begitu perihatin terhadap beban rakyat yang terkesan akibat dari kejatuhan komoditi dan nilai ringgit.Titah Tuanku lagi,Kesan daripada itu kuasa beli rakyat berkurangan dengan mendadak dan Kedah antara negeri yang terkesan.Patik berbangga dengan keperihatinan Tuanku.

3.Ampun Tuanku.Apa yang terjadi pada hari ini seperti keperihatinan Tuanku adalah berpunca dari selama pemerentahan Umno Bn dipenuhi dengan keborosan,ketirisan dan amalan rasuah yang ibarat menjadi makanan harian pemimpin negara.Diwaktu nilai ringgit kukuh dan harga komoditi serta harga minyak berada pada tahap yang tinggi kerajaan Umno Bn tidak pernah beringat dan berjimat dalam perbelanjaan,jauh sejali untuk menabung dalam tabung masa depan (sovering fund).Rakyat hanya diberikan rasa nikmat seketika sedap sesaat sedangkan pemimpin terus hidup dengan lunggukan kekayaan yang menimbun.

4.Ampun Tuanku,apabila negara berhadapan dengan situasi ekonomi yang tak menentu dan mengakibatkan kerajaan mengalami kehilangan pendapatan maka jalan pendek dan mudah bagi pemimpin negara untuk tidak sakit kepala ialah mengikis dan merompak dari kocek rakyat secara halal atas nama untuk terus merancakan pembanggunan ekonomi negeri dan negara.Di negeri Kedah dinaikan cukai tanah yang begitu banyak dan dijangka dapat menambah pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM94 juta dari RM131 juta sebelum kenaikan kepada RM225 juta selepas kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan cukai tanah yang membawa kerajaan pada waktu itu kehilangan pendapatan sebanyak RM50 juta setahun dari hasil cukai tanah.Kini Pertambahan kawasan baru untuk dikena pula cukai pintu sedang digiatkan dikawasan kampung yang tiada perkhimatan untuk rakyat dari pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya majlis Bandaraya Alor Setar dan dan PBT yang lain.

5.Ampun Tuanku diperingkat persekutuan pula kerajaan Umno Bn terus mengikis kocek rakyat dengan menaikan tol,tarif letrik,tambang pengangkutan awam,dikurang dan dimansuhkan subsidi barang keperluan rakyat serta dikena cukai baru GST yang membebankan rakyat untuk menampung keborosan,ketirisan dan rasuah dalam pengurusan dan perbelanjaan wang negara.

6.Ampun Tuanku,kerajaan Umno Bn hanya bermain dengan kata kata manis bagi melunakan rakyat maka diberilah kepada rakyat gula gula getah (Brim) yang sementara manisnya ada maka rasalah sedapnya,bila hilang manisnya, lengoh lah pasung dagu untuk mengunyahnya.Inilah kesengsaraan penyeksaan keatas rakyat yang sedang dirasai,dari keluarga yang kebuluran dikampung dengan pendapatan menoreh getah yang harganya RM1.70 1kg dan dibahagi dua dengan tuan punya kebun,hingga lah keanak anak dimenara gading yang kelaparan tak cukup wang untuk sesuap makanan.

7.Ampun Tuanku,patik merafak sembah menjunjung kasih atas keperihatinan Tuanku terhadap penderitaan rakyat.Patik mengharapkan Tuanku dapat mengambil sesuatu langkah segera bagi mengatasi ketenatan hidup rakyat yang berpunca dari pemimpin negara yang boros dan mengumpul kekayaan diri dan keluarga.Patik mohon sudilah apa kiranya demi negara dan rakyat Tuanku menasihatkan memanda Perdana Menteri melepaskan jawatan bagi membantu memulihkan keyakinan untuk pertumbuhan ekonomi dan nilai ringgit yang lebih baik.

Ampun Tuanku sembah Patik mohon diampun.

DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
18 Jan 2016/8 Rabiulakhir 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Saya , Tok Pa dan TPPA - Mohammad Agus Yusoff

8:21 PM 1 Comments A+ a-



SAYA, TOK PA DAN TPPA

Semalam saya bertemu Datuk Mustapa Mohamed di rumahnya. Beliau mengajak saya berbincang tentang TPPA dan politik Kelantan.

Tentang TPPA, kata Tok Pa, kita adalah negara berdagang. Suka tidak suka kita mesti menyahut cabaran globalisasi dan menerima liberalisasi perdagangan.


Seterusnya Tok Pa bertanya pendapat saya tentang TPPA? Saya tidak menjawabnya langsung, tetapi menimbulkan beberapa keraguan saya tentang TPPA.

Antaranya ialah tentang harga barangan, peluang pekerjaan, Investor State Dispute Settlement (ISDS), hak bumiputera, hak negeri dan lainnya. Beliau memberi jawapan yang mantap kepada setiap yang saya timbulkan.

Tetapi kata saya, jawapan itu diberi kepada saya. Bagaimana dengan rakyat? Apakah mereka faham apa yang dietrangkan kepada saya?

Kata Tok Pa, beliau akan turun padang untuk menjelaskan keraguan rakyat ini supaya semuanya boleh faham tentang TPPA ini.

Selesai perbincangan, Tok Pa menandatangani buku kecil TPPA dan memberikannya kepada saya. Saya dengan senang hati menerimanya dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Pa.

Tentang politik Kelantan, bila masa sesuai saya sambungkan kisah ini.

Tentang pertemuan semalam, satu yang dapat saya rumuskan: Tok Pa seorang pemimpin yang rajin, komited pada tugas, dan paling penting beliau tahu subject matter yang beliau perjuangkan.

Jikalah ramai pemimpin kita seperti Tok Pa….


Sila kongsi artikel ini...

Perkauman boleh bawa keganasan – Faiz Fadzil

8:05 PM 0 Comments A+ a-



Perkauman boleh bawa keganasan – Faiz Fadzil

Dunia dikejutkan dengan siri pengeboman di beberapa negara termasuk Perancis, Turki dan terkini Indonesia.

Pemuda Amanah mengecam tindakan sebegini yang tidak Islamik dan tidak bertamadun.

Islam agama yang membawa rahmat bukan sahaja kepada manusia, malah seluruh alam. Islam menganjurkan keamanan negara, kemakmuran hidup rakyat dan keharmonian antara kaum.

Amat malang jika pengeboman sebegini dilakukan oleh militan orang Islam seperti kumpulan Isis yang sememangnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Kejadian sebegini akan meningkatkan lagi sentimen Islamophobia. Keganasan dan ekstrimisme bukan metod dakwah Islam.

Pendekatan Islam adalah wasatiah dan sederhana.

Allah memerintahkan hambaNya berdakwah dengan bijak dan nasihat yang baik (an-Nahl, ayat 125).

Justeru, Pemuda Amanah percaya keganasan sebegini disumbangkan oleh salah faham tentang ajaran Islam yang sebenar dan sikap taksub atau fanatik terhadap agama dan bangsa.

Pemuda Amanah tegas menolak ajaran dan fahaman sebegini.

Masyarakat negara ini cukup bimbang sekiranya agenda ekstrimisme sebegini menyerap masuk ke negara ini. Usaha semua pihak terutama pihak kerajaan bagi membendung ekstrimisme perlu diberikan perhatian serius.

Mendidik rakyat terutama di sekolah dan pusat pengajian tinggi dan kempen anti-ekstrimisme adalah usaha efisyen bagi membendung ancaman ini.

Tindakan undang-undang jika diambil hendaklah berpaksikan kepada keadilan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Keselamatan negara hendaklah diimbangi dengan kebebasan dan hak yang dijamin perlembagaan dan nilai sejagat.

Namun, usah pula kerajaan menggunakan alasan menyekat keganasan untuk justifikasikan undang-undang drakonian seperti Pota, Sosma dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sesungguhnya kezaliman tidak menyelesaikan kesulitan ini.

Jangan kerana mahu mempertahankan kuasa, Umno terus meniupkan sentimen perkauman kononnya Melayu akan hilang kuasa kepada Cina jika Umno hilang kuasanya.

Sesungguhnya, khurafat dan hegemoni ini yang boleh menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat Melayu, yang boleh menyemarakkan semangat ekstrimisme yang akhirnya merugikan negara dan rakyat jika ia berakhir dengan tindakan-tindakan keganasan.

Amat menghairankan bila kerajaan gagal mengambil tindakan terhadap golongan yang bermain api perkauman termasuk kumpulan baju merah. Sikap pilih bulu kerajaan tidak menguntungkan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Pemuda Amanah menyeru agar sentimen perkauman dan fahaman ekstrimisme dihindari bermula hari ini demi kejayaan negara jutaan hari yang mendatang. – 17 Januari, 2016.


Sila kongsi artikel ini...

Tambak Laut: Wajar Dibatalkan, Cari Alternatif Lain untuk Biaya Pelan Induk Pengangkutan - Ir. Khairil Nizam

10:55 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

16 Januari 2016 | 6 Rabi’ul Akhir 1437 H

TAMBAK LAUT : WAJAR DIBATALKAN, CARI ALTERNATIF LAIN UNTUK BIAYA PELAN INDUK PENGANGKUTAN

1. DPPM memandang serius kenyataan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan aktiviti penambakan laut untuk membiayai kos projek dibawah Pelan Induk Pengangkutan (P.I.P) negeri yang berjumlah RM27 bilion.

2. Kenyataan tersebut menyatakan bahawa projek penambakan laut sekarang dan projek yang telah diluluskan di zaman Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang akan diteruskan semata-mata untuk menjana pendapatan atau sumber kewangan bagi menampung kos pembiayaan P.I.P. yang memerlukan perbelanjaan yang besar tanpa mahu mencari sumber pendapatan alternatif yang lain. DPPM berpendapat Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya mencari kaedah alternatif bagi menambah pendapatan untuk menampung kos projek P.I.P. tersebut.

3. Apa yang dikhuatiri ialah kesan penambakan laut itu akan mendatangkan mudarat atau wujud kesan sampingan seperti ketidakseimbangan ekosistem yang akan mengakibatkan kemusnahan habitat hidupan laut justeru bakal menjejaskan pendapatan nelayan pesisir pantai. Tindakan para nelayan mendesak agar projek tersebut dibatalkan adalah amat wajar sekali.

4. DPPM berpendapat sepatutnya Kerajaan Negeri memajukan kawasan-kawasan seperti di Daerah Barat Daya Pulau Pinang, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan seperti Pantai Acheh, Balik Pulau, Teluk Bahang, Kota Kuala Muda, Penanti dan Bukit Mertajam yang dilihat agak ketinggalan dari segi pembangunan serta sosio-ekonomi berbanding timur laut Pulau Pinang dan Seberang Perai Tengah seperti Georgetown, Bayan Lepas dan Seberang Jaya.

5. Dengan memajukan kawasan-kawasan tersebut berserta dengan pelan pembangunan yang terancang dan berdaya maju dari segi ekonomi dan sosial, Kerajaan Negeri sebenarnya boleh menjana pendapatan untuk menampung kos P.I.P. tanpa perlu menambak laut demi memelihara alam sekitar serta mengekalkan ekosistem hidupan laut dan nelayan pula dapat meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa dengan pendapatan yang tidak terjejas.

6. DPPM juga khuatir terhadap projek-projek pembangunan selepas siap projek penambakan laut seperti projek Bayan Mutiara yang mana nilai setiap unit kediaman tersebut pasti tidak mampu ditanggung oleh rakyat biasa. Sepatutnya keutamaan harus diberikan kepada projek-projek perumahan mampu milik kerana ia adalah keperluan kebanyakkan rakyat pada masa ini.

7. Kerajaan Negeri Pulau Pinang wajar menilai semula polisi pembangunan mereka agar tidak wujud pembangunan tidak seimbang diantara bandar dan luar bandar serta menjadikan keperluan rakyat sebagai keutamaan seperti menyediakan rumah mampu milik disaat harga rumah melambung tinggi dan kos sara hidup yang meningkat. Pembangunan yang seimbang adalah sangat penting bagi memastikan tiada rakyat ketinggalan dan tenggelam dalam arus pemodenan dan pembangunan yang pesat.

Sekian.

“Mempersiap Generasi Kemenangan”

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).


Sila kongsi artikel ini...

Gagasan Ekonomi Ummah - Tan Sri Dato' Sri Abdul Khalid Ibrahim

10:42 PM 0 Comments A+ a-



GAGASAN EKONOMI UMMAH
Oleh Tan Sri Dato' Sri Abdul Khalid Ibrahim

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wr. wbth.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama di sini hari ini bagi menjayakan Konvesyen Usahawan Haraki yang bertujuan merangka strategi dan melakar hala tuju bagi para usahawan Muslim khususnya ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Terlebih dahulu, izinkan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Lajnah Ekonomi, Pengurusan Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk turut memainkan peranan dan memberi sumbangan kecil dalam usaha memperkasakan golongan usahawan Muslim dengan membentangkan perbincangan bertajuk "Gagasan Ekonomi Ummah".

Secara umumnya, Islam menggalakkan umatnya meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan mencari keselesaan hidup di dunia dengan syarat tidak melanggar hukum syarak di samping menggesa mereka yang diberi nikmat kekayaan dan harta benda agar sentiasa menyantuni dan membantu meringankan beban golongan fakir miskin, mengalami kesulitan dan yang kurang bernasib baik.

Di samping pelbagai hadis yang menggambarkan betapa Rasulullah S.A.W. gusar sekiranya umatnya ditimpa kesukaran dan rintangan di dunia termasuk kemiskinan dan kefakiran, berikut antara petikan dalam al-Quran yang boleh ditafsirkan sebagai menjurus kepada perbincangan mengenai isu berkaitan ekonomi ummah:
> Ayat 7 Surah Al-Hasyar: Janganlah harta kekayaan berlegar di kalangan kamu sahaja
> Ayat 100 Surah Yunus: Allah menimpakan kemurkaan kepada orang yang tidak mempergunakan akal mereka
> Ayat 11 Surah Ar Ra'du: Allah tidak akan mengubah (nasib) sesuatu kaum sehinggalah kaum tersebut mengubah diri mereka sendiri

Jelas bahawa kesinambungan bagi agenda pembangunan dan pemerkasaan ekonomi ummah wajar menjadi salah satu matlamat utama demi memenuhi keperluan asasi masyarakat di samping mencapai peradaban dan ketamadunan Islam sejagat alaf baharu dalam erti kata yang sebenar. Apatah lagi kita tidak dapat lari daripada memastikan terlebih dahulu wujudnya dominasi kuasa dan kawalan ekonomi oleh umat Islam untuk memungkinkan penghayatan dan pelaksanaan ajaran dan tuntutan Islam hakiki.

Namun, tahap kemajuan dan kemantapan ekonomi menurut piawaian global hari ini seharusnya dicapai terlebih dahulu oleh beberapa negara yang berpopulasi majoriti Islam, sebagai pelopor dan panduan bagi negara anggota Organisation of Islamic Cooperation (OIC) yang lain.

Memandangkan dunia 2M (matawang dan materialistik) hari ini sudah menjadi lumrah, masyarakat perlu dipimpin dan dibimbing agar golongan yang berjaya dari segi sosio-ekonomi sedar bahawa harta dan kesenangan kurniaan Allah adalah amanah di mana orang lain dalam masyarakat mempunyai hak ke atasnya. Adalah menjadi tanggungjawab bagi mereka yang berjaya untuk mememenuhi hak orang lain ini khususnya dalam aspek keperluan asas dan kebajikan; membantu mencapai pengagihan kekayaan saksama dalam masyarakat dan menyumbang kepada peningkatan mutu kehidupan ummah secara keseluruhan. Maka, keredhaan Illahi dan memenuhi hak-hak masyarakat merupakan objektif mutlak yang seharusnya cuba dicapai oleh siapa sahaja dalam apa jua keadaan dan bagi semua aspek kehidupan.

Memperakui peri pentingnya perniagaan sebagai punca rezeki utama seperti yang ditafsirkan dalam ayat 275 Surah Al-Baqarah dan beberapa hadis kukuh, maka izinkan saya mencadangkan konsep "sweat capital/equity" yakni modal/ekuiti keringat dalam "ownership interest" atau "equity participation" (pemilikan kepentingan atau penyertaan ekuiti) untuk memulakan dan membangunkan sebarang usaha niaga. Bertentangan dengan "share capital/equity" (modal/ekuiti saham), konsep ini masih terlalu asing di Malaysia dan Nusantara meskipun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang baharu dalam sejarah pemikiran dan filosofi ekonomi.

Mula diketengahkan oleh David Ricardo (1772-1823), idea "to each according to his contribution" terus diperhalusi oleh pemikir ekonomi era klasik dan sosialisme pra-Marxisme sehingga menjadi salah satu karakteristik yang mencirikan sosialisme hari ini. Pendek kata, gagasan modal keringat ini bersandarkan prinsip pengagihan di mana ganjaran setimpal bagi setiap individu seharusnya mencerminkan sumbangan beliau kepada "produk sosial" dalam ekonomi dalam pelbagai bentuk seperti output keseluruhan atau KDNK. Berbeza dengan kapitalisme di mana tanah (sewa), tenaga kerja (gaji), modal (kadar faedah dan keuntungan) dan keusahawanan (keuntungan) merupakan faktor pengeluaran (dan ganjaran) utama, tumpuan sosialisme Ricardian adalah "effort" yakni usaha, "labour" yakni tenaga kerja dan produktiviti.

Menyedari masalah kekurangan "monetary/financial capital" atau modal tunai/kewangan merupakan kekangan utama yang menghalang umat Islam di Malaysia dan Nusantara dari menceburi bisnes, maka saya yakin konsep modal keringat bakal menjadi penyelesaian ampuh bagi permasalahan ini. Berkait rapat dengan aspek manusiawi seperti kerajinan, kegigihan, ketekunan dan minat, modal keringat sebenarnya merangkumi perkara-perkara bukan kewangan yang boleh disumbangkan bagi memulakan, menambahbaik, mempertingkat nilai dan selanjutnya mengembangkan sesuatu bisnes seperti daya usaha, pengetahuan, kepakaran, kreativiti/idea, rangkaian (kenalan, hubungan perniagaan, dan sebagainya) dan kompetensi/keupayaan lain.

Meskipun pada asalnya sumbangan modal keringat ini dalam apa jua bentuk tidak dibayar atau diberi ganjaran seperti gaji, ia boleh dinilai mengikut kadar pasaran menggunapakai metriks bolehukur seperti "man-hours" atau "jam manusia" yakni masa, tenaga dan perkhidmatan lain yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau mencapai sesuatu sasaran. Syaratnya, sumbangan modal keringat dalam sebarang bentuk wajib dihitung secara setimpal dan saksama serta direkodkan kerana akan tiba suatu masa ia akan dikonversikan kepada pemilikan kepentingan dalam usaha niaga tersebut. Justeru, konsep ini juga digelar "stock for services" atau "saham atas perkhidmatan" di mana kemudiannya para penyumbang modal keringat akan dibayar fi perkhidmatan tetapi dalam bentuk pegangan saham. Konsep "stock options" yakni opsyen saham juga tidak jauh berbeza dengan konsep modal keringat di mana akhirnya para pekerja bertukar menjadi pemilik bersama sesebuah syarikat setelah diberi ganjaran dalam bentuk pegangan saham atas persetujuan menerima gaji lebih rendah daripada kadar pasaran termasuklah tanpa gaji langsung.

Walaubagaimanapun, untuk menjayakan agenda penglibatan secara besar-besaran umat Islam dalam bisnes atau penubuhan lebih banyak syarikat perniagaan bertunjangkan konsep modal keringat ini, golongan kaya atau tokoh korporat dermawan masih diperlukan untuk menyediakan "seed capital" yakni modal benih dalam amaun yang munasabah.

Contoh 1: Seorang usahawan bermurah hati melabur RM100,000 sebagai modal benih bagi satu usaha niaga yang seterusnya dibina, digilap dan dimajukan oleh beberapa penyumbang modal keringat. Dalam tempoh 10 tahun, usaha niaga ini dianggarkan bernilai RM10 juta. Maka, para penyumbang modal keringat akan diberi ganjaran dalam bentuk pegangan saham setara dengan peningkatan nilai ini setelah ditolak benih modal bernilai RM100,00 dan ganjaran munasabah bagi penyedia modal benih.

Contoh 2: Seorang hartawan membuat pelaburan asal sebanyak RM100,000 dalam satu usaha niaga yang dijalankan dan dikembangkan oleh sekumpulan penyumbang modal keringat. Tiga tahun kemudian, 25% saham syarikat tersebut telah dijual kepada seorang "angel investor" pada harga RM500,000. Ini bermakna syarikat tersebut bernilai RM2 juta atau dengan perkataan lain, 75% pegangan saham yang masih kekal dianggarkan bernilai RM1.5 juta. Jumlah yang dikira setelah ditolak pelaburan asal bernilai RM100,000 dan ganjaran munasabah bagi penyedia modal benih itulah bersamaan dengan ekuiti keringat yang akan diagihkan secara setimpal dan saksama di kalangan penyumbang modal keringat.

Perlu diingatkan bahawa fokus konsep ini bukanlah untuk memaksimumkan ganjaran bagi penyedia modal benih tetapi lebih tertumpu kepada agenda meningkatkan penyertaan ummah dalam bisnes. Namun, beberapa isu dalam penilaian ekuiti keringat mungkin berbangkit sekiranya terdapat terlalu ramai rakan kongsi atau penyumbang modal keringat terutama dalam bentuk yang terlalu pelbagai. Untuk mengelakkan sebarang pertikaian atau kerumitan di kemudian hari, ada baiknya jika satu persetujuan mengenai ganjaran munasabah bagi penyedia modal benih, mekanisme penilaian ekuiti keringat dan pengagihan pegangan saham di kalangan penyumbang modal keringat dicapai pada peringkat awal lagi.

Perlu ditegaskan bahawa kita memerlukan lebih banyak lagi solusi tidak konvensional di luar kotak seumpama ini sekiranya kita ingin melihat segera umat Islam yang rata-ratanya kurang bernasib dari segi modal tunai untuk mula berkecimpung dalam bisnes. Malah, tidak keterlaluan dikatakan bahawa inilah inovasi yang membolehkan penyertaan beramai-ramai ummah dalam bidang perniagaan tanpa perlu lagi menunggu lama mengumpul dana demi mencukupkan modal tunai. Kini, kekurangan modal tunai tidak boleh lagi dijadikan alasan untuk tidak terjun dalam dunia perniagaan atau dikatakan batu penghalang dalam usaha memantapkan pembangunan sosio-ekonomi ummah.

Di samping itu, demi pembangunan ekonomi ummah yang menyeluruh dan bermakna sama ada di Malaysia atau di peringkat antarabangsa, kita perlu berusaha mencapai kecemerlangan dalam segala segi sebagaimana yang cuba diterapkan dalam Islam yakni membentuk masyarakat berwawasan, berijtihad dan berakhlak dalam ertikata yang sebenar dan komprehensif. Kerangka ini mencakupi:
> Usaha meningkatkan mutu ibadah secara individu - menyuci hati, memperbetulkan niat
> Penghayatan nilai-nilai murni universal yang seterusnya dijadikan amalan harian dan segala aspek kehidupan sehingga terpancar pada keperibadian yang mulia - ehsan sesama insan, bertimbang rasa, amanah, sadiq, jujur, lurus, bertanggungjawab, memberi tambah nilai kepada masyarakat, dan sebagainya
> Perjuangan berterusan mendaulatkan kebenaran dan keadilan tetapi menolak kebatilan, kezaliman, penindasan, penipuan, pembohongan, rasuah, fitnah, dan sebagainya
> Penguasaan ilmu, pengetahuan dan kepakaran sama ada profesional atau sebagai bekalan akhirat
> Prinsip urus tadbir yang baik terutama kompetensi, kebertanggungjawaban, ketelusan dan integriti

Akhir kata, saya menaruh harapan yang tinggi agar penganjuran wacana intelektual seperti ini dapat menjadi platform untuk terus merangsang percambahan idea ke arah mewujudkan satu kelompok usahawan Islam berjaya demi kemakmuran dan kesejahteraan ummah dan negara.
Sambil mendoakan semoga program ini berjalan lancar dan mencapai kejayaan seperti yang didambakan, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada PAS dengan inisiatif seumpama ini.

Sekian, wabillahi tawfiq wal hidayah. Wassalamualaykum wrh. wbth.


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.