Showing posts with label Pemerhati. Show all posts
Showing posts with label Pemerhati. Show all posts

Bacaan Selain Azan Di Pembesar Suara Patut Dihentikan? - DrMAZA



--BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN?

Soalan: Dato’ Dr MAZA, telah timbul bantahan sesetengah pihak terhadap bacaan kuat selain azan yang dilaungkan di masjid. Ia dikatakan mengganggu mereka yang berdekatan. Isu ini membawa kemarahan sesetengah umat Islam atas nama mempertahankan masjid. Apakah pandangan Dr MAZA tentang hal ini? – Nasir, Penang.

Jawapan: Saya sememangnya ingin mengulas sedikit tentang isu bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai ini. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh dipaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ، فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ، فَكَشَفَ السِّتْرَ، وَقَالَ: «أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ، فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

5. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis tadi dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin:http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml). Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

6. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

7. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

Perlukah Kita Pada Sesi Khas PRIME MINISTER QUESTION (PMQ) TIME? - Mohammad Agus Yusoff



PERLUKAH KITA PADA SESI KHAS PRIME MINISTER QUESTION (PMQ) TIME?

oleh: 
Mohammad Agus Yusoff

Sesi Khas PM Jawab Soalan (PMQ) atau secara rasminya dipanggil Questions to Prime Minister adalah konvensyen perlembagaan di England yang diamalkan sejak tahun 1881 lagi.

Sejak itu, ia telah menjadi amalan bagi PM menjawab soalan di parlimen selama setengah jam pada setiap hari Rabu ketika parlimen bersidang.


PMQ ini kemudiannya menjadi ikutan negara-negara Komanwel yang lain seperti Kanada dan Australia dengan prosedur yang sedikit berbeza.

Hasilnya, sidang palimen di negara-negara ini berjalan segar dan demokrasi berkembang subur dengan PMnya memainkan peranan penting untuk menjawab soalan dari wakil rakyat setiap minggu.

Di negara kita pula, apakah perlu kita kepada PMQ ini?

Hal ini mula menarik perhatian apabila Spekaer Dewan Rakyat menyatakan beliau sedang memikirkan hal ini selepas bertemu delegasi Parlimen Australia yang melawat bangunan parlimen kelmarin.

Reaksi segera beberapa menteri UMNO dengan cadangan ini adalah adalah tidak bersetuju dan pesimis. Kata mereka:

i. perlu dikaji sebelum dilaksanakan.
ii. pelaksanaan ini membebankan PM.
iii. PM tidak boleh hadir setiap minggu pada waktu parlimen bersidang kerana ada urusan penting yang lain.
iv. adalah lebih baik PM memberi tumpuan kepada pembangunan negara daripada melayan soalan-soalan pembangkang.

Kawan saya pula menyatakan, belum pun ada sesi PMQ, parlimen sudah kecoh seperti pasar ikan. Tambahnya, bayangkan jika ada sesi PMQ ini, tentunya lebih kecoh lagi.

Bagi saya itu jawapan pesimis kepada mreka yang tidak mahu berubah. Jika saya ditanya soalan yang sama, saya menjawab baik dan perlu dilaksanakan atas alasan berikut:

i. Memberi peluang kepada wakil rakyat bertanyakan PM mengenai isu-isu nasional yang perlu mendapat perhatian segera beliau.
ii. Membolehkan rakyat menilai keupayaan dan kejujuran PM menjawab soalan berkaitan dengan kebajikan dan kehidupan rakyat.
iii. Memberi peluang kepada PM menjawab segala fitnah yang ditohmahkan terhadap beliau sekiranya itulah soalan yang ditanya oleh wakil rakyat.
iv. Memberi peluang kepada rakyat melihat kehadiran wakil rakyat semasa PM hadir di parlimen dengan semasa PM tidak hadir.

Di akhir analisisnya, saya dapati cadangan Speaker Dewan Rakyat perlu diberi perhatian serius dan dilaksanakan demi untuk kebaikan negara.

Kita perlu berani berubah.

Kenapa Internet Sesak atau Perlahan - Mohamed Awang Lah



Kenapa Internet sesak atau perlahan?

oleh: Mohamed Awang Lah

1. Sejak beberapa hari lepas beberapa orang ahli politik, menteri dan bekas menteri berbalah tentang kelajuan Internet. Ada yang kata pengguna Internet Malaysia lebih suka perkhidmatan yang perlahan!


2. Pada pandangan saya, orang ramai memang suka Internet yang pantas tetapi mereka tak mampu. Dan kalau pun mampu melanggani pakej berkelajuan tinggi, prestasinya hampir sama dengan pakej berkelajuan rendah. Jadi tentulah mereka melanggan pakej yang perlahan sahaja. Mengapa nak buang wang?

3. Tetapi, kenapa Internet selalu sesak?

4. Pembekalan Internet serupa dengan pembekalan air ke rumah. Ada paip besar dari tangki ke sesuatu taman perumahan di mana air disalurkan dengan paip kecil ke setiap rumah. Paip besar mungkin bergaris-pusat 100mm (dengan keluasan rentas 7,854 mm persegi). Paip kecil mungkin bergaris-pusat 20mm (dengan keluasan rentas 314 mm persegi). Nisbah keluasan rentas ialah 7,854/314 atau 25.

5. Ini bermakna paip yang besar itu hanya boleh membekalkan kepada 25 buah rumah sahaja sekiranya setiap rumah menggunakan air sepenuhnya sepanjang masa. Dalam situasi sebenar, ada rumah yang guna air dan ada yang tidak pada sesuatu ketika. Jadi lebih banyak rumah boleh disambungkan kepada paip besar yang sama.

6. Begitulah dengan Internet. Di sesuatu kawasan perumahan ada nod (atau suis atau menara pemancar bagi perkhidmatan wayarles) di mana semua talian pelanggan bersambung. Nod ini juga bersambung ke ibu sawat utama (atau gateway) dengan talian berkelajuan tinggi. Jika talian ke ibu-sawat berkelajuan 100 Mbps dan talian pelanggan berkelajuan 4 Mbps, secara mutlaknya hanya 25 pelanggan boleh menikmati kelajuan 4 Mbps. Tetapi tidak semua pelanggan menggunakan Internet dengan kelajuan maksimum pada masa yang sama. Ada yang guna sedikit sahaja dan ada juga yang tak digunakan langsung.

7. Oleh yang demikian kaedah "over-subscription" diguna - mungkin dengan nisbah 10:1 yang bermakna 250 pelanggan 4Mbps berkongsi talian 100Mbps. Kalau semua mereka menggunakan Internet pada masa yang sama, setiap pelanggan hanya akan dapat 0.4Mbps sahaja. Inilah yang dikatakan perkhidmatan ‘best effort’ - bergantung kepada nasib. Tidak ada jaminan.

8. Di sinilah kemungkinan penipuan berlaku. Pihak pembekal sentiasa menjual pakej 4 Mbps. Tetapi mereka tidak memaklumkan atau memberi jaminan nisbah "over-subscription". Ada yang guna 10:1,dan ada sehingga 50:1 untuk mendapat keuntungan yang lebih - hanya atas budi bicara pihak pembekal. Tidak ada keperluan oleh pihak berkuasa untuk memaksa pembekal membuat pengakuan kepada pelanggan.

9. Tentunya pelanggan yang dibekalkan perkhidmatan dengan nisbah 50:1 akan mengalami lebih banyak kesesakan berbanding 10:1. Yang idealnya 1:1 tetapi kosnya jauh lebih tinggi - biasanya dilanggani oleh pelanggan komersial.

10. Mungkin pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC) perlu memberi lebih tumpuan kepada perkara ini untuk melindungi pengguna. Pemantauan tidak seharusnya terhad kepada kaedah statistik sahaja.

Fitnah Itu Batil dan Batil Itu Akan Hancur - Wan Ahmad Fayhsal



FITNAH ITU BATIL DAN BATIL ITU AKAN HANCUR

Saya dah agak ini akan tiba.

Saya pernah maklumkan dulu bahawa ada SB yang ikut saya. Saya juga maklum nama saya sudah pun naik di Bukit Aman. Kita hormati urusan pihak polis untu memantau kerana itu tugas "intelligence" risikan.

Dalam jutaan pengguna Facebook di Malaysia, ada lebih ramai yang benar-benar menghasut dan memfitnah DS Najib tanpa ada sebarang asas langsung. Tetapi yang kena saya. Kenapa?

Kerana kebanyakan pengguna Facebook lain kritik atas angin, emosi.

Saya, Jebat Must Die (JMD), Datuk Kadir Jasin, Tun M kami kritik dengan asas.

Ini adalah "intimidation game". Sama seperti The Edge kena. Sama seperti The Malaysian Reserve kena kerana banyak menerbitkan artikel saya tentang 1MDB.

Saya bukan orang pertama dibuat laporan polis atas tuduhan memfitnah DS Najib Razak. Dan laporan yang dibuat ke atas saya ini adalah "coordinated". Ada yang mengaturnya.

Dalam banyak-banyak penulis yang mengkritik secara rapi tentang 1MDB, Jebat Must Die (JMD) yang pertama kali kena.

Berita tersebut yang pertama kali maklumkan adalah portal berita MyNation juga yang melapor dengan jitu butiran laporan polis terhadap saya dan JMD.

Ini tidaklah pelik kerana MyNation adalah wadah untuk cytro seperti Lim Sian See, Azmi Arshad, Seademon dan yang seangkatan dengannya.

MyNation adalah portal berita yang siarkan artikel Azmi Arshad yang menyangkal artikel saya tentang Amerika akan siasat 1MDB guna RICO. Macam saya kata dulu, kalau penulisan saya ialah fitnah, perlukah dibangkang semahunya oleh Azmi Arshad?

Sepatunya penulisan fitnah tiada nilai hasutan sebab fantasi. Tapi mereka siarkan juga "refutation". Ini bermakna dan betul pun setelah disahkan The New York Times yang FBI dan Justice Department sedang siasat, 1MDB bahawa telahan saya ada asas dan benar tentang risiko RICO.

Kalau anda perhatikan banyak posting Azmi Arshad ke atas saya, mereka sendiri menggunakan taktik Red Bean Army: Taunting, Pressure, Intimidation, Bullying persis Gangster.

Mereka gunakan akaun "fake profiles" untuk menghurung bersama-sama pengguna Facebook sebenar yang "maghrur" (yang tertipu) untuk memenuhi nafsu amarrah mereka mengherdik saya dan mana-mana pihak yang mengkritik secara berasas.

Mereka mencaci dan memfitnah Tun Mahathir seperti mereka cuba memburukkan kereta nasional Proton, anak Tun Mahathir etc.

Akan tetapi ketahuilah bahawa janji Allah SWT dan Al-Qur'an itu tidak sesekali fitnah.

و قل جاء الحق و زهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

"Katalah: bila tibanya kebenaran akan hancurlah kebatilan. Sesungguuhya kebatilan itu tiada kekal dan pasti luput"

Mereka boleh buat bermacam-macam menggunakan semua aparatus yang ada tetapi semua itu adalah kebatilan yang akan luput. Itu JANJI ALLAH!

Ingatlah semua di muka bumi ini milik Allah SWT (lillahi ma fi al-samawati wa'l-ard). Allah bagi "respite" kepada mereka bukan kerana Allah sayangkan kebatilan mereka tetapi sebagai "istidraj" (deceptived respite) yang akan memakan diri mereka kembali kelak.

Saya masih berpegang dan pertahankan tulisan dan analisa saya tentang 1MDB telah dilakukan dengan penuh tanggungjawab, sedaya mungkin bukan dengan niat memfitnah walaupun berhadapan dengan kekangan maklumat.

Kepada Allah kita berserah. Amin!



Skandal 1MDB Beri Kesan ke Atas Pelaburan PETRONAS di Kanada - Wan Ahmad Fayhsal



SKANDAL 1MDB BERI KESAN KE ATAS PELABURAN PETRONAS DI KANADA

Terkejut saya baca akhbar Kanada "The Globe and Mail" bagaimana mereka melihat PM DS Najib Razak dan skandal 1MDB. Amat negatif (http://www.theglobeandmail.com/…/alleged-s…/article26537873/).

Ini memberi gambaran dan tamparan yang buruk kepada PETRONAS yang sudah pun berhadapan cabaran perundangan dan alam sekitar untuk projek Liquefied Natural Gas (LNG) di British Columbia (BC), Kanada yang bernilai kira-kira USD $36 bilion.


Walaupun ianya tidak ada kaitan secara langsung, ianya telah mengundang persepsi yang amat negatif sehingga akhbar The Vancouver Sun sanggup korek rekod dan audit teknikal keselamatan operasi PETRONAS (http://business.financialpost.com/…/energy-giant-petronas-w…).

Nasib baik PETRONAS dapat jawab dengan tuntas seperti laporan rasmi yang dikeluarkan oleh PETRONAS kepada The Vancouver Sun (https://www.scribd.com/doc/280075557/Petronas-Media-Response).

Minggu ini kita telah dikejutkan dengan skandal penipuan Volkswagen yang mengelat memenuhi piawaian alam sekitar di Amerika yang telah membakar hangus nilai syarikat kebanggaan rakyat Jerman itu.

Kita kena faham bahawa berniaga di luar negara khusus di Barat yang ada tradisi perundangan (rule of law) yang kukuh, "slack" sikit saja habis pelaburan, reputasi dan nilai saham syarikat.

Persepsi buruk skandal 1MDB dan reputasi DS Najib bak mencurah minyak ke atas unggun api yang PETRONAS sedang berusaha kawal dalam isu projek LNG di BC kerana rakyat BC dan media Kanada sedang persoalkan ketelusan dan kemampuan PETRONAS sebagai syarikat milik kerajaan Malaysia yang kini di bawah DS Najib banyak menyalah gunakan institusi kerajaan untuk menutup skandal 1MDB.

Perlengahan projek LNG ini seperti laporan panjang lebar The Fraser Institute akan menyebabkan PETRONAS menanggung "opportunity cost" yang tinggi. (http://www.fraserinstitute.org/…/lng-exports-from-british-c…)

Inilah nasib negara kita di kaca mata dunia. Usah kita memberi alasan konspirasi itu dan ini kerana fasad (keburukan) yang berlaku kerana tangan-tangan kita sendiri.

Rujuk lagi:

1.Just how bad is B.C.'s LNG deal with Petronas? http://rabble.ca/…/20…/07/just-how-bad-bcs-lng-deal-petronas

2.Petronas burning billions in B.C. in bid for LNG plant https://www.biv.com/…/petronas-burning-billions-bc-bid-lng…/

3. MALAYSIA SCANDAL DAMPENS HOPES FOR PETRONAS LNG PROJECT IN BC http://www.asianpacificpost.com/…/7085-malaysia-scandal-dam…

4. BC's Gas Export Hopes Face 'Scandal that Ate Malaysia'
http://thetyee.ca/News/2015/07/24/BC-Gas-Malaysia-Scandal/

5. Petronas's Silence on BC LNG Act Sends Disquieting Signalhttp://thetyee.ca/Opini…/…/08/04/Petronas-Silence-on-BC-LNG/



Mempergunakan Mimbar - Zulhazmi Shariff



MEMPERGUNAKAN MIMBAR

Sebenarnya ini bukan perkara baru.... Ini adalah perkara yang sudah biasa berlaku dan kebiasaan ini tidak diambil perhatian sehinggakan kebiasaan ini dianggap sesuatu yang tidak salah.

Banyak kali sangat ke masjid untuk solat Jumaat dan semasa mendengar khabit membaca khutbah, isi khutbahnya tidak sahih dan tidak tepat. Ada teks khutbah yang mencedok tulisan-tulisan orang yang tidak dikenali di laman maya. Ada teks khutbah yang menyatakan perkara-perkara yang tidak tepat tanpa sebarang bukti dan fakta. Sebelum ini berkali-kali isu mazhab dibacakan dengan menyatakan fakta-fakta yang tidak tepat.


Terbaru apabila teks khutbah di Pahang yang menuduh sebuah parti politik khususnya DAP yang kononnya secara terang-terang menentang Islam. Tuduhan tanpa sebarang fakta dan bukti adalah jelas suatu fitnah yang amat memalukan. Lebih memalukan ianya dijadikan teks rasmi yang dibaca oleh khatib-khatib di dalam masjid.

Mempertahankan tindakan tersebut atas alasan ianya suatu nasihat adalah tindakan yang lebih memalukan. Apakah ianya suatu nasihat jika dengan terang, jelas lagi nyata menuduh suatu pihak menentang Islam tanpa membawa sebarang bukti? Apakah bukti DAP menentang Islam? Di mana faktanya DAP menentang Islam?

Ya... Ada para penulis di alam cyber memberikan contoh antaranya tindakan DAP tidak bersetuju dengan hudud, DAP mempertahankan sekular, DAP itu dan DAP ini sebagai hujah dan bukti bahawa DAP menentang Islam. Adakah tindakan DAP secara keseluruhannya menolak hudud? Adakah DAP memperjuangkan negara sekular sehingga menafikan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan? Ini semua perlu dibahaskan secara ilmiah bukan tuduhan melulu tanpa fakta jelas.

Alasan-alasan tersebut hanya ditulis mereka di alam maya tetapi yang dipersoalkan ialah di mana bukti oleh penulis teks khutbah? Penulis teks khutbah hanya sewenang-wenang menulis bahawa "DAP secara terang-terang menentang Islam". Dengan hanya menulis ayat sebegitu, adakah ianya wajar dimaksudkan sebagai nasihat? Mengajak atau menasihat ummat Islam supaya bersatu amatlah baik tetapi mengajak untuk bersatu dalam keadaan memfitnah pihak lain itu suatu kecelakaan.

Mimbar khutbah lebih-lebih lagi masjid sepatutnya dijadikan tempat penyatuan dan perpaduan untuk kebaikan bukan memecah belah dan memfitnah.

Malanglah ummat Islam bila mimbar masjid dijadikan tempat memfitnah dan lebih dari itu dipertahankan pula fitnah yang berlaku atas nama agama. Agama hanya menjadi mainan mereka yang berkuasa untuk melakukan apa saja demi kepentingan mereka.

BERANI BERUBAH

ZULHAZMI SHARIFF
28092015

Kehidupan dan Kekayaan Bekas Pengarah AABAR (yang ada JV dengan 1MDB) Yang Dipecat - Wan Ahmad Fayhsal



KEHIDUPAN DAN KEKAYAAN BEKAS PENGARAH AABAR (yang ada JV dengan 1MDB) YANG DIPECAT

Super kaya. Ada kenalan bagitahu saya keluarga al-Qubaisi di UAE bukanlah orang berada. Bukan keluarga diraja. Makan gaji juga. Beliau kawan Jho Low dan banyak terlibat dalam urusan perniagaan dengan kerajaan kita seperti beli RHB selain daripada JV dengan SRC International yang pinjam duit KWAP juga 1MDB.

Panjang laporan Sarawak Report ini. Ringkasnya ialah dari mana datang duit untuk labur pengurusan kelab malam Hakkasan di Vegas itu?


Financial Times juga laporan Qubaisy tag team dengan Jynwell Capital yang Jho Low dan ayahnya kemudi untuk beli Coastal Energy.

http://www.ft.com/intl/cms/s/0/daa1d42e-ddf3-11e4-8d14-00144feab7de.html#axzz3mvnLSMk4



Banyak kes Qubaisiy ni sebab itu baru ini dipecat oleh kerajaan UAE lepas skandal 1MDB meletup. Begitu juga pengganti beliau al-Huseiny.

Baru-baru ini WSJ laporkan yang hutang 1MDB kepada IPIC tidak berbayar sampai hampir RM 10 bilion. Sebab itu mungkin Qubaisiy kena pecat.

Anda baca dan nilai sendiri. Ada court case semua.





Recent Posts Widget

.

.