Showing posts with label SAMM. Show all posts
Showing posts with label SAMM. Show all posts

Analisis Prof. Dan Slatter Bukti SAMM Berada Pada Garis Tepat



Kenyataan Umum
7 Ogos 2015

Analisis Prof. Dan Slatter Bukti SAMM Berada Pada Garis Tepat

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik tulisan Professor Dan Slatter, professor Sains Politik dari Universiti Of Chicago bertajuk Malaysia's Mess Is Mahathir Made yang dikeluarkan oleh East Asia Forum. Rujuk http://www.eastasiaforum.org/2015/07/29/malaysias-mess-is-mahathir-made/

SAMM semenjak dari awal Kempen ‪#‎SudahlahMahathir‬ telah menyatakan segala kecelaruan urustadbir negara hari ini adalah terhasil daripada tangan kotor Mahathir. Analisis Professor Dan Slatter ini akhirnya secara tidak langsung telah membuktikan kewajaran ini.

Mahathir adalah watak yang telah pun membenihkan amalan korupsi dan naungan politik-ekonomi (politic-economic patronage) yang sehingga ini telah menghancurkan keseluruhan sistem dalam negara ini. SAMM juga konsisten dengan pendirian bahawa Najib harus menjawap semua persoalan kecurangan urustadbir hari ini tetapi masyarakat umum perlu sedar bahawa amalan politik wang dan naungan politik ini bermula semenjak Mei 1946 lagi iaitu ketika UMNO itu ditubuhkan lagi. Dan diburukkan lagi dengan kemunculan Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Justeru itu, SAMM tidak pernah sesekali bersetuju dengan idea menurunkan Najib untuk digantikan dengan seorang lagi pemimpin politik daripada UMNO/BN. SAMM menegaskan tuntutan untuk diwujudkan Kerajaan Sementara (Caretaker Government) meliputi semua Parti Politik bagi menyelesaikan krisis yang sedang berlaku dan mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang bersih, adil dan telus dalam tempoh maksima 18 bulan.

SAMM juga amat kecewa kerana seorang professor sains politik daripada universiti luar negara dapat memahami dengan tuntas keadaan politik tanahair tetapi ramai antara pemain lama politik oposisi terperangkap dalam impian sempit Mahathir. Yakinlah bahawa Mahathir tidak akan sesekali membenarkan negara ini diperintah selain UMNO/BN. Hentikan angan-angan di siang hari untuk bergabung dengan Mahathir bagi menyelamatkan Negara. Apa yang Mahathir sedang lakukan ini adalah semata-mata kepentingan dirinya, keluarga dan proksi-proksi yang selama ini telah menjarah hasil mahsul negara.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah
Pemikir Kaum Muda SAMM

Rapat Kebangsaan SAMM 03/2015



Kenyataan Media
7 Ogos 2015

Rapat Kebangsaan SAMM 03/2015


Kini tiba masanya buat delegasi anak muda SAMM seluruh negara bertemu dalam Rapat Kebangsaan 03/2015 yang akan berlangsung pada 8-9 Ogos 2015, bertempat di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM di Seremban.

Pentingnya pertemuan kali ini bagi meletakkan halatuju perjuangan SAMM ke aras baru yang lebih dinamik, menentukan garis perlawanan serta menyusun gerak kerja bagi meneruskan mata rantai perjuangan, yang harus meletakkan SAMM sebagai gerakan anak muda yang sentiasa terkehadapan mendepani massa selain terus relevan dalam radar politik semasa.

Antara yang bakal menjadi agenda perbincangan kali ini termasuklah keterlibatan dan pendirian SAMM dalam perhimpunan Bersih penghujung Ogos ini dan juga beberapa isu perkembangan politik domestik serta isu serantau di peringkat antarabangsa. SAMM juga bakal mempersiapkan sebuah Konvensyen Anak Muda Malaysia sebagai satu sasaran penting.

Beberapa tokoh penting tanahair dari pelbagai latar belakang juga telah dijemput menjayakan Rapat Kebangsaan SAMM.

Resolusi baru akan dicapai dalam Rapat Kebangsaan kali ini menjadi pedoman bagi jangka masa yang panjang memenuhi aspirasi sebenar sebagai anak muda celik, peduli dan prihatin.

Satu sidang media juga akan dijadualkan berlangsung di akhir program Rapat Kebangsaan. Justeru, semua wakil media, blogger dan berkaitan dijemput untuk hadir untuk membuat liputan, dengan maklumat seperti di bawah;

SIDANG MEDIA KHAS SAMM 2015
TARIKH: 9 OGOS 2015 (AHAD)
MASA: 5.00 PTG
LOKASI: PUSAT GERAKAN RAKYAT ( PAGER) SAMM
No. 344, Jalan Haruan 5/8k Oakland Commersial Center II, 70300, Negeri Sembilan
Pertanyaan: Azif (0166858558)

Sekian,

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia





SAMM Kecam Penangkapan Petani di SUK Perak



Kenyataan Media
5 Ogos 2015

SAMM Kecam Penangkapan Petani di SUK Perak
Rakyat terus ditindas di halaman sendiri apabila protes Selamatkan Petani dan Penternak Negeri Perak yang berlangsung di hadapan pejabat SUK Perak pagi tadi berakhir dengan tangkapan oleh pihak berkuasa.


Isu timbul apabila petani-petani terbabit mendakwa mereka diusir oleh beberapa pihak berkepentingan termasuklah Perbadanan Menteri Besar dan syarikat swasta yang ingin membangunkan kawasan pertanian/penternakan yang diusahakan mereka lebih 50 tahun.

Walaupun pihak Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Negeri Perak sudah menyerahkan 8 memorandum sejak 2013, usaha mereka untuk bertemu dengan Menteri Besar Perak bagi mencari penyelesaian gagal menjadi realiti. Akhirnya seramai 39 orang petani dan aktivis dari sejumlah 200 peserta protes telah diberkas selepas Menteri Besar Perak tidak sudi turun menemui mereka.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak mengecam tindakkan pihak berkuasa yang tergamak menangkap peserta yang terdiri dari golongan petani dan penternak. Bagaimana masalah ini mampu diselesaikan jika MB sendiri tidak pernah bersedia untuk bertemu rakyat? Malah MB juga tidak mampu memberikan satu tarikh pertemuan dengan wakil gabungan petani.

SAMM Perak menggesa agar semua petani dan aktivis yang diberkas supaya dibebaskan segera dari tahanan polis tanpa sebarang dakwaan.

SAMM Perak turut mengucapkan syabas kepada Gabungan kerana dengan berani turun ke pejabat Menteri Besar (SUK) mempertahankan hak bertani. Peristiwa hari ini harus dicontohi oleh semua golongan tertindas di seluruh negara.

Muhammad Sufian
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak


Penahanan Rafizi: Individu Pelapor Jenayah Diberkas Ketika Penjenayah Sebenar Bebas - Tanda Akhir Regim Tumbang



Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2 Ogos 2012

Penahanan Rafizi: Individu Pelapor Jenayah Diberkas Ketika Penjenayah Sebenar Bebas - Tanda Akhir Regim Tumbang



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk penahanan Rafizi Ramli di bawah akta BAFIA ekoran pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang didedahkannya pada akhir tahun lalu.

Ia satu cubaan regim untuk menggambarkan Rafizi Ramli sebagai seorang penjenayah walaupun beliau dengan penuh fakta sahih telah mendedahkan skandal NFC yang menyebabkan seorang menteri meletakkan jawatan. SAMM melihat ini sebagai sangat tidak wajar kerana sepatutnya Rafizi Ramli diberikan hadiah dan penghargaan oleh pihak kerajaan kerana telah menyelamatkan negara ini dari terus dirompak. Malangnya, hadiah buat Rafizi berupa sepasang gari bersama bon ikat jamin.

SAMM Mengucapkan tahniah kepada Rafizi kerana imej penahanan bergari itu bukan sahaja mempopularkan beliau tetapi mempercepatkan usaha kejatuhan regim. Jikapun apa yang dilakukan Rafizi secara teknikalnya mungkin salah namun percayalah ia berlaku kerana kegagalan pihak SPRM dan pihak berkuasa bertindak apabila laporan di buat.

Bagi SAMM, melindungi orang-orang tertentu dari golongan VIP dengan memberkas pihak pelapor yang mendedahkan jenayah dan rasuah adalah satu petanda betapa sistem perundangan negara berada dalam keadaan tenat. SAMM memberi jaminan sekiranya amalan seperti ini diteruskan oleh regim Barisan Nasional demi untuk melindungi jemaah menterinya yang banyak terpalit skandal rasuah dan penyelewengan, maka rakyat pasti menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang dan bersedia untuk sebuah kerajaan baru yang lebih telus.

SAMM Melihat terdapat impak negetif daripada tindakan penahanan Rafizi sama-ada orang awam akan tidak menghormati undang-undang lalu bertindak sendirian atau orang awam tidak lagi mahu tampil menjadi pelapor 'rompakan'.

Sehingga hari ini, SAMM sebagai peneraju anak muda tidak melihat sebarang transformasi yang kononnya dijanjikan oleh Najib Razak dalam usaha memperbaiki sistem perundangan malah menjadi lebih teruk apabila regim panik dan terdesak setelah Rafizi Ramli melangkah untuk pendedahan terbaru yang melibatkan prasarana pengangkutan awam negara.

SAMM tidak mengharapkan apa-apa lagi dari pihak kerajaan, namun menyeru dan menggesa seluruh rakyat Malaysia membuka mata mencelik minda, memandang dengan mata hati apa yang berlaku hari ini akan terus berlaku. Rakyat akan dimomokkan dengan tangkapan, diperas dan diugut supaya tidak campur tangan dalam urusan 'mereka' merompak khazanah negara.

Akhir sekali, untuk pengetahuan peguam negara yang diperkuda regim Bn, ketahuilah bahawa siri-siri pendedahan skandal NFC telah diterbitkan sebagai risalah oleh pelbagai pihak dan sudah tersebar ke seluruh negara. Jika ia satu kesalahan, jangan lupa untuk mendakwa berjuta pihak yang terlibat.


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com







--

Rentetan daripada pengumuman Himpunan BERSIH 4 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin memberikan pandangan awal



Kenyataan Umum
30 Julai 2015

1. Rentetan daripada pengumuman Himpunan BERSIH 4 yang dijadualkan akan diadakan pada 30 dan 31 Ogos 2015, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin memberikan pandangan awal berhubung perkara ini.


2. Polemik politik hari ini berasaskan kepada skrip yang sama seperti sebelum ini. Ia adalah pertembungan antara pemodal lama dan pemodal baru. Perlawanan antara lanun dan perompak.

3. Menurunkan Najib dengan menukar seorang Perdana Menteri boneka Mahathir adalah ibarat seperti menukar Pepsi kepada Coca Cola. Ia tidak maksud apa-apa dan hanya meneruskan kemudaratan kepada negara ini.

4. SAMM tegas dengan pendirian kami sebelumnya bahawa kami menuntut perubahan sistem yang menyeluruh. Perlaksanaan Kerajaan Peralihan (Caretaker Government) dari semua parti politik perlu dibuat dengan segera.

5. Kerajaan Peralihan ini hanya perlu dikekalkan selama setahun sahaja bagi menangani krisis yang sedang berlaku dan mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi satu pilihanraya yang bersih dan adil. Selepas tempoh itu, Parlimen Malaysia mesti dibubarkan dan mandat diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih Kerajaan Pemerintah.

6. SAMM melihat ini adalah masa kritikal untuk semua pihak yang membawa slogan pembaharuan dan perubahan untuk menggembeling usaha mengubah sistem yang telah diwarisi daripada penjajah. SAMM amat khuatir kita akan terlepas peluang keemasan ini.

7. Pendirian rasmi SAMM dan sekutu berhubung BERSIH 4 ini akan dikeluarkan selepas perbincangan menyeluruh yang akan diadakan semasa Rapat Kebangsaan Ketiga 2015 yang dijadualkan pada 9 Ogos nanti.

Kenyataan umum ini dikeluarkan di Jakarta, Indonesia semasa Lawatan Kerja SAMM Malaysia ke Jakarta seperti yang diumumkan dalam kenyataan sebelum ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah
Pemikir Kaum Muda SAMM





--

Lawatan Kerja SAMM Ke Indonesia



Kenyataan Umum
28 Julai 2015

Lawatan Kerja SAMM Ke Indonesia


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan berkunjung ke Jakarta, Indonesia dalam satu rangka lawatan kerja bermula daripada 29 Julai 2015 sehingga 31 Julai 2015. Lawatan Kerja ke Indonesia ini adalah merupakan program berkala 2 tahun sekali dan ini merupakan lawatan kerja ke Indonesia kali ketiga yang dilaksanakan untuk mengukuhkan persahabatan di antara SAMM dengan rakan aktivis dari negara lain.

Dalam lawatan kerja tersebut, delegasi SAMM akan bertemu dengan aktivis-aktivis muda Indonesia daripada pelbagai latar, mengunjungi beberapa Institut Pemikir dan juga kunjungan mesra dengan media-media Indonesia. Lawatan kerja ini mempunyai misi untuk bertukar pandang mengenai gerakan massa di kedua-dua negara dan mengukuhkan hubungbaik SAMM dengan pelbagai organisasi Massa sekitar negara ASEAN.

Lawatan kerja ke Jakarta kali ini sedikit menarik dan juga berbeda kerana kebetulan SAMM sedang dalam kempen ‪#‎SudahlahMahathir‬. Beberapa media tempatan Indonesia agak tertarik dengan polemik politik Malaysia dan kempen ini, maka kami juga akan memenuhi undangan beberapa media besar Indonesia untuk bertukar pandangan dan sesi temuramah berhubung perkara ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah
Pemikir Kaum Muda SAMM



 
--

SAMM Johor: Penyingkiran Muhyiddin Mengejutkan Rakyat Johor



Kenyataan Umum
28 Julai 2015

Penyingkiran Muhyiddin Mengejutkan Rakyat Johor


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor terkejut dengan keputusan drastik Najib Razak untuk menyingkirkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pelan menyelamatkan dirinya untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri. Ternyata tindakan Najib ini memperlihatkan kesungguhan Najib untuk menghukum mereka-mereka yang kritis terhadap isu pentadbirannya terutama 1MDB.

SAMM Johor amatlah bersimpati dengan UMNO Johor rentetan daripada peristiwa penyingkiran Muhyiddin ini. Sudah pastilah harapan UMNO Johor untuk melihat seorang Perdana Menteri dari BANGSA JOHOR kian malap.

Rentetan itu, SAMM Johor cuma ingin mengemukakan persoalan kepada UMNO Johor termasuklah kepada Menteri Besar Khaled Nordin, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Johor dan juga Ahli-Ahli Parlimen dari UMNO Johor seperti Shahrir Samad, Nur Jazlan dan sebagainya, apakah pendirian UMNO Johor berhubung perkara ini? Adakah UMNO Johor rela melihat Najib membuli rakan senegeri mereka?

Malah, seharusnya Ahmad Maslan, Azalina Othman Said dan barisan anggota kabinet dari Johor sepatutnya tidak menerima perlantikan jawatan itu sebagai tanda setiakawan terhadap nasib Muhyiddin yang tersingkir. Begitu juga, Hishamuddin Hussein. Adakah anda akan mengikut telunjuk sepupu anda ataupun anda akan setia bersama Johor?

Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, SAMM Johor amat simpati kerana anda telah menjadi mangsa kerakusan politik Najib Razak. SAMM Johor berharap agar Tan Sri ingat akan petikan kata-kata, Belum pernah dalam sejarah, anak Johor tunduk dan mengalah dalam menghadapi cabaran. Tan Sri perlu segera membawa usul undi tidak percaya kepada Najib Razak dalam persidangan Parlimen akan datang.

Hadzril Ridzal Husin
Penyelaras SAMM Johor

 
--

Recent Posts Widget

.

.