Cerita Abrurahman Limbong Di Mahkamah - Alang Ibn Shukrimun
CERITA ABDURRAHMAN LIMBONG DI MAHKAMAH
Tuan Guru Haji Abdul Hadi atau Ayah Chik, tokoh pejuang Islam maskini yang terlibat secara langsung di arena politik. Tidak dapat dihitung berapa kali beliau turun naik mahkamah kerana diheret dalam berbagai isu. Langkah politiknya sangat cermat, dalam waktu yang sama sangat tegas. Seorang pakar dalam bab jihad muwajahah silmiyyah.
Bukan senang mencari alim ulama yang boleh sabar berdepan karenah demokrasi. Kebanyakan ulama yang ada sekarang samada langsung menolak terus demokrasi ataupun hanyut dalam mainan demokrasi. Ulama yang boleh terima demokrasi pula kini lebih selesa menjadi penasihat dari terlibat secara langsung.
Teringat saya seorang lagi tokoh ulama yang terlibat di arena politik sejak zaman penjajahan iaitu Tuan Guru Haji Abdurrahman Limbong. Beberapa kali beliau berperanan sebagai peguam mewakil rakyat marhaen yang disaman British kerana enggan membayar cukai. Beliau tidak sekali-kali mengalah hingga dianggap penderhaka dan akhirnya dengan undang-undang zalim British beliau dibuang negeri ke Singapura seterusnya ke Mekah.
Ketika dibicarakan di Mahkamah, hakim bertanya mengapa kamu membantah cukai tanah yang British kenakan? Jawab Tuan Guru dengan tegas, "Kerana tanah ini bukan milik kerajaan British. Tanah ini milik Allah."
Sebaliknya British pula mendakwa tanah melayu menjadi milik mereka dengan undang-undang yang mereka cipta. Tuan Guru tetap bertegas tanah itu adalah milik Allah. Akhirnya Tuan Guru ajukan satu soalan maut.
"Antara tanah ini dengan kerajaan(British), yang mana ada dahulu?"
"Kalau kata British ada dahulu, kamu sudah berbohong. Kami sudah hidup tanpa cukai sebelum British datang lagi. Kalau kata tanah ada dahulu, siapa tuannya ketika kamu tiada? Bagaimana kamu boleh mendakwa ia milik kamu sedangkan kamu belumpun wujud sejak wujudnya tanah ini?"
Hakim dan para peguam pendakwa terkedu tidak dapat menjawab soalan itu. Namun undang-undang ciptaan mereka tetap menyatakan Tuan Guru yang bersalah. Demi mempertahankan kebenaran, beliau diusir dari tanahair dan keluarga tercinta dan akhirnya mati dalam buangan.
Hari ini, kita masih mewarisi saki-baki undang-undang British yang ditinggalkan. Jangan hairan kalau Ayah Chik kalah di muka pengadilan manusia nanti. Akhirat nanti semuanya akan dibicara semua di mahkamah Allah yang paling adil dan saksama. Tapu kalau menang, itu rahmat tuhan yan mampu melaksanakan apa sahaja tanpa halangan.
(Alang Ibn Shukrimun)
Sila kongsi artikel ini...