Showing posts with label Pemerhati. Show all posts
Showing posts with label Pemerhati. Show all posts

Senjata Makan Tuan - Wan Ahmad Fayhsal



SENJATA MAKAN TUAN

Galak mereka gunakan Penal Code (Kanun Keseksaan) menuduh Tan Sri Zeti, Bank Negara, SPRM, The Edge, Sarawak Report sebagai pengkomplot untuk gulingkan kerajaan.

Nah, mantan AG, Tan Sri Abu Talib Othman gesa tindakan menahan dua pegawai siasatan SPRM oleh KSN dan DG JPA telah menyelahi undang-undang Seksyen 186 di bawah Kanun Keseksaan.


Siapa berani ambil tindakan? Berapa banyak undang-undang negara telah dipijak?

Sudah tentu kita tidak bodoh memahami kejatuhan ringgit sebagai kesan berantai perang mata wang antara US dan China tetapi skandal 1MDB yang SATU DUNIA TAHU turut sama menyumbang kepada "market panic" yang telah meremuk redam keyakinan pelabur dan konsumer.

Ekonomi hakikatnya bukan sains. Ianya berdiri atas falsafah moral (practical moral
Philosophy seperti jelas Adam Smith). Kalau pengatur ekonomi tidak bermoral maka sudah tentu ekonomi turut hancur kerana kepercayaan terhadap pemegang amanah hancur luluh.

Mereka yang bodoh ialah menyangka sokongan membabi buta akan menyelematkan diri dan keluarga mereka walhal sokongan membawa rebah ini menandakan mereka turut sama menyertai pesta menggadaikan negara yang akan memakan diri dan anak cucu mereka nanti.

God works in mysterious way to punish the corrupts and those who assisted the corrupts and HE NEVER BREAKS HIS PROMISE. INNA WA'D ALLAH AL-HAQ!!! (31:33)

Wan Ahmad Fayhsal
n



'Apabila seorang ustazah mengeluarkan kenyataan aneh tentang kesan susu lembu kepada anak ..... '- Hafiz Firdaus Abdullah

oleh:
Hafiz Firdaus Abdullah

Apabila seorang ustazah mengeluarkan kenyataan aneh tentang kesan susu lembu kepada anak, ada yang mengulas bahawa sebagai ustazah, bincang bab agama sudahlah. Jangan masuk bab lain.

Ada juga yang mengulas, ustazah itu ada banyak kebaikannya melalui tulisan-tulisan novelnya, maka maafkanlah satu kesalahannya dalam bab susu lembu.

Saya berkata, tulisan dan ucapan ustazah itu dalam bidang agama juga perlu disemak dan diwaspadai.

Satu novel dia yang saya baca dari kulit ke kulit ialah "Sebarkan Cinta-Mu". Dalamnya ditemui banyak kesalahan dalam bidang aqidah, tafsir, hadis, sirah isteri-isteri Nabi, fiqh dan usul fiqh. Bahkan sebahagian kesalahan itu sukar untuk dikatakan sebagai sesuatu yang tidak sengaja.

Maka saya menghubungi dia melalui emel dan menerangkan dalam novelnya itu ada banyak kesalahan. Maka dia balas dengan penuh angkuh: "Novel itu sudah masuk cetakan ke-6, tiada siapa yang kata dalamnya ada kesalahan."

Seterusnya saya menjelaskan kesalahan-kesalahan tersebut dalam buku saya "Sebarkan Kebenaran-Mu: Catatan-Catatan Ke Atas Novel Sebarkan Cinta-Mu".

Setelah saya siapkan, saya emelkan kepada dia dalam bentuk raw copy (masih dalam format A4, belum layout) sebelum dihantar kepada penerbit. Dia balas dengan janji akan membacanya, namun sehingga kini tiada apa-apa maklumbalas lanjut.

--------

Sebuah lagi buku yang menerangkan kesalahan dia ialah karangan Syaikh Ibnu Anas al-Kutawi yang berjudul "Jawapan Terbuka Dalam Polemik Hukum Wanita Menutup Muka".

Buku ini menerangkan kesalahan ustazah yang mendakwa kononnya jumhur ulama' berpendapat wanita tak perlu pakai niqab.

Buku ini juga membantah kaedah-kaedah usul fiqh yang digunapakai oleh ustazah yang mendakwa kononnya niqab tidak sesuai dengan fiqh waqi' zaman kini.

--------- Moga Allah pimpin kita kepada sumber rujukan (ustaz & ustazah) yang jujur lagi amanah dalam ilmu mereka


s

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Sebagai Punca Pendapatan Negara - Zulhazmi Shariff




SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK (AES) SEBAGAI PUNCA PENDAPATAN NEGARA.

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mula diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan pada September 2012. Bermula dari itu pelbagai tentangan dan persoalan ditimbulkan di mana Kerajaan tetap tegas mengatakan bahawa pengenalan perlaksanaan AES adalah tiada lain bertujuan untuk kebaikan rakyat Malaysia khususnya pengguna jalanraya.

Perlu diingat bahawa AES dilaksanakan ketika itu dengan hak konsesinya dipegang oleh dua (2) syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Walau pun AES dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi yang mempunyai hak akhir ialah dua (2) syarikat tersebut. Melalui Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah yang telah dipersetujui bersama oleh syarikat dengan Kerajaan, mereka akan mendapat pulangan yang dianggarkan berjumlah RM3.2 bilion bagi tempoh 5 tahun. Kedua-dua syarikat mengeluarkan modal sebanyak RM717 juta.


Apabila ditentang hebat pelbagai pihak, pada Disember 2012 Peguam Negara memutuskan untuk membekukan segala prosiding Mahkamah berkaitan saman-saman AES yang telah dikeluarkan sebelum itu.

Semalam Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad menyatakan bahawa AES akan dilaksanakan semula secara bersama oleh Boustead dengan LTAT setelah Boustead mengambil alih pegangan Irat Properties Sdn Bhd yang mengambil alih pegangan Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

Apa yang menarik perhatian ialah kenyataan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin pada 6 MAC 2015 semasa mengumumkan pengambil-alihan 50% pegangan Irat Properties Sdn Bhd. Beliau menyatakan bahawa "Untuk membangunkan aliran perniagaan dan membina peluang sinergi, memperoleh pegangan dalam AES adalah proses semula jadi bagi Kumpulan memacu pertumbuhannya. AES adalah sistem yang berjaya di pelbagai negara seluruh dunia, dan ia adalah satu sistem yang terbukti menjana hasil ketara."

Kenyataan Tan Sri Lodin tersebut adalah suatu petunjuk JELAS apa yang dikatakan selama ini bahawa perlaksanaan AES adalah untuk menjana pendapatan. Sebelum ini Beta Tegap dan ATES yang ingin menjana pendapatan melalui AES tetapi sekarang ianya beralih kepada Boustead dan LTAT dengan kerjasama Kerajaan Malaysia.

Apabila AES dilaksanakan oleh Boustead dan LTAT nanti, berapakah pulangan yang akan dijana mereka? Berapa pula yang akan dijana oleh Kerajaan?

Rakyat Malaysia harus sedar bahawa perlaksanaan AES ini bukan dengan tujuan murni menjaga keselamatan rakyat semata-mata tetapi ianya juga adalah sumber pendapatan pihak-pihak tertentu.

Sudah GST menekan rakyat, kadar tol dinaikkan, harga minya meningkat, sekarang AES pula akan menghulur tangan meminta "derma" rakyat.

Baiknya rakyat Malaysia masih sanggup "menderma" kepada mereka-mereka sedang rakyat berhempas pulas mencari rezeki dalam kepayahan.

BERANI BERUBAH KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH BAIK.

ZULHAZMI SHARIFF
11082015

Aku pernah dituduh makan rasuah oleh DrMaza ketika aku memimpin YADIM suatu ketika dahulu ... - Mohd Nakhaie Ahmad



Aku pernah dituduh makan rasuah oleh DrMaza ketika aku memimpin YADIM suatu ketika dahulu. Kononnya aku salahguna wang YADIM dan beli banglow mewah di Jakarta. Dia minta supaya audit negara periksa kewangan YADIM. Dalam satu majlis forum aku minta dia minta maaf. Dia jawab tunggu SPRM siasat. Dia tak tahu Audit negara dan SPRM pernah audit dan periksa kewangan YADIM sebelum itu. Pengurusan kewangan YADIM telus. Ta de masalah. Loporan tahunan dibuat secara teliti.

Aku mengemukan saman dan kemudian bersetuju menyelesaikan kes itu di dalam chember. Hakim panggil secara berseorangan sebelum pangil kedua belah pihak secara serentak.

Aku jelaskan kepada hakim supaya DrMaza belajar dari kesilapannya. Dia masih muda. Bukan aku nak duit dia Rm 1.5 juta sebagaimana yang dituntut.Aku setuju manyelesaikan tuntutan itu dengan dia minta maaf, membayar duit peguam dan menyiarkan permohonan maaf di akhbar sebagaiman tuduhannya ke atas aku disiarkan secara besar-besaran di akhbar. Dia minta maaf secara bertulis dan disahkan dihadapan hakim dan bayar wang peguam. Tetapi permohonan maaf yang disiarkan di akhbar terlalu kecil sampai aku tak perasan pun ia disiarkan. Tapi aku diamkan sagaja kerana aku kira dia sudah mendapat pengajaran daripadanya.

Tapi aku masih heran dia gemar bercakap dan buat kenyataan dalam banyak perkara sangat seolah-olah dia tahu semua perkara. Bagi aku ini kelemahan jiwa orang yang mekar bunganya sebelum terjadi buahnya.


Mohd Nakhaie Ahmad
s

Sudahkah SPRM Memanggil Najib Memberikan Keterangan? - Zulhazmi Shariff



SUDAHKAH SPRM MEMANGGIL NAJIB MEMBERIKAN KETERANGAN?

Minggu lepas SPRM ada mengeluarkan kenyataan akan memanggil Najib Tun Razak memberikan keterangan berkaitan "derma" RM2.6 bilion oleh penderma Timur Tengah ke dalam akaun peribadi beliau.

Semalam Najib Tun Razak ketika merasmikan suatu mesyuarat agung tahunan Umno di Johor menyatakan secara terbuka bahawa beliau menerima "derma" RM2.6 bilion itu ke dalam akaun beliau bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk parti.


Setelah ramai memberikan sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada SPRM untuk meneruskan siasatan berkaitan perkara tersebut ekoran pegawai-pegawai SPRM disiasat oleh PDRM dan ada yang ditukar kemudiannya dibatalkan pertukaran, Malaysia ingin tahu adakah Najib Tun Razak telah dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan? Jika belum, bila Najib akan dipanggil untuk disiasat dan diambil keterangan?

SPRM perlu bertanggungjawab dan telus serta berani meneruskan diasatan. Najib perlu disiasat dan direkod keterangan berkaitan RM2.6 bilion tersebut. Berkali-kali Najib dan beberapa Menteri badutnya menyatakan duit tersebut adalah sah serta tidak melanggar undang-undang.

Sekarang menjadi tanggungjawab SPRM mengotakan janji mereka untuk menyiasat dan mencari hingga ke lubang cacing. BUKTIKAN!

BERANI BERUBAH KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH BAIK.

ZULHAZMI SHARIFF
11082015

Kuasa Dan Kebebasan – Amin Ahmad

Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum selesai, malah ia membuka beberapa isu baharu yang nampak begitu jengkel di mata umum.

Banyak persoalan intrik muncul bersamanya. Meskipun ia tidak kurang pentingnya, kita memerlukan penambahbaikan dasar dan amalan politik untuk melonjak makna kepada apa juga pilihan intrik yang ada.

Campur tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi

Masalah awal 1MDB bermula selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri membelakangi liberalisasi ekonomi yang dikemukakannya.

1MDB menjadi satu lagi syarikat berkaitan kerajaan yang diwujudkan ketika begitu banyak jenis syarikat yang sama “mengawal” ekonomi negara.

Liberalisasi ekonomi yang bertujuan mengurangkan campur tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi jelas larut dalam kata-kata sahaja.

Sebab mengapa ramai ahli ekonomi menolak campur tangan berlebihan ini kurang mahu difahami oleh ahli-ahli politik kerana mereka sedar dengan campur tangan itu mereka berpeluang menjana kekayaan peribadi atau kepada keluarga dan kroni.

1MDB sangat jelas menunjukkan bagaimana campur tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi adalah sebahagian resipi kepada pelbagai masalah.

Pertama, 1MDB membuat hutang yang cukup besar. Hutang ini bukan sahaja secara tidak langsung menyumbang kepada kesan himpitan keluar, tetapi juga menambah beban tanggungan hutang negara kerana ia diberi jaminan oleh kerajaan persekutuan Malaysia.

Kemudian, kita mendengar keputusan aneh 1MDB membeli penjana tenaga bebas pada kadar harga melebihi pasaran, dengan bayaran komisen 10% dan kadar faedah pinjaman sebanyak 5.9%.

Sekiranya ahli lembaga pengarah dan pemegang jawatan eksekutif 1MDB berpengalaman dalam bidang korporat, umum yakin pembelian ini tidak akan dibuat. Ia hanya mungkin sekiranya ada campur tangan kuasa lain.

Kerjasama dengan PetroSaudi International (PSI), di mana pendedahan menunjukkan sebuah syarikat kerjasama dibentuk terlebih dahulu oleh PSI sebelum adanya persetujuan 1MDB, malah dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, tidak menggambarkan ada usaha wajar yang cukup sebagaimana lazimnya sebuah syarikat seperti ini beroperasi.

Sekali lagi, ia hanya mungkin berlaku jika ada campur tangan kuasa lain.

Apabila sebahagian hutang 1MDB matang dan perlu dibayar, ternyata syarikat ini tidak mempunyai wang untuk membayar dan perlukan bantuan kerajaan untuk berbuat demikian.

Sekonyong-konyongnya, kita diberitahu 1MDB diberi hak milikan jumlah aset yang cukup lumayan harganya dengan pembelian pada harga yang rendah.

Aset ini sebahagiannya tiba-tiba akan dibeli oleh Tabung Haji pada harga yang lebih tinggi.

Kemudian kita mendapat tahu ketua dan timbalan ketua pegawai eksekutif serta ahli panel pelaburan dan ahli lembaga pengarah Tabung Haji turut terlibat dalam 1MDB dengan pelbagai jawatan antaranya sebagai ahli lembaga pengarah, pengerusi anak syarikat 1MDB dan panel penasihat 1MDB.

Jika ini bukan konflik kepentingan, apakah namanya?

Selepas itu, umum dimaklumkan Tabung Haji menjual semula tanah ini atas nasihat perdana menteri sendiri.

Di sini, kita meragui bukan sahaja konflik kepentingan yang ada tetapi usaha wajar yang dibuat oleh Tabung Haji dan sekali lagi, campur tangan kuasa lain.

Cubaan menutup pekung


Apabila sebahagian wang yang dipinjam 1MDB gagal dibayar sehingga memerlukan kerajaan membayarnya, selain campur tangan kuasa lain untuk membolehkan apa juga cara untuk menyelamatkan 1MDB berhasil, ia sudah cukup untuk menunjukkan ada yang tidak kena dengan syarikat ini.

Tambahan pula, dalam tempoh relatif singkat, pertukaran firma audit terkenal dan ketua pegawai eksekutif tidak memberikan imej yang positif.

Akhirnya timbul dakwaan Najib menerima wang berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadinya.

Sekiranya ini wang daripada 1MDB, kita tertanya adakah apa yang didakwa oleh ketua pegawai eksekutif 1MDB yang baharu sebagai laporan audit terhadap syarikat itu boleh dipercayai?

Sekiranya ia sumbangan politik orang kaya dari Arab, ia perlu didedahkan. Ini kerana jumlahnya sangat luar biasa.

Malah, seorang calon presiden dalam pilihan raya di Amerika Syarikat sukar memobilisasi dana sebanyak itu.

Ketika siasatan dan intrik politik berjalan, kita dikejutkan dengan rombakan Kabinet serta beberapa tindakan yang jelas dilihat bermotifkan politik.

Bukan sahaja bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada Kabinet, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang terlibat dalam pasukan petugas khas untuk menyiasat mengenai wang yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib ditamatkan perkhidmatan lebih awal.

Empat orang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dimasukkan ke dalam Kabinet.

Dalam tempoh siasatan, tiba-tiba dimaklumkan ketua dan timbalan ketua pesuruhjaya bercuti dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi sasaran siasatan dan muncul juga sejumlah blog yang menyerang Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Kenyataan seorang daripada pengarah SPRM yang ditukar jawatan dan hari ini dikembalikan semula kepada agensi anti rasuah adalah tindakan luar biasa polis menyiasat SPRM yang berpunca daripada arahan pihak lain jelas mudah diterima umum meskipun ia dinafikan pihak polis.

Demi Malaysia yang lebih baik

1MDB dan kemasukan wang ke akaun peribadi Najib adalah kes yang cukup besar untuk menarik perhatian ramai, baik di dalam atau di luar negeri.

Ia boleh disifatkan sebagai skandal kewangan terbesar terhadap seorang perdana menteri di Malaysia.

Untuk menangani semua masalah ini dan mengelak daripada ianya berulang, 4 perkara asas mesti segera dilakukan:-

1. Menggubal akta kebebasan maklumat bagi memastikan agar pihak yang berkuasa akan lebih sukar untuk menutup akses kepada maklumat penting, khususnya yang dapat membantu siasatan. Kebebasan maklumat akan meningkatkan kuasa orang ramai.

2. Menjamin kebebasan media. Media adalah elemen semak dan imbang yang tidak memerlukan permit untuk beroperasi. Cukup dengan menamakan pihak yang bertanggungjawab dengan kandungan dan penerbitannya.

3. Desentralisasi kuasa. Agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan SPRM perlu diletakkan di bawah Parlimen dan diberi kuasa mendakwa. Kuasa pendakwaan yang banyak kepada peguam negara mesti dikurangkan kerana dalam kes tertentu seperti ini, boleh berlaku konflik kepentingan dengan tugasnya menasihati kerajaan. Tidak ada sesiapa pun boleh mengatasi atau mempengaruhi undang-undang supaya memihak kepada dirinya secara tidak benar.

4. Menjamin kebebasan ekonomi. Kerajaan mestilah mengurangkan campur tangan dalam aktiviti ekonomi, sebaliknya memainkan fungsinya untuk menggubal mana-mana peraturan untuk memastikan persaingan yang adil. Dasar perlindungan harus diminimumkan sebanyak mungkin untuk membolehkan kesan sebenar ekonomi yang didorong oleh swasta dirasai dan dinikmati.

Ingatlah, kuasa pemerintah yang tidak terbatas sangat lebih berbahaya berbanding kebebasan rakyat. Menutup suara bebas bukanlah bukti mereka memfitnah tetapi petunjuk bahawa pemerintah takut dengan apa yang mahu diperkatakan mereka.

Campur tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi hanya akan memperkaya segelintir pihak yang rapat dan berkepentingan. – 10 Ogos, 2015.
Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum selesai, malah ia membuka beberapa isu baharu yang nampak begitu jengkel di mata umum.
Banyak persoalan intrik muncul bersamanya. Meskipun ia tidak kurang pentingnya, kita memerlukan penambahbaikan dasar dan amalan politik untuk melonjak makna kepada apa juga pilihan intrik yang ada.
Campur tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi

Masalah awal 1MDB bermula selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri membelakangi liberalisasi ekonomi yang dikemukakannya. 1MDB menjadi satu lagi syarikat berkaitan kerajaan yang diwujudkan ketika begitu banyak jenis syarikat yang sama “mengawal” ekonomi negara.
Liberalisasi ekonomi yang bertujuan mengurangkan campur tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi jelas larut dalam kata-kata sahaja.
Sebab mengapa ramai ahli ekonomi menolak campur tangan berlebihan ini kurang mahu difahami oleh ahli-ahli politik kerana mereka sedar dengan campur tangan itu mereka berpeluang menjana kekayaan peribadi atau kepada keluarga dan kroni.
1MDB sangat jelas menunjukkan bagaimana campur tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi adalah sebahagian resipi kepada pelbagai masalah.
Pertama, 1MDB membuat hutang yang cukup besar. Hutang ini bukan sahaja secara tidak langsung menyumbang kepada kesan himpitan keluar, tetapi juga menambah beban tanggungan hutang negara kerana ia diberi jaminan oleh kerajaan persekutuan Malaysia.
Kemudian, kita mendengar keputusan aneh 1MDB membeli penjana tenaga bebas pada kadar harga melebihi pasaran, dengan bayaran komisen 10% dan kadar faedah pinjaman sebanyak 5.9%.
Sekiranya ahli lembaga pengarah dan pemegang jawatan eksekutif 1MDB berpengalaman dalam bidang korporat, umum yakin pembelian ini tidak akan dibuat. Ia hanya mungkin sekiranya ada campur tangan kuasa lain.
Kerjasama dengan PetroSaudi International (PSI), di mana pendedahan menunjukkan sebuah syarikat kerjasama dibentuk terlebih dahulu oleh PSI sebelum adanya persetujuan 1MDB, malah dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, tidak menggambarkan ada usaha wajar yang cukup sebagaimana lazimnya sebuah syarikat seperti ini beroperasi.
Sekali lagi, ia hanya mungkin berlaku jika ada campur tangan kuasa lain.
Apabila sebahagian hutang 1MDB matang dan perlu dibayar, ternyata syarikat ini tidak mempunyai wang untuk membayar dan perlukan bantuan kerajaan untuk berbuat demikian.
Sekonyong-konyongnya, kita diberitahu 1MDB diberi hak milikan jumlah aset yang cukup lumayan harganya dengan pembelian pada harga yang rendah.
Aset ini sebahagiannya tiba-tiba akan dibeli oleh Tabung Haji pada harga yang lebih tinggi.
Kemudian kita mendapat tahu ketua dan timbalan ketua pegawai eksekutif serta ahli panel pelaburan dan ahli lembaga pengarah Tabung Haji turut terlibat dalam 1MDB dengan pelbagai jawatan antaranya sebagai ahli lembaga pengarah, pengerusi anak syarikat 1MDB dan panel penasihat 1MDB.
Jika ini bukan konflik kepentingan, apakah namanya?
Selepas itu, umum dimaklumkan Tabung Haji menjual semula tanah ini atas nasihat perdana menteri sendiri.
Di sini, kita meragui bukan sahaja konflik kepentingan yang ada tetapi usaha wajar yang dibuat oleh Tabung Haji dan sekali lagi, campur tangan kuasa lain.
Cubaan menutup pekung
Apabila sebahagian wang yang dipinjam 1MDB gagal dibayar sehingga memerlukan kerajaan membayarnya, selain campur tangan kuasa lain untuk membolehkan apa juga cara untuk menyelamatkan 1MDB berhasil, ia sudah cukup untuk menunjukkan ada yang tidak kena dengan syarikat ini.
Tambahan pula, dalam tempoh relatif singkat, pertukaran firma audit terkenal dan ketua pegawai eksekutif tidak memberikan imej yang positif.
Akhirnya timbul dakwaan Najib menerima wang berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadinya.
Sekiranya ini wang daripada 1MDB, kita tertanya adakah apa yang didakwa oleh ketua pegawai eksekutif 1MDB yang baharu sebagai laporan audit terhadap syarikat itu boleh dipercayai?
Sekiranya ia sumbangan politik orang kaya dari Arab, ia perlu didedahkan. Ini kerana jumlahnya sangat luar biasa.
Malah, seorang calon presiden dalam pilihan raya di Amerika Syarikat sukar memobilisasi dana sebanyak itu.
Ketika siasatan dan intrik politik berjalan, kita dikejutkan dengan rombakan Kabinet serta beberapa tindakan yang jelas dilihat bermotifkan politik.
Bukan sahaja bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada Kabinet, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang terlibat dalam pasukan petugas khas untuk menyiasat mengenai wang yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib ditamatkan perkhidmatan lebih awal.
Empat orang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dimasukkan ke dalam Kabinet.
Dalam tempoh siasatan, tiba-tiba dimaklumkan ketua dan timbalan ketua pesuruhjaya bercuti dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi sasaran siasatan dan muncul juga sejumlah blog yang menyerang Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Kenyataan seorang daripada pengarah SPRM yang ditukar jawatan dan hari ini dikembalikan semula kepada agensi anti rasuah adalah tindakan luar biasa polis menyiasat SPRM yang berpunca daripada arahan pihak lain jelas mudah diterima umum meskipun ia dinafikan pihak polis.
Demi Malaysia yang lebih baik
1MDB dan kemasukan wang ke akaun peribadi Najib adalah kes yang cukup besar untuk menarik perhatian ramai, baik di dalam atau di luar negeri.
Ia boleh disifatkan sebagai skandal kewangan terbesar terhadap seorang perdana menteri di Malaysia.
Untuk menangani semua masalah ini dan mengelak daripada ianya berulang, 4 perkara asas mesti segera dilakukan:-
1. Menggubal akta kebebasan maklumat bagi memastikan agar pihak yang berkuasa akan lebih sukar untuk menutup akses kepada maklumat penting, khususnya yang dapat membantu siasatan. Kebebasan maklumat akan meningkatkan kuasa orang ramai.
2. Menjamin kebebasan media. Media adalah elemen semak dan imbang yang tidak memerlukan permit untuk beroperasi. Cukup dengan menamakan pihak yang bertanggungjawab dengan kandungan dan penerbitannya.
3. Desentralisasi kuasa. Agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan SPRM perlu diletakkan di bawah Parlimen dan diberi kuasa mendakwa. Kuasa pendakwaan yang banyak kepada peguam negara mesti dikurangkan kerana dalam kes tertentu seperti ini, boleh berlaku konflik kepentingan dengan tugasnya menasihati kerajaan. Tidak ada sesiapa pun boleh mengatasi atau mempengaruhi undang-undang supaya memihak kepada dirinya secara tidak benar.
4. Menjamin kebebasan ekonomi. Kerajaan mestilah mengurangkan campur tangan dalam aktiviti ekonomi, sebaliknya memainkan fungsinya untuk menggubal mana-mana peraturan untuk memastikan persaingan yang adil. Dasar perlindungan harus diminimumkan sebanyak mungkin untuk membolehkan kesan sebenar ekonomi yang didorong oleh swasta dirasai dan dinikmati.
Ingatlah, kuasa pemerintah yang tidak terbatas sangat lebih berbahaya berbanding kebebasan rakyat. Menutup suara bebas bukanlah bukti mereka memfitnah tetapi petunjuk bahawa pemerintah takut dengan apa yang mahu diperkatakan mereka.
Campur tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi hanya akan memperkaya segelintir pihak yang rapat dan berkepentingan. – 10 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kuasa-dan-kebebasan-amin-ahmad#sthash.Qd48RaUj.dpuf

1MDB punya cerita.... Habis 1Malaya jadi GILA. - Zulhazmi Shariff



1MDB punya cerita.... Habis 1Malaya jadi GILA.

Bila dibongkar hutang menimbun 1MDB sehingga RM42 bilion maka macam-macam telah berlaku kepada Malaysia.

Secara tiba-tiba Tabung Haji membeli tanah 1MDB dengan harga berpuluh kali ganda. Sehingga sekarang tanah tersebut masih belum dijual walau pun Pengerusi Tabung Haji berkata Tabung Haji akan jual dalam masa terdekat. (terdekat tu sejak isu tu didedahkan, sekarang dah lebih 2 bulan)


Kemudian ditubuhkan satu Pasukan Siasatan Khas yang dianggotai oleh Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Gabenor Bank Negara. Dalam keadaan siasatan sedang dijalankan dengan saksi-saksi dipanggil dan disiasat, tiba-tiba Peguam Negara dipecat. Gabenor Bank Negara "cuti". Dua pegawai tertinggi SPRM "bercuti".

Dalam keadaan itu juga pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam Pasukan Siasatan Khas telah ditangkap dan disiasat oleh PDRM atas dakwaan cuba menjejaskan demokrasi berparlimen.

Apabila dikritik sana sini maka Ketua Polis Negara umumkan siasatan ke atas pegawai-pegawai SPRM dihentikan sementara untuk mengelakkan persepsi negatif. Boleh pulak dihentikan sementara?? Kalau perbuatan pegawai-pegawai SPRM tersebut adalah serius sehingga boleh menjejaskan demokrasi berparlimen, bagaimana boleh dihentikan sementara?

Menteri Dalam Negeri juga kemudiannya menyatakan siasatan ke atas pegawai SPRM hanya sekadar siasatan, bukan bermaksud mendakwa dan sebagainya. Hanya siasata. Dah gila jenis apa pula siasat tanpa ada apa-apa tindakan.

Dengan tiba-tiba juga pegawai tinggi SPRM ditukar serta merta ke Jabatan Perdana Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara. Apabila dikritik, dibatalkan pula perpindahan. Semuanya konon untuk mengelakkan persepsi.

Hahahahahah HEBAT permainan Umno. Tapi jangan ingat rakyat Malaysia semuanya bodoh mcm Menteri Umno dan ahli-ahli Umno.

Tunggu lah masanya akan sampai juga.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
10082015

Recent Posts Widget

.

.