Ratu Cantik Dunia di Melaka - Kintan Man

9:41 AM

Ratu Cantik Dunia di Melaka - Kintan Man

Laporan Media

DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI MELAKA

RATU CANTIK DUNIA DI MELAKA

Dewan Muslimat PAS NEGERI MELAKA memandang serius diatas penganjuran Program Kerajaan Negeri Melaka yang menghadirkan 52 orang ratu cantik dunia dinegeri ini.

Tujuan kerajaan Negeri kononnya untuk menarik peloncongan dinegeri ini.

DMPNM amat menyesali Usaha serta tindakan yang diambil oleh kerajaan Negeri kerana dengan itu mengiktraf Pertandingan RATU CANTIK DUNIA yang secara jelas mengeksploitasi fitrah maruah wanita sekaligus yang tentunya terbukti melanggar Syariat Allah.


Kadang dunia ini serabut. Fasal 'breast feeding selfie' pun macam dah nak ribut. - Ije Qelate

7:57 AM

Kadang dunia ini serabut. Fasal 'breast feeding selfie' pun macam dah nak ribut. - Ije Qelate

Kadang dunia ini serabut.

Fasal 'breast feeding selfie' pun macam dah nak ribut.

oleh :

Ije Qelate s

Hari ini kita ada akaun Facebook, yang suka viralkan pendedahan itu ini. Kononnya amar makruf nahi munkar. Alasan - dah dia pergi tayang kat Facebook dia, saya kenalah terangkan kepada umum.

Tak salah. Terangkan elok-elok. Kenapa dan mengapa ianya tidak bagus. Kita tak perlu viralkan gambar, viralkan orangnya. Tak perlu guna laras bahasa yang memperleceh, menghina atau sebagainya.


Najib Mesti Terang Isu 1Mdb Secara Komprehensif Di Dalam Parlimen Secara Rasmi Kepada 30 Juta Rakyat - Khairuddin Abu Hassan

2:52 PM

Najib Mesti Terang Isu 1Mdb Secara Komprehensif Di Dalam Parlimen Secara Rasmi Kepada 30 Juta Rakyat - Khairuddin Abu Hassan

NAJIB MESTI TERANG ISU 1MDB SECARA KOMPREHENSIF DI DALAM PARLIMEN SECARA RASMI KEPADA 30 JUTA RAKYAT

Saya tak faham apa yang najib tun razak maksudkan dengan isu 1mdb sudah selesai pada 31 disember 2015 dengan tidak menggunakan wang kerajaan bagi menyelesaikan isu skandal syarikat bebanan hutang tersebut.

Orang tanya lain dia jawab lain!! Saya tanya najib tun razak kenapa harus gadai harta-harta syarikat 1mdb khususnya hartanah yang diperolehi murah dari kerajaan untuk membayar hutang-hutang syarikat tersebut berjumlah hampir rm42 billion.


Kenangan. 1987. Pada satu pagi hari penerbitan Harakah ... - Zin Mahmud

1:50 PM

Kenangan. 1987. Pada satu pagi hari penerbitan Harakah ... - Zin Mahmud

Kenangan. 1987. Pada satu pagi hari penerbitan Harakah. Seperti biasa pada malam hari penerbitan Harakah, ia merupakan deadline dan semua petugas lelaki Jabatan Pengarang, wartawan dan pelukis grafik perlu tidur di pejabat kerana kerja hanya habis sehingga awal pagi untuk dihantar cetak. Ahmad Lutfi Othman, Zulkifli Sulong, Taufek Yahya, Nasir Awang, Bakar Haq, Zulkifli Yahya dan lain lain kesemuanya kena tidur di pejabat pada malam deadline.

Hanya selepas habis hantar ke cetak baru kami tidur di atas lantai bergelimpangan. Apabila lepas sembahyang Subuh, kami turun minum, kadang kadang di restoran Yusof Haslam. Pagi itu pengedar pengedar Harakah dari seluruh semenanjung sudah berkumpul untuk mengambil naskhah mereka. Ada juga penyokong penyokong PAS yang datang untuk beli Harakah secara langsung.


Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak. - Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

11:10 AM

Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak. - Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.

Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?

Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.

Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung...

Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:

1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب

Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara

2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور


Isu selfie sambil menyusukan anak. - Nazirah Nur Mukmin

10:10 AM

Isu selfie sambil menyusukan anak. - Nazirah Nur Mukmin

Isu selfie sambil menyusukan anak.

oleh:

Nazirah Nur Mukmin

1) Biasalah, kadang-kadang mak-mak muda ni dia excited baru dapat anak. Tambah pulak banyak kempen menyusu, jadi semangat nak berkongsi tu tinggilah. Dia semangat nak sahut seruan menyusu penuh macam dalam al-quran surah Albaqarah ayat 33 kata;

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."


Bila sebut ttg isu bauksit ni, saya nak kongsikan pengalaman sy sepanjang tahun lepas dealing dgn kes2 yg melibatkan bauksit ni. - Salkukhairi Abd Sukor

4:47 PM

Bila sebut ttg isu bauksit ni, saya nak kongsikan pengalaman sy sepanjang tahun lepas dealing dgn kes2 yg melibatkan bauksit ni. - Salkukhairi Abd Sukor

Bila sebut ttg isu bauksit ni, saya nak kongsikan pengalaman sy sepanjang tahun lepas dealing dgn kes2 yg melibatkan bauksit ni.

Kes 1

Saya pernah didatangani oleh seorang makcik dn anak lelakinya, pemilik tanah ladang yg dipercayai mempunyai mineral bauksit di dalamnya.

Mereka jumpa sy mengadu yg ada satu syarikat pemaju, telah mendesaknya tandatangan satu perjanjian usahasama utk membina projek perumahan.


Recent Posts Widget

.

.